Bab 29

9.6K 450 26
                                    

"Dania, janganlah lari-lari nanti jatuh." Tegurku kepada anak ku yang berusia enam tahun. Sepasang suami isteri muda menghampiri kami bertiga, Alex, aku dan Dania.

"Alex, jaga ni Nina sama Dania ya. Jangan sampai mereka jatuh sakit." Pesan Fifi. Oh ye! Fifi dan Dani sudah kawin. Dua bulan lepas dorang kawin. Tak sangka aku dengan mereka, rupa-rupanya si Fifi dan Dani ni diam-diam ubi berisi.

"Iya gue ingat. Lo harus bilang berapa kali sih? Bosen gue mendengarnya. Boleh ilang ni kuping gue." Gurau Alex sambil memegang kedua telinganya. Kami bertiga sebenarnya nak ke Malaysia sebab aku ada penggambaran kat sana. Rasa berdebar-debar tu memang ada. Aku takut jika sekiranya terserempak dengan Danial. Dania berlari-lari mendapatkan ku.

"Ummi, I found this one. Can I keep it?" Tanya Dania sambil menunjukkan ku kerang kecil. Entah dari mana dia dapat benda tu.

"Yes honey. Dania salam Tante Fifi dan Om Dani." Arahku. Fifi bersiap sedia menghulurkan tangannya untuk di salam oleh Dania. Dania  menyambut huluran tersebut lalu memeluk Fifi.

"Tante Fifi, I will miss you so much." Kata Dania sambil menangis tersedu-sedu. Fifi membalas pelukan tersebut sambil menggosok perlahan belakang Dania.

"Yeah me too Dania. Jangan nakal ya." Pesan Fifi. Dania kemudian menghampiri Dani lalu menyalami tangan Dani dengan tertib.

"Om, I will also miss you." Kata Dania lalu memeluknya buat seketika. Kedua pipi Dania di cium lembut oleh Dani.

"Me too."

"Let's go Dania.  We're gonna late for our flight." Aku memimpin tangan kanan Dania manakala Alex pula memimpin tangan kiri Dania. Sempat aku berikan kepada Fifi dan Dani lambaian terakhir.

******

"Abang!!" Jerit ku sebaik sahaja kami keluar dari flight. Arshad melambai tangannya lalu menghampiri ku.

"Rindunya dekat abang." Kataku sambil ketawa kecil. Kalau Arshad abang kandung aku, dah lama aku peluk cium dia.

"Betul. Abang pun sama. Eh meet my wife.." Arshad mengenalkan ku dengan istrinya yang manis bertudung. Tapi asal aku pernah kenal je?

"Wani.." Panggil perempuan tersebut. Aku sedikit terpaku. Wajahnya lama aku perhatikan.

"Maksu.." Kataku perlahan. Arshad memandang ku dan maksu silih berganti dengan bingung.

"Maksu istri abang Arshad ke?" Aduh! Asal aku tersasul soalan ni. Jelas-jelas Arshad mengenalkan maksu sebagai istri dia. Sarah hanya mengangguk sebelum menarik ku ke dalam pelukannya. Dia menangis tersedu-sedu. Aku pula tidak berbuat apa-apa melainkan aku terkejut dan sedikit terpaku.

"Wani, maksu minta maaf pasal kejadian dulu? Maksu tak sengaja nak sakitkan hati Wani." Aku menggosok belakangnya perlahan sebelum ikut menangis bersamanya.

"Ye maksu. Hmmm.. NINA maafkan." Perkataan NINA aku tekankan. Terus terlerai pelukan kami. Dia memandangku buat seketika.

"Nina?" Aku mengangguk kecil.

"Why not Wani?" Tanyanya bingung. Keluhan halus keluar dari mulutku.

"Because that name reminds me about my past." Sarah merasa serba salah. Kerananya Wani terpaksa melalui penderitaan.

"I'm sorry."

"It's okay. Perkara dah lepa-"

"Ummi!" Jerit Dania sambil berlari-lari mendapatkan ku. Alex mengejar Dania dari belakang. Arshad dan Sarah saling berpandangan.

"Ummi?" Kata mereka berdua serentak.

"Yep. Kenalkan ini anak Nina. Tengku Nania Dania Marcuss Bt Tengku Danial Arya Marcuss." Alex memandangku bingung.

"Ini siapa?" Bisiknya di telingaku. Aku ketawa kecil sebelum menjawab soalannya.

"Oh ini maksu nama dia Sarah. Dan ini Arshad, suami dia aka paksu saya." Alex menghulurkan tangannya kepada Arshad. Arshad dengan senang hati menyambutnya.

