Kertas yang dipenuhi contengan itu diletakkan ke tepi. Kemudian buku contengan pula dibuka dan dibelek-dibelek. Buku contengan itu juga dipenuhi dengan lakaran-lakaran contoh yang menunjukkan rekaan dalaman sebuah rumah.
"Dekat ruang tamu saya nak ala-ala British. Macam ada tempat pemanas depan sofa. Kawasan yang pisahkan ruang tamu dengan ruang tengah kena ada macam penutup sikit. Sebab saya tak nak tetamu masuk rumah terus direct nampak ruang tengah. Kalau boleh letak penghadang pun cantik juga."
Tangan Encik Uthman kelihatan seperti melambai-lambai di udara ketika mindanya fokus membayangkan imaginasi dekorasi rumahnya yang bakal direalisasikan. Impiannya suami isteri untuk mengubahsuai kediaman dua tingkat itu akan tercapai jua nanti.
"Untuk kawasan halaman rumah saya, kalau boleh depan rumah tu ada macam laluan pejalan kaki. Sebab anak-anak saya suka berlari. Dekat bahagian kiri tu pula sediakan ruang untuk isteri saya tanam bunga. Kalau boleh buat macam gazebo kayu."
Taaqid mengangguk mengiyakan permintaan lelaki itu. Dilakarkan lagi sebuah gambaran yang bersesuaian mengikut fikiran pelanggannya.
"Cuba encik tengok lakaran saya. Kalau encik nak letak gazebo ni sebelah kanan, sudut simetri yang macam encik nak akan lari sikit la."
"Ya ke? Alamak! Isteri saya tak boleh kalau susunan senget-senget ni. Apa kata kita set satu lagi appointment nanti? Sebab saya kena minta persetujuan isteri saya juga. Kalau dia ada sekali senang saya tak perlu fikir tentang reka bentuk gazebo semua ni." Cadang Encik Uthman, pelanggan cerewet yang sudah lima kali meminta Taaqid mengubah lakaran reka bentuk dalaman kawasan rumahnya.
Taaqid mengoyak senyuman manis. Dari luaran nampak wajahnya masih tenang. Namun ketahuilah dalamannya sedang membara marak. Kalau tidak mengenangkan Encik Uthman itu seorang pelanggan, sudah pasti wajah ciptaan Tuhan itu digosok dengan kertas lakaran di tangannya.
"Tak apa, Encik Uthman. Encik boleh berbincang dengan isteri encik dulu. Nanti lepas encik dah finalize everything, do give me a call. Dalam masa dua minggu ni insya Allah saya tak sibuk sangat jadi encik boleh juga datang ke pejabat untuk jumpa dengan saya.
"Terima kasih lah Encik Taaqid. Saya pun susah hati juga ni. Dah tiga tahun merancang nak ubah suai rumah tetapi sekarang baru impian termakbul. Nanti kalau ada apa-apa saya akan inform. Assalamualaikum."
"Baik. Waalaikumussalam." Mereka saling berjabat tangan sebelum Encik Uthman meminta diri.
Taaqid menyandarkan belakang badannya pada sofa kulit buatan tempatan. Kertas-kertas lakaran dan buku conteng dikemaskan kembali. Dia bingkas bangkit dari sofa membawa bersama barang-barangnya. Ternyata pertemuan kali ini juga tidak mendapat kata putus seperti yang diharapkan. Taaqid sudah acap kali menghadapi situasi ini di mana lakaran reka bentuk dalaman untuk kediaman pelanggan ditolak mentah-mentah. Apakan daya, kerjaya ini juga yang dipilihnya. Mahu ataupun tidak, Taaqid perlu meneruskan jua.
Pintu bilik diskusi yang ditempah khas bagi mesyuarat bersama pelanggannya tadi dikuak. Dia melempar segaris senyuman saat bertentang mata dengan petugas di kaunter perpustakaan.
