Bab 31

9.8K 392 2
                                    

"Assalamu'alaikum! Ibu, ayah! Nina ni." Jerit ku di luar pintu rumah. Pintu di buka perlahan.

"Eh Nina." Kata ibu lalu memelukku.

"Ini siapa?" Tanya ibu sambil menunjuk ke arah Danial.

"Ai, takkan makcik tak ingat? Danial lah. One of Sarah's family and of course Nina's husband." Terang Danial.

"Oh Danial. Jadi kamu semua Nina lah ye?" Danial pantas mengangguk.

"Nenek!" Dania berlari anak mendapatkan ibu.

"Eh cucu nenek." Ibu mendepakan kedua tangannya lalu mendukung Dania.

"Eh masuklah." Jemput Ibu. Kami mengikutinya masuk ke dalam rumah.

Serius. Aku terkejut. Lidya dengan Hazim pun ada. Tapi pandangan mataku menghala ke arah anak kecil yang sedang duduk di atas riba Lidya. Dengan perut memboyot lagi.

"Eh Lidya. Anak siapa ni?" Tanyaku bingung. Tersengih-sengih Lidya memandangku.

"Ni lah anak aku." Terus melompong mulutku. Bila masa dia kahwin? Amboi kahwin tak jemput aku.

"Ya Allah! Ni kau mengandung lagi lah ni?" Aku melabuhkan punggung ku di sofa yang empuk diikuti dengan Danial. Dania pula duduk di atas riba Danial. Ibu ke dapur mengambil sesuatu.

"A'ah. 6 bulan." Tangannya mengusap perutnya yang bulat.

"Sayang, nampaknya kita kena berusaha so that we can give Dania a sister or a brother." Bisik Danial di telingaku tapi masuh boleh di dengari oleh Hazim dan Lidya. Dania dan anak Lidya bermain anak patung tidak jauh dari tempat kami. Nasib baik Dania tak ada sini. Kalau tak malu tujuh keturunan. Laju sahaja tanganku mencubit lengan sasanya. Tergelak besar Lidya dan Hazim.

"Hish bie ni! Ada pula cakap macam tu. Sayang potong lidah bie tu nanti." Rengusku. Aku menyilangkan tanganku tanda aku tak puas hati dengan si dia ni.
"Buat lah sayang. Bie tak kesah. Sanggup daku menyeberangi lautan api demi mu."

"Merepek lah bie ni." Marahku manja. Bunyi derapan kaki di tangga membuat kami berempat memandang ke arah tersebut. Arshad dan Sarah sedang menuruni anak tangga sambil berpegangan tangan. Macam pengantin baru pula.

"Guys! I have a good news."

"I'm pregnant." Another good news?! Wow. Aku segera memeluk maksu.

"Maksu, congrats. I'm happy for you." Ucapku smbil mencium ke dua belah pipinya.

"Eh apa yang bising-bising ni?" Kata ayah yang baru muncul.

"Tak, ni maksu, pregnant." Terangku ringkas. Terus berubah riak muka ayah.

"Ya Allah, syukur."

"Hehehe. Tu lah. Mesti berusaha keras." Celah Arshad. Terus merah kedua pipi Sarah. Kesian Sarah kena sakat oleh suami 'kesayangan' dia. Sabar je lah Sarah.

"So korang bila lagi?" Serentak mereka semua bertanya ke arah aku dan Danial. Air liur ku telan. Soalan cepu emas ni.

"Eh? Errmmmm.. Kita kan baru je jumpe." Tangan ku menggaru-garu kepalaku yang di baluti dengan selendang.

"Eleh sayang ni. Tapi tak salahkan kita cuba? Tup tup. Minggu depan sayang mengandung." Keningnya di angkat beberapa kali. Air liur ku telan lagi. Terasa seperti aku menelan berbakul-bakul pasir. Aku hanya beriak selamba padahal jantung aku ni dah rak bagai nak gila. Relax Nina...

"Ehmm.. Itu mustahil. Mana orang buat terus next week menjadi." Ujarku selamba. Mereka menahan senyum. Lagi-lagi tahan senyum. Tak sakit ke bibir menahan senyum je.

"It's possible honey." Aku ketap bibirku geram. Kalau tak jawab bukan Danial namanya. Pipiku terasa membahang. Dah sudah. Mesti dorang tegur ni. I need McDonald's paper bag!

"Eh! Ada tomato!" Jerit Lidya. Jeritan Lidya yang sangat...sangat membingitkan telingaku. Boleh tercabut telinga aku yang cantik lagi cute ni. Perasan. Terus aku memandang kiri kanan ku.