"I'm Alex. Nice to meet you guys."

"Dania, salam nenek Sarah dan nenek Arshad." Mereka berdua mencebik apabila aku sebut dengan panggilan nenek.

"I'm sorry but that's the fact." Kata ku selamba. Dania menghampiri mereka berdua lalu menyalami tangan mereka dengan tertib dan sopan. Tangan Sarah laju sahaja mencubit pipi montel Dania.

"Eh jom lah ke kereta." Kata Arshad. Kami mengikuti Arshad dari belakang menuju ke keretanya. Arshad dan Alex duduk kat depan, aku dan maksu duduk di kerusi belakang. Sementara Dania aku dudukkan di atas riba ku. Sepanjang perjalanan, kami hanya berborak kecil.

"Nina tak rindu Danial ke?" Tanya Sarah tiba-tiba. Zupp! Nama itu. Di mana dia sekarang? Dah kahwin ke dengan wanita lain?

"Rindu." Jawabku sepatah. Dania sudah lama terlelap tidur di pangkuan ku.

"Habis tu kenapa tak jumpa dia?" Tanya Sarah lagi. Aku diam seribu bahasa.

"Nina. Danial tak kahwin lagi. Semenjak kepergian Nina, hidup dia tidak keruan. Sekarang dia seorang yang dingin, workaholic, pulang malam sebab banyak masa dia habiskan kat office. Kita soal dia sepuluh patah, dia jawab sepatah je. He's 100% berubah." Aku masih mendiamkan diri. Bukan marah, tapi entahlah. Rasa takut tu sentiasa ada kat diri aku.

"I'm not ready to meet him." Lelaki-lelaki yang di depan, masih rancak berbual tentang itu dan ini. Tidak mempedulikan kami yang sedang berbual serius.

"Habis tu, Dania macam mana?" Tanya nya. Sesekali Sarah melirik Dania yang sedang lena diulit mimpi.

"Dania biar Nina je yang jaga. Nina sanggup jadi ibu tunggal."

"Nina, she needs her dad." Nada suara maksu sedikit tegas.

"Tapi-"

"Sorry for interrupting. Ni nak ke mana?" Celah Arshad.

"Kita ke-"

"Rumah paksu je lah." Potongku laju. Sarah memandangku tajam tapi aku hanya bersikap selamba badak je.

"Amboi. Panggil Abang Arshad je lah." Katanya sambil melirik ku dari cermin depan.

"Okay."

******

Sesampainya kami di perkarangan rumah Arshad, kelihatan ibu dan ayah sedang menyambut kedatangan kami. Dania aku serahkan kepada Sarah.

"Ibu! Ayah!" Jeritku. Aku menyalami tangan ibu angkat ku dan menundukkan sedikit kepalaku kepada Ayah.

"Rindunya Nina dengan ibu." Ucapku sambil memeluk tubuh ibu.

"Rindu ibu je ke? Ayah tak rindu?" Gurau ayah. Aku tergelak kecil.

"Nina pun rindu ayah."

Aku membantu Alex dan Arshad membawa bagasi ku tetapi dihalang oleh mereka berdua. Bibirku sengaja aku cebikkan. Sarah menyerahkan kembali Dania kepadaku lalu ku bawa Dania ke arah Ibu dan Ayah.

"Ibu, ayah. Ini Dania. Cucu ibu dan ayah." Aku mengenalkan Dania kepada mereka. Dania merengek apabila tidurnya di ganggu oleh ku.

"Dania, this is also your granpa and your grandma." Ibu dan ayah mengerutka  dahinya.

"Ada lagi ke selain kami berdua?" Tanya ayah bingung.

"Ada. Ni maksu dan abang Arshad." Jawabku sambil menunjuk ke arah Sarah dan Arshad.

"Jadi Sarah ni lah Maksu Nina?" Aku mengangguk kecil.

"Syukurlah."

"Ehem." Deheman seseorang menghentikan perbualan kami. Cepat-cepat aku menoleh ke belakang.Alex tersengih-sengih memandangku sambil memberi isyarat.

"Oh lupa pulak. Dan yang ni Alex. Sedara Nina sebelah mama."

"Hi Alex." Kata ibu dan ayah serentak.

"Hi tante dan om."

"Eh jom lah masuk. Apasal pula kita borak kat luar." Kata Ayah sambil memimpin Dania yang masih mamai masuk ke dalam rumah. Aku dan Alex mengikuti ayah dan ibu dari belakang. Sementara Sarah dan Arshad pergi ke kedai untuk beli bahan yang nak di masak.

The Beauty and The NerdWhere stories live. Discover now