Jam tangan yang melingkari pergelangan tangan ditilik. Jarum jam sudah menunjukkan pukul 4.50 petang. Bermakna dia ada lebih kurang sejam sahaja lagi sebelum waktu bekerjanya tamat.
Taaqid memutuskan untuk duduk di Perpustakaan Negara menghabiskan jam kerjanya di sana. Pengunjung pada petang ini tidak terlalu ramai dan masih banyak meja kosong yang tersisa. Dia kemudiannya mengambil tempat di meja paling hujung berdekatan dengan lorong rak buku khas untuk novel aksi. Ipad yang digendeng bersama dibuka saat dia melabuh duduk. Paparan aplikasi lukisan 3D terpapar pada skrin Ipad itu. Paparan yang memuatkan ikon-ikon warna dan jenis bentuk disentuh dengan pen pintar.
Sedang Taaqid sibuk memerah idea untuk menghasilkan sebuah lakaran kediaman, telinganya menangkap bunyi suara perempuan di sebalik rak buku. Pada mulanya, dia malas mempedulikan suara itu tetapi semakin lama semakin kerap pula bunyinya sehingga mengganggu fokus Taaqid untuk bekerja.
Dia menoleh seketika kemudian kembali menyambung melukis lakaran pada skrin Ipad.
"Aduh!" Kali ini suara mengaduh itu lebih kuat. Taaqid meletakkan smart pencil miliknya ke atas meja. Dia menoleh sekadar untuk menegur empunya suara supaya tidak bising. Tetapi kedudukan perempuan itu terlindung di sebalik rak.
Taaqid berdiri di hujung lorong sambil memandang seorang perempuan yang duduk melutut di atas lantai membelakanginya. Dia yang mahu membuka mulut untuk bersuara terhenti saat menyedari aksi perempuan itu dalam keadaan yang sangat mencurigakan.
Perempuan berambut tocang dan memakai topi besbol itu kelihatan kalut memasukkan beberapa buah buku ke dalam beg sandang yang bersaiz agak besar. Sah! Perempuan itu mencuri.
"Hei, buku tu boleh pinjam. Tak perlu nak mencuri. Kalau tak ada kad pinjaman, boleh beli dekat kaunter. Kalau tak ada duit, saya boleh bagi yang saya punya." Teguran Taaqid membuatkan tubuh perempuan itu mengeras seperti batu. Tidak bergerak waima seinci pun. Mungkin kerana takut ditangkap kerana dia telah kantoi.
"Hei." Taaqid memanggil lagi walaupun perempuan itu tetap membisu. Setapak demi setapak dia mengambil langkah untuk mendekati saat perempuan itu sudah berdiri.
Tanpa dapat Taaqid tahan, perempuan itu berdesup melarikan diri melalui lorong-lorong rak buku sebelum menghilang seperti magis.
Taaqid terkedu. Mencuri buku di Perpustakaan Negara? Taaqid yakin pencuri itu melakukannya bukan kerana terdesak inginkan wang ringgit. Dia tidak dapat berfikir secara logik sebab kenapa buku-buku itu dicuri. Ada apa sebenarnya dengan pencuri itu?
Taaqid merenung lantai. Matanya melihat ada satu bentuk mainan lembut berbentuk arnab terletak di atas permaidani tebal yang menutupi lantai konkrit itu. Diambilnya tanpa ragu lalu disimpan di dalam poket. Taaqid yakin 100% rantai kunci arnab ini kepunyaan perempuan yang mencuri buku di rak novel tadi.
Kalau Taaqid mengambil rantai kunci milik perempuan tadi bukankah menjadikan dia juga sebagai seorang... pencuri?
🍰
Happy reading y'alls.
Edit semua. Plot jadi lain.
Semua lain sebab ini versi baru
YOU ARE READING
Manis Abang
ChickLitNur Manisa & Taaqid Qalbi Yang kelihatan manis itu adakalanya sepahit hempedu. Siri 1: Manis Abang Special Chapter: Suara Hati Lelaki Bisu p/s: sedang disunting