[ WARNING ! ]
— This chapter contain so many harsh words and violence (bullying). Readers are advised not to imitate any action in this chapter.PAK MAIL tersenyum saat Gibran membeli banyak ais krim sehingga penuh beg plastik. Berpuluh juga ais krim yang Gibran beli. Pelbagai perisa dan jenama.
"Mai sorang ja ka?" soal Pak Mail. Gibran angguk kepala.
"Pakai segak-segak ni mai beli eskem ja, Gib?" Gibran angguk lagi.
"Kalau tak kita nak dating dengan Lana tapi Lana penat," ujar Gibran sambil menghulurkan beg plastik tadi untuk Pak Mail kira semula.
"Siapa Lana?" Pak Mail keliru.
"Isteri sayalah," Dengan bangganya Gibran menjawab. Pak Mail ketawa kecil melihat sengihan Gibran.
"Ni hang balik baik-baik na Gibran, guruh dah ni sat lagi nu lebat la dia turun," pesan Pak Mail dengan penuh kerisauan. Bukan apa, takut jika apa-apa jadi pada Gibran kerana dia tahu kondisi anak tunggal Qismah dan Ghaffur itu.
"Okay!" jawab Gibran dengan selamba. Janji ais krim dah ada dalam tangan.
"Mai sini sat," panggil Pak Mail sambil tangan melambai suruh Gibran mengikut jejak langkahnya. Gibran hanya menurut.
"Pakai ni, tak mau tangai selagi tak sampai umah," pesan Pak Mail sambil menyarungkan baju hujan ke tubuh Gibran. Nak beri payung, dia tidak jual payung dan lupa untuk bawa. Jadi ini sahaja yang dia boleh beri agar lelaki yang dia anggap sebagai anak itu terlindung dari hujan dingin sebentar lagi.
Pak Mail tahu anak bertuah ini tidak akan pulang terus dan akan pusing-pusing perkampungan ini dulu. Jadi, ini sahaja cara supaya Gibran tidak demam esok hari.
"Berapa ringgit baju ni?" tanya Gibran sambil tecari-cari wajah Pak Mail yang sedang memakaikan butang baju itu. Maklumlah, Gibran sangat tinggi lampai sehingga Pak Mail kena melangut juga untuk memandang anak jantan itu.
Pak Mail rapikan baju lalu tersenyum akibat terhibur. Baju yang paling besar pun nampak sendat apabila Gibran pakai.
"Toksah la, ini free!" kata Pak Mail lalu menepuk bahu Gibran berkali-kali.
YOU ARE READING
[C] TERLUKIS INDAH.
Romance━ #𝐇𝐄𝐑 𝐒𝐀𝐋𝐕𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍. ❴ SECOND BOOK OF HER SERIES, #2 ❵ ❛ For you? I'll risk it all. ❜ "Lana malu dapat suami macam Ian ke? Ian janji Ian tak akan ikut Lana lagi kalau Lana nak keluar jumpa kawan. Ian janji Ian tak akan malukan Alana lagi d...