Bab 28

10K 469 20
                                    

"Fifi, saya dah bal- Eh Alex dan Dani pun ade? Tak kerja ke?" Tanyaku sambil mengambil tempat di sebelahnya.

"Barusan lo ke mana?" Tanya Alex serius tanpa menjawab soalanku. Aku memandang mereka dengan pandangan tidak percaya.

"Saya jumpa kawan saya je. Kenapa awak tanya?"

"Nggak kok.. Cuman lo pasti niat dia tu baik?" Kata Dani curiga. Dahiku berkerut mendengar dengan pertanyaan itu.

"Yelah.. Apa pula tak nya?" Fifi terus memandangku.

"Hey sis. Kalo niat mereka jahat gimana?"

"Korang ni kenape?! Asal curiga sangat?! Tak baik tau buruk sangka." Tengkingku tanpa ku sedar. Emosi ku langsung tidak lagi dapat dikawal. Air mata ku yang jatuh ku seka dengan jari runcingku. Lalu dengan perasaan marah, aku terus berlalu ke tingkat atas. Panggilan mereka tidak ku hiraukan lagi. Ah! Peduli apa aku?

Sesampai di bilik, tubuhku ku hempas kuat atas katil. Aku dapat rasa niat Hazim dan Lidya tu baik sangat. Mungkin perasaan curiga tu ada. Tapi apa salahnya kita bagi peluang sekali lagi. Entah bila aku sudah terlelap tidur.

******

(Danial)

Danial menghentikan keretanya di tepi jalan. Sudah puas dia mencari Wani di merata-rata tempat tapi tak jumpa jugak.

"Kat mana aku nak cari dia ni? Baik aku call maksu je." Kata Danial seorang diri. Danial memandang sekeliling mencari kelibat Wani jika ada. Sekarang Danial tengah berada di Johor iaitu di mana dulunya keluarga ayah kepada Wani tinggal. Satu kampung dia pusing, tapi tak jumpa jugak. Danial mengambil handphone nya di dalam saku seluarnya. Jarinya ligat mencari nombor Sarah ataupun maksu. Jumpa contact Sarah, Danial menekan butang hijau.

"Assalamu'alaikum maksu." Danial memberi salam kepada Sarah.

"Wa'alaikumussalam. Ada apa Danial? Dah jumpa ke Wani?" Tanya Sarah cemas. Sarah sedar dirinya sebetulnya salah. Semenjak kejadian hari tu, perasaannya tidak tenteram. Ada sahaja kelakuannya yang salah. Hidupnya juga seakan kosong.

"Tak maksu. Danial belum jumpa dia lagi." Keluhan kedengaran di hujung talian. Sunyi buat seketika. Danial rasa dia berputus asa. Entah di mana lagi nak cari dia. Menyesal sungguh Danial kerana tak tahu langsung tentang Wani. Mungkin dia tahu serba sedikit tentang Wani, namun dia langsung tidak mengingatinya. Yang Danial tahu hanya umur, pekerjaan, asal bapa Wani dan bahkan hari lahir Wani pun langsung tak ingat. Jenis suami apa Danial ni?

"Apa kata Danial pergi Indonesia je. Setahu maksu, ibu dia asal dari Indonesia, but the problem is I don't which part of Indonesia? Jakarta? Surabaya? Sukabumi? I don't know." Terang maksu serba sedikit.

"Tapi Indonesia kan besar? Macam mana nak cari?" Keluh Danial.

"You are right."

"Hmmm.. Apa kata Danial call Hazim?" Cadang Danial.

"Call Hazim nak buat apa. Nak suruh dia jadi bomoh ke." Katanya hairan. Danial ketawa kecil dengan pernyataan tersebut.

Seram aku kalau si Hazim tu jadi bomoh. Bisik hati kecilnya.

"Tak.. Sekarang ni Lidya ngan Hazim kan kat Indonesia. Danial tanya je lah dorang Indonesia part mana? Kot-kot lah nanti Danial jumpa Wani." Terang Danial secara ringkas. Sarah berfikir sejenak.

"Okaylah. Kalau macam tu, Maksu letak dulu. Assalamu'alaikum." Kemudian talian ditutup oleh maksu.

"Wa'alaikumussalam." Jawab Danial. Walaupun ditutup, salam wajib dijawab tau. Sesudah itu, jari Danial ligat lagi mencari nombor telefon Hazim.

The Beauty and The NerdWhere stories live. Discover now