𝑠𝑤𝑒𝑒𝑡 19

576 56 5
                                    

Bahang panas di dalam rumah sewa kos murah itu semakin terasa. Mana tidaknya kalau lebih 14 minit berlalu, masing-masing cuma diam tidak bersuara. Puan Mazidah menyusun gelas sebelum menuangkan air teh ais yang dibuat sendiri ke dalam gelas sebelum dihulurkan kepada mak lang. Namun pemberian Puan Mazidah tidak disambut. Air muka mak lang beriak jijik. Mungkin berasa geli untuk minum air minuman di rumah yang serba daif ini.

"Aku datang ni bukan nak melawat kau. Kau tahu kan majlis perkahwinan anak aku dengan anak along batal? Aku tak sangka kau didik anak kau supaya ikut perangai kau jadi perampas." Mak lang meluah geram.

Dia benci melihat air muka muram Puan Mazidah. Konon tidak bersalah dan mangsa dalam hal berbangkit ini. Kalau Puan Mazidah tidak merampas calon suaminya dulu mungkin hatinya takkan timbul perasaan sebenci sekarang.

"Uda minta maaf, lang. Uda pun tak setuju dengan rancangan ayah. Uda akan pujuk ayah supaya batalkan rancangan dia untuk satukan Taaqid dengan Nisa."

"Pujuk ayah? Kau pujuk ayah supaya batalkan ke supaya teruskan? Kau ingat aku tak tahu apa yang jadi dulu? Kau juga yang pujuk arwah mak supaya kahwinkan kau dengan Abang Sumbul walhal masa tu aku tunang dia. Kau ni memang perampas! Anak beranak perampas! Aku memang benci kau! Sampai mati pun aku takkan maafkan kau, uda."

Kembang-kempis dada mak lang mengatur nafas. Banyak amarah yang masih tersimpan. Sekian lama dia memendam dan dia tidak puas hanya dengan satu dua ayat. Makian dan cacian sepatutnya menjadi makanan sehari-hari Puan Mazidah.


Puan Mazidah menekur memandang lantai. Tangannya sejuk dan berpeluh kerana gementar. Bukan dia tidak ingin berbalas kata tetapi Puan Mazidah sedar kedudukannya saat ini. Ini salahnya, ini silapnya. Merebut tunang adik sendiri untuk dinikahi. Sekarang, anak kandung sendiri pula membuat perkara sama dengan merebut tunang anak mak lang.

"Alang, uda tahu uda banyak buat silap dan dosa. Uda rebut Abang Sumbul. Uda minta maaf. Kalau alang nak menghukum, hukumlah uda. Uda dah cuba sedaya upaya besarkan Manisa supaya tak ikut langkah uda dulu."

"Kau jangkakan apa? Macam ketam nak ajar anak berjalan. Kau tu tak betul, anak kau pun buat perangai yang sama sebab ajaran kau! Kau tengoklah nanti aku tularkan pasal kau baru kau tahu sakitnya kena kecam. Pasal anak kau tu aku nak buat laporan dan aku akan pastikan dia diberhentikan. Jangan main-main dengan aku. Korang yang cari pasal, terimalah padahnya nanti."


"Alang! Uda minta maaf, lang. Tapi tolonglah jangan buat macam tu. Manisa baru sahaja dapat kerja. Aku minta maaf. Tolong jangan musnahkan impian dia. Aku yang salah, aku yang tak didik anak aku betul-betul." Rayu Puan Mazidah sambil melutut berdekatan kaki mak lang. Dia tidak mahu masa depan anaknya gelap kerana isu itu.


"Sedar pun. Tuhan tu tak pernah tidur. Macam mana kau aniaya aku, Tuhan akan balas lebih teruk. Tengoklah anak sulung kau, janda anak satu. Manisa jadi perampas. Korang pulak hidup miskin hina macam ni. Aku boleh buat jiran-jiran kau ni mengata dan mengumpat jalang macam kau ni tiap-tiap hari. Biar kau sedar diri dan sakit mental. Mentang-mentanglah selama ni aku senyap, korang anak-beranak pijak kepala. Sanggup ya anak kau buat Rabiatul macam tu. Kau ni memang tak berubah. Nak hidup senang cara mudah sampai sanggup biarkan anak jadi perampas."


"Cukup!" Manisa menjerit di muka pintu. Dia dengar sepatah demi sepatah ayat hinaan mak lang. Dia dengar semuanya. Hinanya mereka di mata mak lang. Tak ubah seperti kain buruk.

"Manisa." Suara Puan Mazidah tersekat. Manisa bertentang mata dengan ibunya sesaat. Sakitnya hati melihat maruah ibu sendiri direndahkan. Puan Mazidah yang melutut dengan linangan air mata menjentik rasa sebak di hati Manisa.



"Apa hak mak lang untuk layan kami macam ni?"

"Kau tanya hak? Eh Manisa, aku memang patut layan korang macam sampah. Mak kau ni perangkap tunang aku sampai diorang kena tangkap basah. Semata-mata nak kahwin dengan tunang aku dulu. Tapi hairannya, korang anak beranak tak rasa serba-salah langsung. Acah suci dan mangsa keadaan. Aku dengan anak aku mangsa keadaan yang sebenar. Aku yang patut orang kesiankan. Korang memang tak ada hati perut!"


"Pasal mak dengan mak lang dah lepas kenapa sampai sekarang nak mengungkit? Apa yang mak lang tak puas hati lagi dengan kami?"

Mata mak lang berkaca. Dia faham dunia tidak selalunya adil. Yang berbuat jahat akan selalu bertingkah seakan-akan mereka itu mangsa walhal kelakuan merekalah yang paling keji.

"Sebab tak kena dekat atas batang hidung sendiri. Kau akan anggap benda ni kecil. Rasa sakit hati aku sampai hari ni aku tak boleh lupakan. Kakak kandung aku sendiri sanggup berbuat khianat dan tikam belakang aku. Kalau kau yang kena Manisa, aku rasa sampai mati pun kau takkan maafkan pelaku. Kan?"

Mak lang menarik nafas panjang. Kali ini dia kelihatan lebih tenang berbanding sebelumnya.


"Aku harap kunjungan aku ni akan jadi kali pertama dan terakhir. Aku tak ingin ada hubungan kekeluargaan dengan kau, uda. Dan Manisa, Taaqid tu lelaki bekerjaya. Ramai kenalan perempuan yang sama taraf dengan dia. Jadi kalau suatu masa nanti, Allah nak bagi kifarah aku harap kau sekeluarga bersedia. Assalamualaikum." Mak lang mencapai tas tangan menuju ke pintu yang terbuka luas.


Tubuh Manisa terasa longlai. Kakinya seakan tidak menjejak lantai. Dia terduduk kemudiannya. Dia bukan risaukan kifarah cuma apa yang berlaku hari ini menguras tenaganya.

"Mak?" Diseru nama panggilan mesra Puan Mazidah itu.

"Kenapa kamu sanggup buat macam ni, Nisa? Mak tak sanggup nak hadap kebencian keluarga sendiri. Mak tak sanggup!" Puan Mazidah tiba-tiba memekik kuat.

Hati Manisa sukar dibaca walaupun dia seorang ibu. Dia sendiri tidak mengerti apa yang kemahuan anaknya itu.

"Maaf mak. Nisa janji. Benda ni takkan berlarutan lama." Manisa mendekat meraih tubuh Puan Mazidah dalam pelukan.

Ya, kemelut ini akan berakhir jua nanti.







🍰

Happy reading
Hehe

Manis Abang Where stories live. Discover now