LANGKAH kaki semakin laju saat bayang lelaki yang dicarinya dari tadi sudah kelihatan jelas. Alana menyapa lelaki berbadan tegap yang sedang menunggunya itu.
"Emyr?" Kepala Emyr tertoleh ke arah suara lunak yang memanggilnya itu tadi. Bibir Emyr mengukir senyuman manis saat wajah kekok Alana menyapa pandangan matanya. Namun, senyuman Emyr perlahan-lahan pudar oleh kerana wajah Alana memantulkan sinar harapan yang sangat tinggi. Tidak sanggup memandang wajah yang penuh dengan harapan itu membuatkan Emyr pantas mengalihkan pandangan. Dipandang sekeliling sebelum dia berbicara.
"Dah makan? Kalau tak lagi, apa kata kita makan dulu? Jangan risau, saya belanja," pelawa Emyr yang masih kekok memandang Alana yang kelihatan berbeza dari enam tahun yang lepas. Alana takut-takut ingin menerima pelawaan Emyr namun perlahan-lahan mengangguk saat perut mula meragam. Emyr tersenyum singkat. Mungkin Alana tidak dapat mengecam wajah Emyr namun wajah Alana sangatlah segar di dalam ingatan Emyr.
Selesai menjamu selera, terus sahaja Emyr memecut laju membawa Alana menuju ke destinasi yang dipinta wanita itu. Sepanjang perjalanan, mereka berdua membuka topik ringan untuk dibualkan. Selama ini, Emyr dan Alana hanya bertukar senyuman sahaja dan tidak lebih daripada itu. Kerana ini jugalah Emyr terperanjat saat Alana meminta tolongnya untuk mencari Kai, rakan serpejuangan yang juga merangkap sahabat baiknya.
Alana menguis jari-jemarinya sendiri. Debaran yang terasa taktala ini meresap masuk ke seluruh urat tubuh. Menjadikan seluruh tubuhnya gementar hebat. Emyr yang sedar akan kegusaran yang dialami Alana itu turut mengasihani isteri sahabat baiknya.
Sejujurnya, dari pagi tadi sahaja mungkin sudah berpuluh kali Emyr menyoal dirinya.
Betulkah tindakan yang dia lakukan ketika ini? Pertolongannya ini... Tidak akan meruntuhkan masjid yang Alana dan Gibran bina, bukan?
"Boleh tak saya nak tahu, kenapa awak nak cari Kai semula setelah enam tahun lamanya, May?" soal Emyr sambil menumpukan perhatiannya pada jalan raya. Tangan pula cekap mengendalikan stereng kereta.
"Mesti awak rasa apa yang saya buat ni tak patut langsungkan?" Emyr terasa seakan otak berhenti berfungsi saat soalannya dibalas dengan soalan.
"Saya tak boleh fikir sebab itu saya tanya," kata Emyr tanpa fikir jauh. Alana ketawa kecil sebelum menjawab pertanyaan tersebut.
"Saya cuma nak berterima kasih pada dia..." Dan itulah faktanya. Dia berangkat ke kampung halaman Kai dengan harapan dapat bertemu dengan lelaki itu buat kali terakhit atau setidaknya mendapat tahu bagaimana keadaan lelaki itu sekarang. Setiap langkah yang diambilnya dipenuhi dengan doa dan harapan bahawa Kai sedang menjalani hidup seperti biasa dan selamat dari kejadian enam tahun lepas.
YOU ARE READING
[C] TERLUKIS INDAH.
Romance━ #𝐇𝐄𝐑 𝐒𝐀𝐋𝐕𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍. ❴ SECOND BOOK OF HER SERIES, #2 ❵ ❛ For you? I'll risk it all. ❜ "Lana malu dapat suami macam Ian ke? Ian janji Ian tak akan ikut Lana lagi kalau Lana nak keluar jumpa kawan. Ian janji Ian tak akan malukan Alana lagi d...