ALANA mengunci pintu bilik tidurnya lalu menghempaskan badan ke katil. Suara nyaring Puan Maryam yang kedengaran sipi-sipi itu diabaikan Alana. Malas dia mahu dengar bebelan kasar ibunya itu. Sudah hampir seminggu berlalu sejak kejadian Alana menolak pinangan Gibran. Namun Puan Maryam masih memarahi anak perempuannya itu dan tidak berputus asa memujuk Alana untuk menerima Gibran.
Sudah berbuih mulut Alana menolak permintaan ibunya itu namun Puan Maryam masih lagi memaksa Alana. Kadang-kadang, Alana jatuh kesian kepada keluarga Gibran. Jika mereka tahu yang ibu hanya mahu dia terima Gibran oleh kerana harta semata-mata, apa reaksi keluarga itu ya? Benci sangatkah ibu kepada dia sampai sanggup gadaikan kebahagiannya hanya semata-mata demi harta?
Alana mengeluh buat ke sekian kali.
Bahu Alana terhinjut saat pintu biliknya diketuk kuat dari arah luar. Pekikan Puan Maryam membuatkan Alana bangun lalu menuju ke arah pintu. Tombol pintu dipegang lalu dipulas.
"Biadap betul kau ni May, aku tengah cakap dengan kau tau! Macam itu aje kau abaikan aku? Derhaka kau tahu tak?" bebel Puan Maryam sambil menunjal bahu Alana. Alana pula hanya menekur ke lantai, tidak mahu membalas pandangan mata ibunya. Nanti tak pasal-pasal kena tuduh anak derhaka lagi.
"Kalau aku tengah cakap pandang mata aku, May!" Seperti yang diarahkan, Alana melangut sedikt lalu membalas pandangan mata Puan Maryam.
"Nak melawan lah tu..." Darah Alana naik sampai ke otak. Nasiblah insan di hadapan ini merupakan syurganya, kalau tidak sudah lama Alana naik hantu. Rasa macam mahu bunuh diri sekarang juga. Apa sahaja yang dia lakukan mesti akan salah di mata Puan Maryam.
"Kau dah bisu?" soalan Puan Maryam membuatkan Alana membuka mulut untuk bersuara.
"May minta maaf ibu tapi May tak mahu kahwin dengan dia." Suara cuba dilembutkan selembut yang mungkin supaya insan yang sedang berdiri di hadapan akan luluh mendengar rayuannya. Cebikan juga kerutan di dahi menunjukkan betapa hancurnya perasaan dia ketika ini saat si ibu bertindak mengabaikan hati perasaannya.
"Kau dah besarkan? Susah sangat ke nak jadi isteri orang?" Alana garu kepala sambil air mata sudah lebat menuruni pipi.
"May tak nak kahwin, May nak duduk dengan ibu dengan adik-adik aje. Janganlah paksa May ibu..." Mendayu-dayu suara Alana merayu kepada ibunya. Sehingga Alana sanggup duduk melutut di hujung kaki Puan Maryam. Terhinjut-hinjut bahu Alana menangis oleh kerana tidak tahan dipaksa oleh ibu kandung sendiri.
Lama Puan Maryam mendiamkan diri dan mempalingkan wajah daripada terus melihat Alana. Alana menoleh ke sebelah kanan di mana Asfa berada. Adik lelakinya itu sedang memandang dirinya dari jauh, tiada langsung tanda-tanda mahu datang mendekatinya dan mempertahankan satu-satu kakak sulungnya ini dari terus menjadi mangsa kahwin paksa.
Kahwin paksa ya, bukan kahwin aturan keluarga kerana Alana tidak rela.
Entah kenapa namun Alana bertambah kecewa saat Asfa tidak langsung menyebelahinya dan hanya membiar dia terkapai berseorangan di sini. Selalunya, dia tidak kisah langsung dengan Asfa namun kali ini, Alana terkilan. Sebenci-benci Alana kepada Asfa, dia banyak berkorban dan memanjai adiknya itu sedar atau tanpa Asfa sedar.
YOU ARE READING
[C] TERLUKIS INDAH.
Romance━ #𝐇𝐄𝐑 𝐒𝐀𝐋𝐕𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍. ❴ SECOND BOOK OF HER SERIES, #2 ❵ ❛ For you? I'll risk it all. ❜ "Lana malu dapat suami macam Ian ke? Ian janji Ian tak akan ikut Lana lagi kalau Lana nak keluar jumpa kawan. Ian janji Ian tak akan malukan Alana lagi d...