"IAN nak ikut!" Bergema suara garau milik Gibran di seluruh ruangan ruang tamu ini. Gibran yang sedang terduduk di hujung kaki Alana sambil memeluk erat betis wanita itu dan Alana yang sedang mengetap gigi menahan marah, kedua-dua mereka sedang berperang dengan perasaan masing-masing.
"Lepaslah Gibran, aku dah lambat!" Alana cuba menarik kaki yang masih dalam pelukan Gibran itu. Kuat betul lelaki ini peluk! Memang Alana langsung tidak boleh bergerak.
"Please bagi Ian ikut..." Gibran mencebik manja, ditenung mata cantik isterinya itu. Gibran cuba meraih simpati, mana tahu hati Alana akan lembut juga.
Penat-penat Gibran bangun awal pagi dan bersiap sekali hanya untuk mengikuti Alana. Gibran sudah pakai kemas-kemas dah, kacak pula tu. Rambut disikat rapi, baju pula jangan cakaplah, kemas dan teratur sahaja. Wangian yang dipakai pula seolah-olah mahu memikat anak dara di luar sana.
"Isy! Aku nak keluar dengan kawan aku lah Gib!" Alana mula naik rimas. Nak pukul pun suami sendiri, sudahlah suaminya itu tidak sihat. Jatuh status nusyuz pula dia nanti. Tetapi Alana sudah lambat, kesian pula kepada Maiya yang sudah sampai ke destinasi terlebih dahulu.
"Mummy please, Ian nak ikut." Sebaik sahaja bayangan Puan Qismah menjelma, Gibran merayu kepada ibunda tercinta. Kaki Alana masih dipeluk erat. Tidak mahu Gibran lepaskan kerana dia tau, Alana pasti akan lari tinggalkan dia seperti tadi.
Alana sudah gugup saat figura Puan Qismah menyapa mata. Jujur dari hati yang Alana sangat takut jika dia berjaya mengores hati ibu mentuanya itu. Puan Qismah terlalu baik namun Gibran terlalu mencabar keimanannya.
"Tak boleh Ian, Alana nak keluar dengan kawan dia." Alana mengucapkan kata syukur dalam hati. Alana sudah agak yang bagaimanapun Puan Qismah tetap akan menyebelahinya.
"Ian pun kawan Alana." Gibran menjawab sambil air mata sudah bertakung di tubir mata. Raut wajah Gibran pula nampak sangat sudah berputus asa. Sebagai seorang ibu, sudah semestinya Puan Qismah dilanda sayu saat melihat anak tunggal kesayangan dalam keadaan merayu sebegitu rupa. Namun setengah jiwanya merayu supaya tidak menyusahkan menantu tunggalnya itu.
Lagipun sudah seminggu lebih Alana duduk di rumah melayan karenah Gibran dan Puan Qismah juga yang menyuruh Alana keluar berseronok dengan sahabatnya supaya wanita itu tidak bosan dan penat tinggal bersama mereka sekeluarga. Puan Qismah faham jika Alana sudah bosan dengan keluarga kecil mereka, lagipun Puan Qismah sendiri berasa kesal oleh kerana keluarga mereka hanya mengulangi perkara yang sama setiap hari dan tiada apa pun hal yang menarik untuk Alana teroka apabila bersama mereka.
"Sejak bila kita kawan?" Alana menyoal dengan dingin sehingga Gibran melepaskan pelukan di kaki. Hati jantan Gibran terasa teruk dengan layanan Alana. Dalam hidup Gibran sekarang, dia cuma ada mummy, daddy dan Alana sahaja. Jadi ke mana Alana pergi, Gibran sudah janji yang dia akan ikut sekali.
Lagipun, Gibran takut...
Bagaimana jika Alana pergi meninggalkannya dan tidak akan kembali langsung selepas ini? Gibran cintakan Alana, tak mampu untuk Gibran terima jika Alana pergi meninggalkannya sebegitu sahaja. Gibran tidak mahu tanggung kecewa oleh kerana Alana penyebabnya.
YOU ARE READING
[C] TERLUKIS INDAH.
Romance━ #𝐇𝐄𝐑 𝐒𝐀𝐋𝐕𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍. ❴ SECOND BOOK OF HER SERIES, #2 ❵ ❛ For you? I'll risk it all. ❜ "Lana malu dapat suami macam Ian ke? Ian janji Ian tak akan ikut Lana lagi kalau Lana nak keluar jumpa kawan. Ian janji Ian tak akan malukan Alana lagi d...