"Lidya? Apa awak buat kat sini?" Suara ku kedengaran bergetar. Cepat-cepat aku bangun dan aku perlu pergi dari situ. Belum sempat aku melangkah pergi, lenganku ditarik menyebabkan aku terus memandang Lidya.
"Lidya.. I'm so sorry. I don't mean hurt you. Aku janji aku takkan kacau hidup korang berdua lepas ni. Aku janji lepas ni aku takkan muncul. Aku akan pergi dari sini, dari hadapan korang. Don't be angry with me again? Aku juga berjanji ini kali terakhir korang berjumpa ngan aku." Air mataku ku tahan dari jatuh. Lidya tanpa teragak-agak menarik ku ke dalam pelukan. Terpinga-pinga aku dibuatnya. Mataku terus beralih ke arah Hazim di sebelah Lidya memandangnya blur.
"Tak. Aku yang perlu minta maaf kat kau. Sepatutnya aku sedar bahawa kau lah kawan aku yang paling terbaik. Hidup aku rasa kosong setelah kau tinggalkan aku. Tidak keruan aku dibuatnya. Wani I'm so sorry for what I have done to you. Aku janji takkan buat kau macam dulu lagi." Kata Lidya sambil menangis teresak-esak.
"Wani, balik lah ke Malaysia." Pinta Lidya. Aku tidak berkata apa-apa, hanya mendiamkan diri sahaja. Lidya kemudian meleraikan pelukkan kami lalu memegang bahuku. Matanya tepat memandang mataku dalam.
"I forgive you Lidya. Don't worry.. Aku tak..tak boleh Lidya, and jangan panggil aku Wani please. Nama tu buat aku teringat perkara dulu." Lidya membimbing ku duduk lalu dia mengambil tempat di sebelahku. Manakala Hazim duduk di tempatnya tadi.
"Tapi kenapa?" Wajah Lidya seakan-akan ibu mati anak pula aku tengok.
"What about Danial? What about maksu? Korang pernah dengar kan, aku berjanji tidak akan muncul di hadapan mereka lagi. Kau dah lupa ke?" Kataku sayu sambil memandangnya.
"About your maksu, sebenarnya dia nak jumpa kau." Terus membulat mataku. Perlahan kepala ku menggeleng.
"Tak.. Aku tak nak. Aku dah kata. Aku tak nak balik Malaysia. Aku tak sedia lagi."
"Tapi kenapa?"
"Kau ingat tak dulu, aku pernah cakap kat kau, aku nak cari keluarga ibu aku kat sini. Dan aku dah jumpa mereka." Kataku gembira.
"Really? Kan betul tekaan ku mesti kau kat sini." Ujarnya selamba. Aku memandang lidya tanpa berkelip. Baru aku sedar, penampilan Lidya berubah habis.
"Asal kau pandang aku macam kau nak makan aku je?" Tanyanya hairan. Hazim yang berada di hadapan ku hanya tergelak kecil.
"Tak lah. Kau tu lah. Tambah lawa lah. Kan bagus kalau pakai macam ni cantik dan manis bertudung." Puji ku. Betul, Lidya dah pakai tudung. Tak macam dulu, rambut serabai je.
"Thank you. Ohh, jadi kau nak cakap le dulu aku tak cantik. Sampai hati kau." Rajuknya. Aku menggeleng-gelengkan kepalaku. Bertuah punya kawan. Ada ke cakap macam tu? Dia ni cantik mengalahkan ratu tercantik di dunia tau.
"Hish kau ni! Ada ke cakap macam tu?" Marahku. Alah.. Marah-marah manja gitu.
"Hehehe. Gurau je lah. Jangan nak ambik hati." Katanya sambil tersengih-sengih.
"Hmm.. Jangan gurau macam tu. Nina ni tengah pregnant tau. Kang silap-silap sayang habis terpelanting oleh Nina." Sampuk Hazim. Aku hanya memuncungkan bibirku menandakan aku TIDAK suka diperkatakan macam tu. Makin gelak lah si Hazim ni. Jangan salahkan aku kalau esok dia takde kepala disebabkan penangan aku ni.
"What?! Serious?! Kau tengah pregnant?! Kenapa tak ka-" cepat-cepat tanganku menutup mulutnya dari menjerit lagi. Aku pekak takpe cuma orang yang ada di sekitar kami memandang kami pelik. Wuish! Jatuh maruah.
