Bab 15

8.9K 473 5
                                    

"Thanks boss sebab belanja saya makan hari ni." Kataku sebaik sahaja kami berada di depan pintu bilik hotel ku.

"Well of course, no problem because you're my worker plus my wife-to-be." Bisiknya di telinga ku. Aku menjauhkan sikit diriku dari Danial.

"Hmmm. Kalau macam tu saya masuk bilik dulu ye." Pamitku. Belum pun sempat aku melangkah masuk, lenganku di tarik oleh Danial.

"Yes boss? Anything else?" tanyaku. Aku menarik tanganku dari pegangannya. Suka-suki dia je pegang tangan anak orang.

"Yes. My good night kiss." Terbit senyuman nakal di bibirnya. Aku mengetap bibirku geram.

"Penampar nak?" Gurauku tapi walaupun gurau macam tu, sebenarnya memang aku maksudkan nya.

"Tak. I want kiss." Danial menunjukkan pipinya yang comel. Gulp! Comel?

"Talk to my hand." Kemudian aku masuk ke dalam bilikku tanpa mempedulikan Danial di luar. Kedengaran ketawa Danial di luar bilik ku. Aku hanya tersenyum sedikit.

Aku suka dia ke? Bisik hatiku. Aku memegang dadaku.

Jantung aku okay je, tapi apasal setiap kali aku ngan Danial, aku rasa selesa je. NO! Aku tak boleh suka even cinta. Aku menggeleng kan kepalaku, menidakkan cinta yang mula hadir dalam hidup ku.

#####

Bunyi ketukan pintu mengejutkan aku yang sedang mandi.

"Hish! Setan mana pulak yang kacau orang pagi-pagi buta ni." Rungut ku perlahan. Aku mengambil jubah serta tudung express di belakang pintu bilik ku.

"Hi Sayang!" Tegur Danial sebaik sahaja aku membuka pintu.

"Assalamu'alaikum." Sindirku.

Mamat ni. Kalau tak kacau aku sehari, mati kot agaknya. Rungut ku di dalam hati.

"Nak apa boss?" Tanya ku sedikit geram.

"Kita pergi jogging?" Ajak Danial.

"Oh.. Well, okay then."

"Btw, jangan lah panggil aku boss. Panggil lah abang ke, honey ke, bie ke, baby ke? Sedap juga di dengar." Aku menelan liur ke perlahan. Geli tekak aku.

"Danial."

"No! I dont want Danial! Call me bie." Marahnya.

"Hish! Okay fine! B.. Bb.. Susah lah nak sebut." Rungutku. Danial memandang ku tajam. Ni yang buat aku gerun. Silap hari bulan, lain pula yg jadi.

"Okay... B..bbb..bie" lambat-lambat aku menyebut perkataan tersebut. Danial tersenyum menang.

"Okay lah macam tu bo- maksud saya bie tunggu dekat bawah. I want to change my clothes first." Danial menganggukkan kepalanya berkali-kali kemudian berlalu pergi. Tanpa membuang masa aku terus menukar baju ku. Takkan lah nak pakai jubah ni kot nak jogging.

"Bie!" Sergah ku ketika Danial sedang leka bermain dengan Iphone 6 plus dia. Maklumlah orang kaya. Dia kalau nak beli 20 Iphone 6 pun mampu. Memang tak heran.

"Eh sayang." Danial memandang ku dari atas ke bawah. Lalu mencebik.

"Sayang. Kenapa pakai baju longgar ni?" Aku membulatkan mata ku.

"Why? Salah ke?" Aku memeluk tubuhku.

"Err. Takde apa lah. Lets go!"

###

"Wait bie. Saya penat lah. Lagi pun kejap lagi kita nak jumpa client. So we need to be ready." Kata ku sambil tercungap-cungap. Danial berlari anak ke arahku.

"Urmm.. Sayang?" Panggil Danial. Aku mendongakkan sedikit kepala ku.

"Client tak jadi." Aku membulatkan mataku. Menyusahkan betul lah client ni.

"Asal?" Tanya ku hairan.

"Urmm.." Danial menggaru kepala yang tidak gatal.

"Sebab.. Hah! Bini dia beranak."

"Oh. Macam tu ke? Kalau macam tu, jomlah kita pergi lawat." Ajakku.

"Eh tak! Bini dia beranak kat Malaysia."

"Oh." Kataku sambil terangguk-angguk.

"I have an idea." Katanya. Aku menaikkan keningku.

"Lets go shopping. Beli dress untuk malam nanti." Cadangnya. Aku nencebikkan bibirku.

"Saya tak nak lah. Penat.. Bie, tak payah lah pergi." Protes ku.

"Nope! You must go." Sehabis itu, Danial terus meninggalkan aku dengan keadaan terpinga-pinga. Aku pun mengikutinya dari belakang sambil menghentakkan kaki ku kuat.

Ni belum jadi laki aku, kalau dah jadi laki aku, conform aku dah dikunci kat penjara oleh si mamat gila ni. Bebel ku dalam hati.

~~~~~~

Hello guys! Maaf sangat lambat update. Maaf jugak bab ni pendek sikit. Apa-apa pun, in shaa allah saya akan update chapter baru lagi.

The Beauty and The NerdWhere stories live. Discover now