"Wait.. Im not deaf right?" tanyaku. Lidya memandang ku hairan kemudian mengangguk.
"Maksu! Seriously. I hate him so much." bentak ku. Danial hanya tenang memandangku. .
"Wani sure tak nak kahwin ngan Danial?" tanya maksu. Aku mengangguk laju dan pasti.
"Well. Tapi maksu tetap bertegas. Wani mesti kahwin ngan Danial. Mau atau tak mahu." Maksu mula memaksa aku.
"Maksu! Sampai bila maksu dan kongkong hidup Wani? Sampai bila Maksu?! Wani penat. Wani penat dengan semua ni! Wani rasa nak gila. Bila Wani nak rasa kehidupan Wani sebagai seorang remaja?! Bila?! Bila nak Wani mencapai impian Wani? Wani bukan budak kecik lagi yg perlu di kongkong! Tak payah nak risau dengan Wani sangat.. I can do it by myself. Please maksu, Wani tak nak kawin masa umur macam ni. Wani tak nak kahwin ngan Danial!!!" jeritku seperti orang kena histeria. Sejenak kemudian, aku menitis kan air mataku di depan semua orang.
"Wani.. Please kawin ngan Danial. Wani kena kahwin ngan Danial." Rayu maksu sambil berlutut di depan ku.
"Yea Wani. Marry me." sampuk Danial. Aku memberikannya jelingan tajam. Lidya sejak dari tadi lagi berdiam diri. Tidak mahu campur tangan dalam urusan ni.
"Kau Danial. Jauh dari aku boleh tak?" marahku. Danial segera menjauhkan dirinya dari ku. Aku tidak menghiraukan rayuan maksu. Aku melangkah kaki dari situ dan berlalu ke bilik ku di tingkat atas.
Aku menangis sendiri di katilku. Mulutku tidak berhenti mengeluarkan berbagai sumpah serenah. Pintu dikuak dari luar. Aku mendongakkan kepala ku untuk melihat siapa yg masuk.
"Wani.." panggil Lidya. Aku membekukan diriku, tidak menghiraukan dia yg hendak duduk di sebelahku.
"Wani janganlah macam ni." Tangan Lidya menggosok bahuku lembut.
"Kau janganlah buat maksu kau sedih. Kesian dia kan? Kau tunaikanlah permintaan dia. Ataupun kau sembahyang istikharah?" cadangnya. Aku masih ragu-ragu untuk menerima cadangannya itu.
"But Lidya. What if Danial betul jodoh aku?" kataku. Lidya mengeluh seketika.
"Wani, if betul lah dia jodoh kau, kau kena lah terima dengan hati yg terbuka. Kau jugak patut bersyukur sebab jodoh kau dah sampai. Cuba kau tengok maksu kau tu, umur dah 25 tapi masih tak kahwin-kahwin. Bukan maksu kau tak nak kahwin, dia memang rasa nak kahwin. Tapi tu lah jodoh belum sampai. Wani tolong terima Danial demi maksu kau. Mungkin ini lah masa nya kau balas jasa maksu kau tu." terangnya panjang lebar. Aku hanya dapat memberikan senyuman hambar.
"Tengoklah." Lidya mengeluh lagi buat kesekian kali nya. "Wani, jangan lah cakap macam tu. Kau tak ke-"
"Memang! Memang aku kesian kat maksu aku. Tapi aku takut Lidya.. Aku takut. Aku tak sedia menjadi seorang isteri. Aku tak sedia untuk menjadi mangsa Danial." potongku.
"Dah lah Lidya. Aku penat.. Aku nak tidur. Sorry for everything." aku kemudian membaringkan badanku.
"Aku di mana ni? Kenapa semua putih dan terlalu terang? Dan apa yg aku pakai ni?" kataku sendiri. Aku melihat sekelilingku semua putih dan terang benderang. Lalu, aku menilik pakaian yg aku pakai iaitu gaun putih dan shawl putih. Cantik bak cinderella. I mean not me but the dress. Aku berjalan perlahan dan terjumpa seorang lelaki yang sedang membelakangi ku.
"Assalamu'alaikum Encik." aku memberi salam kepada lelaki tersebut.
"Wa'alaikumussalam." jawab nya. Tapi masih tetap membelakangi ku.
"Encik. Saya nak tak tanya.. Kita ni kat mana?" tanyaku kepadanya sambil memandang sekelilingku.
Tiba-tiba dia menghadap ku. Senyuman manis di berikan kepadaku. Aku terpaku dengan senyuman dan aku rasa aku kenal dia tapi aku tak ingat langsung.
"Iwanina sudikah sayang menjadi isteri abang sehidup semati?" dia melutut di depanku. Di tangannya ada sebentuk cincin berlian. Aku tanpa ragu-ragu terus menerima lamaran tersebut.
