"KHAY..." Mata Gibran sedikit bergetar saat nama sahabat baiknya disebut oleh isteri sendiri.
"Awak kenal Khay?" soal Alana. Nada suaranya rendah namun sedikit tegas. Direnung lama iris hazel Gibran untuk mencari kepastian.
"Sayang-" Gibran cuba mengapai tangan Alana namun gagal.
"Ya atau tak, Gib... Awak kenal dia atau tidak?" Gibran menghela nafas berat. Diangguk kepala perlahan-lahan.
"Dia kawan baik, abang..." Wajah Gibran kelihatan mendung, bergetar bibir menjawab soalan isterinya. Takut jika Alana tahu cerita sebenar, isterinya itu akan pergi meniggalkannya pula.
"Emyr kata kau orang rakan setugas..." Gibran pejam mata lalu kepala jatuh tertunduk. Alana mengeluh kesal.
"Awak tentera Gib?" Alana menyoal dengan suara yang pecah. Tidak percaya dengan cerita Emyr jadi dia mahu dengar daripada mulut suaminya sendiri. Kerana Alana lebih mempercayai Gibran daripada siapa-siapa.
Gibran tahan cebik lalu menganggukkan kepala. Alana mengeluh perlahan.
"Awak pun antara yang bertugas dalam kes lima tahun lepas?" Gibran angguk lagi kepala. Air mata Alana deras mengalir. Alana tekup wajah sendiri dengan kedua belah tangan.
"Jadi awak ingat saya? Awak tahu yang saya sukakan Khay? Awak tahu yang saya tunggu dia?" Gibran anggukkan sahaja kepala. Tak guna mahu berdalih. Silapnya juga kerana tidak jujur dengan isteri sendiri.
"Dan awak tak kisah? Awak tak marah saya?" soal Alana sambil mendekati suaminya.
"Untuk apa?" soal Gibran dengan tenang. Benarlah, untuk apa Gibran marah dengan masa lalu? Sedangkan dia telah berjaya jadikan Alana isterinya. Apa yang dia mahu persoalkan lagi?
"Can you tell me everything? Cerita semuanya pada saya Gib, apa yang jadi lima tahun lepas." Alana meraih tangan Gibran lalu jari-jemari mereka bersulam.
"I'm not supposed to tell you that. Itu hal sulit—"
"I was there! I knew who you guys are! Cuma, saya bodoh sangat sebab tak dapat cam awak dan Emyr." Alana tertunduk kesal. Mengapa dia tak mampu untuk cam Emyr dan suaminya sendiri sedangkan mereka dapat cam Alana dengan mudah.
"Hey..." Jari Gibran menyentuh dagu Alana lalu jari-jemari itu melangutkan kepala Alana supaya dia dapat melihat wajah sayu kepunyaan isterinya itu.
"I am so sorry sebab tak berterus-terang dengan awak, sayang... Abang cuma tak mahu buka kisah lama..." Tiada unsur penipuan. Gibran memang tidak gemar mahu membuka cerita yang hampir masuk enam tahun itu. Trauma masih tersisa.
YOU ARE READING
[C] TERLUKIS INDAH.
Romance━ #𝐇𝐄𝐑 𝐒𝐀𝐋𝐕𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍. ❴ SECOND BOOK OF HER SERIES, #2 ❵ ❛ For you? I'll risk it all. ❜ "Lana malu dapat suami macam Ian ke? Ian janji Ian tak akan ikut Lana lagi kalau Lana nak keluar jumpa kawan. Ian janji Ian tak akan malukan Alana lagi d...