"Janganlah kuat sangat. Ye aku mengandung 2 minggu." Jawabku sambil menunjukkan dua jari ku. Aku mengambil suduku lalu menyuap kembali makanan ku yang terbantut tadi.
"Eh? Perasaanku.. Kau alah makan benda macam ni." Katanya.
"Yelah. Tapi, entahlah. Aku nak sangat makan. Baby aku kot yang nak." Kataku selamba sambil meneguk sedikit demi sedikit hot chocolate ku.
"Hmmm.. Kau tak rindu Danial?" Tanya Lidya tiba-tiba. Tersedak kuat aku oleh soalan maut dia. Lidya mengambil tissue di dalam handbag dia, lalu menghulurkannya kepadaku. Ku ambil tissue tu lalu melap nya ke bibirku. Tanganku mengurut dadaku perlahan. Perit dada aku.
"Kau ni, nak bagi mati aku cepat ke?" Kataku setelah perit yang di dadaku beransur hilang. Lidya tersengih-sengih memandang ku. Ingat comel ke tersengih-sengih macam tu. Nak je aku bagi hempuk kepala dia ngan batu. Nasib baik tuhan masih sayang aku. Kalau tak, dah 'jalan' lah aku nampaknya.
"Dude. It's just a question. Bukan aku tikam kau pun." Aku membuntangkan mataku.
"Eleh. Soalan kau tadi tu, soalan maut tau tak? Boleh mati cepat aku dengan soalan maut kau tu." Lidya hanya menjelingku lalu tangannya menarik triple chocolate cake dan coffee dia.
"Yelah. Hah? Macam mana pula dengan Danial?" Tanyanya sekali lagi.
"Kan aku dah kata tadi. Biar je lah dia dulu." Aku menyuap lagi makanan ku.
"Tapi, macam mana pula kalau dia berubah?"
Bunyi telefon seseorang mengganggu perbualan ku dengan Lidya.
"Excuse me for a minute." Kemudian, Hazim berlalu keluar untuk berbual di telefonnya.
"Hmmm. Tengoklah. Aku masih trauma dengan semua ni. Takut pula kejadian dulu terulang lagi." Kataku mungkin berbaur sindiran.
"Kau sindir aku ke?" Aku menggeleng cepat.
"Takde maknanya aku sindir kau." Aku menilik jam tanganku.
Dah pukul 12:01 tengahari. Lebih baik aku balik. Takut mereka yang di rumah risau tentang aku. Desis ku.
"Ermm.. Lidya, aku rasa aku balik dulu lah. Takut pula kalau dorang kat rumah risau kat aku." Pamitku lantas tanganku mencapai handbagku di bawah kakiku.
"Okay. Nanti aku call kau ye." Aku mengangguk sekilas kemudian berlalu. Sempat aku berhenti dan mendengar perbualan Hazim dengan seseorang di dalam telefon. Bukan aku sibuk, tapi perangai dia pelik semacam.
"Maaf Danial, aku tak tau di mana Wani sekarang. Lagi pun kau nak buat apa jumpa dia. Dah-dah lah tu sakitkan hati dia. Kalau kau tak nak dia, lepaskan dia dengan cara baik. Jangan biar dia macam tu je. Kau tau tak bini kau tu muda 19 tahun, mana lah reti sangat dengan cintan-cantun. Sepatutnya di umur muda dia ni, sepatutnya dia masih menikmati alam remaja dia. Ni tak, tup tup kau bawa dia kawin. Hari tu kau pernah cakap kawin tu tak masuk plan kita."
"........."
"Kau betul-betul ke cinta dia? Jangan main-main tau dengan perkataan cinta ni."
"......"
"Ye lah nanti aku tolong kau cari dia. Itu pun KALAU aku dapat cari dia."
"......."
"Wa'alaikumussalam."
Cepat-cepat aku angkat kaki dari situ. Sebuah taxi aku tahan lalu masuk ke dalam perut taxi tersebut.
"Betul ke dia cinta aku?" Kata ku dalam hati.
******
New chapter!! Maaf lambat publish. Okay-okay thanks guys for voting and commet and reading. I appreciate that.
YOU ARE READING
The Beauty and The Nerd
Genç KurguSo, malas nak buat description panjang2 sbb aku dah lupa jalan cerita ni, serious! And haha, ni cerita pertama aku. So nak baca cara penulisan pertama aku? Hah.. silakan. Dialu2kan. Aku tak ubah apa2 dlm ni, mana la tau dari sini u guys blh belajar...