Aku mencelikkan mata ku. "Mimpi apa tadi tu?" bebelku sendiri. Aku menoleh kesebelah ku dan lagi lah aku terkejut. Yang di sebelah aku ni bukan Lidya tapi lelaki yg dalam mimpi ku tadi, iaitu DANIAL. Aku repeat balik. DANIAL!!!
Aku meraba badanku. Nafas lega aku hembuskan perlahan.
Nasib baik baju still arah aku. Bisik hatiku.
"Danial, apa yang kau buat kat katil aku?" aku menggoncang tubuh badannya yg sasa.
"Hmmm.." gumam dia. Aku mendengus kuat.
"Danial bangunlah. Kita belum boleh tidur sekatil!" marahku. Aku bingkas bangun dari katilku dan mengambil tudung express yang tersidai di belakang pintu kemudian terus berlalu keluar dari bilik.
"Maksu! Lidya!" jeritku sebaik sahaja aku sampai di tingkat bawah. Muka ku merah menahan marah.
"Yes Iwanina?" jawab mereka serentak sebaik sahaja mereka tiba di hadapan ku. Aku memandang mereka berdua tajam.
"Kenapa maksu ngan Lidya biarkan Danial tidur ngan Wani semalam?" tanya ku dalam nada marah.
"Alahh takpe. Nanti kan korang kahwin jugak.
"Hish!" dengus ku kuat.
"Kan Wani ngan Danial belum muhrim lagi. Nikah pun belum lagi. Tunggu lah Wani kahwin ngan Danial dulu." luahku.
"Jadi Wani setuju lah kahwin dengan Danial?" tanya maksu teruja. Lidya yang di sebelah maksu tersenyum nakal. Sekarang baru lah aku sedar akan keterlanjuran ku tadi.
"T..t.tak..k." jawabku gagap. Busted!
"Eep! Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, buruk padahnya." muka ku merah menahan malu yg teramat.
"Hish. Wani.." aku menarik nafas dalam-dalam lalu menghembuskannya.
"Wani setuju." selesai aku menamatkan kalimat tersebut, aku terus berlalu ke atas ke bilik aku. Aku menutup pintu bilik ku dan memegang dadaku. Dapat ku rasakan jantung aku berdepung laju.
"Hi Wani." sapa Danial di belakang ku. Aku menelan liurku. Perlahan-lahan aku mengalihkan pandangan dari memandang pintu.
"Danial." Danial mengelus perlahan pipiku. Aku menepisnya dengan kasar.
"Apa kau nak?" tanya ku menahan rasa amarah. Danial hanya ketawa sinis.
"Hari ni kita kena outstation. Kita kena pergi outstion kat Bali." jawabnya bersaja. Aku membulatkan mataku.
"Asal tiba-tiba?" soalku hairan. Dia menjongketkan bahunya.
"Pukul berapa kita bertolak?" tanyaku lagi.
"Satu jam dari sekarang." jawapan tersebut betul-betul buat aku shock.
"Kenapa tak bagitau awal-awal? Menyusahkan betul lah. Nak bertolak baru nak bagitau. Hish geram betul aku." leterku seorang diri. Tangan ku tidak tinggal diam. Terus mengemas pakaian ku yg perlu di bawa.
Setelah selesai mengemas pakaian aku, aku membawa turun lugguage tersebut.
"Maksu. Wani nak bertolak ni. Maksu kena jaga diri sendiri kat sini tau. Jangan nakal-nakal. Cari special boyfriend sekaligus your future husband." pesanku kepada maksu.
"Eh I know lah. "
"Hah Lidya kau pun jangan nakal-nakal tau. Belajar baik-baik." pesan ku kepada Lidya.
"Kau ni Wani. Aku bukan anak kecik tau. Tau lah aku nak buat apa. Kau macam nak tinggalkan kami selamanya pulak." Lidya memuncungkan mulutnya. Aku ketawa kecil.
"Hah Danial! Jaga baik-baik anak buah maksu yg sorang ni." pesan maksu kepada Danial. Danial hanya menganggukan kepalanya.
"Bye semua! Assalamu'alaikum."
"Wa'alaikumussalam. Jaga diri tau." pesan mereka.
~~~~~
Guyss! Okay tak? I hope okay chapter ni. Pening saya fikirkan idea. Hahaha okay then!!! Bye!!! ^^
YOU ARE READING
The Beauty and The Nerd
Teen FictionSo, malas nak buat description panjang2 sbb aku dah lupa jalan cerita ni, serious! And haha, ni cerita pertama aku. So nak baca cara penulisan pertama aku? Hah.. silakan. Dialu2kan. Aku tak ubah apa2 dlm ni, mana la tau dari sini u guys blh belajar...