"Mana-mana?" Jari telunjuk Danial hinggap di pipiku.

"Ni." Aku menepisnya. Aku memegang pipi ku yang panas.

"Hish! Bencilah kalau macam ni. Nak baliklah. Nina nak merajuk ni." Rajuk ku sambil berura-ura hendak bangun, namun ku di tarik ke belakang sehingga aku jatuh ke dalam pelukan Danial. Adegan romantik nak mula dah.. Danial mula menghampiri muka ku. Tidak menghiraukan berpasang-pasang mata yang sedang memandang kami.

"Danial.." Tersasul pula nama dia. Dah aku kalut. Memang wajarlah aku tersasul tersebut nama dia. Semakin hampir wajahnya, aku memejamkan mataku.

"Bie tak cium lah." Serentak itu, tawa orang semua lepas. Lalu Danial menjauhkan mukanya. Otak ku terasa panas menahan geram, menahan marah. Sedap nye mainkan orang. Reputation wife sendiri tak di hiraukan. Nanti kau Tengku Danial. Aku ku balas perbuatan mu.

"Hahahahaha!" *with evil laugh*

Terus mati tawa mereka semua. Mereka memandangku pelik.

"Asal gelak tiba-tiba?" Aku tersenyum jahat. Aku memanggil Dania yang sedang sibuk bermain dengan anak patungnya. Aku membisikkan sesuatu ke telinga Dania. Dania hanya menangguk setuju.

"Walid sini." Danial sedikit membongkokkan badannya. Dengan pantas, Dania menggigit telinga Danial. Mengaduh betul si Danial ni. Aku ketawa terbahak-bahak sampai tak ingat dunia.

"Sayang ni! Main tipu lah. Mana aci."

"Aci ada kat kedai." Kataku selamba. Membuatkan sekali lagi semua krang tergelak besar.

"Eh korang ni, ketawa sampai tak ingat dunia. Nah makan ni." Terus mati ketawa kami. Ibu meletakkan cekodok pisang dan air teh panas. Aku menyisip tehku dan menggigit sedikit cekodok pisang. Lalu ibu melabuhkan punggungnya duduk di sebelah ayah. Aku berdeham sebelum memulakan pembicaraan kami.

"Ibu, sebenarnya Nina datang ni nak ambik pakaian Nina sebab Nina dah nak tinggal dengan suami Nina." Terangku takut-takut. Takut penjelasanku ni membuat ibu kecil hati. Tapi sangkaan ku meleset jauh, ibu hanya menggangguk kecil sambil tersenyum.

"Ibu tak kecik hati ke?" Tanyaku.

"Apa pula kecik hati? Itu hak Nina dengan Danial. Ibu gembira sebab Nina akhirnya balik kepangkuan Danial. Lagi pun, syurga di bawah kaki suamikan." Aku mengangguk setuju.

"Tapi, Nina kena lah sering melawat ibu dan ayah kat sini." Sambung Ibu.

"Ye ibu. In shaa allah. Hmmm.. Ibu kalau macam tu kami pulang dulu lah ye." Pamitku.

"Lah ingatkan nak tidur sini."

"Takpelah. Lagipun kitaorang bercadang dari rumah nak melawat papa dan mama Danial. Dah lama Nina tak lewat mereka." Beritahuku.

"Baiklah macam tu. Nina dah ambik barang Nina kat atas?" Aku menggeleng.
"Takpelah. Bibi tolong ambik pakaian Nina kat atas. Kemaskan ye. Nina nak pergi dah ni!" Jerit Ibu. Bibi terkocoh-kocoh mendapatkan majikan lalu mengangguk kecil.

Aku dan Danial bingkas bangun. Aku menyalami Lidya, Sarah dan ibu. Manakala Danial menyalami ayah, Arshad dan Hazim.

"Bro, berusaha keras bro." Bisik Hazim di telinga Danial. Merahlah muka ku yang cute ni.

"Dah-dah lah tu abang." Tegur Lidya.

"Dania, jom balik." Panggil. Terkedek-kedek Dania mendapatkan ku. Tersenyum kecil aku di buatnya.

"Salam semua." Arahku. Dania hanya mengangguk.

"Puan, ni bag dia." Kata bibi sambil menghulurkan ku sebuah bag besar yang berisi pakaian. Belum sempat aku mengambil bag tersebut, Danial terlebih dahulu menyambar bag tersebut.

"Gentleman." Aku buat aksi muntah. Aku menarik tangan Dania lalu berlalu keluar.

****

Hey! I guess 2 bab lagi tamatlah cerita ni. Hehehe

The Beauty and The NerdWhere stories live. Discover now