31 : present me

1.3K 93 27
                                    

LAMA Maiya tenung wajah Alana yang sedang termenung jauh itu sambil mengunyah nasi ayam yang sudah hampir licin itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

LAMA Maiya tenung wajah Alana yang sedang termenung jauh itu sambil mengunyah nasi ayam yang sudah hampir licin itu. Wajah gusar sahabatnya itu ditatap penuh minat. Yalah, apa lagi masalah yang sedang dihadapi Alana? Maiya sudah sedia untuk meminjamkan telinganya kepada Alana.

"Kenapa babe?" soal Maiya lalu meletakkan sudu dan garfu ke atas pinggan. Alana tersentak lalu dipandang wajah Maiya.

"Aku rasa... Aku pasti ada yang tak kenalah dengan suami aku," kata Alana. Dahi Maiya berkerut.

"Apa yang tak kena?" soal Maiya ingin tahu. Bagi Maiya, Gibran nampak normal sahaja. Semasa dia datang mengambil Alana dari rumah untuk dibawa keluar tadi pun Gibran kelihatan seperti Gibran yang mereka kenal.

Tak adalah berubah bentuk pun. Maiya garu dahi yang tiba-tiba gatal itu.

"Pandangan dia dekat aku, macam dah berubah..." Hampir tersedak, Maiya mengemam bibir saat Alana berkelakuan seperti teman wanita yang telah disakiti oleh teman lelaki yang kaki perempuan.

"Sejujurnya, aku pun perasan juga tadi." Alana terkejut, menegak terus tubuhnya.

"See..." Sepatah sahaja Alana berkata lalu diambil cawan kaca di atas meja makan. Disedut air demi menghilangkan rasa gugup.

"Aku nampak laki kau macam semakin gilakan kau." Kali ini giliran Alana pula untuk tersedak. Dia maksudkan benda lain tetapi benda lain pula yang Maiya nampak.

"Betullah, tak akan kau tak boleh nampak yang cinta dia dekat kau makin membuak. Sebelum ini aje pun dia dah cintakan engkau, sekarang ini aku tengok Gibran punya angau tu dah naik dua kali ganda." Selamba sahaja Maiya mengutarakan pendapatnya.

"Kau rasa betul ke firasat kau tu?" soal Alana dengan sayu. Maiya tersengih lalu menggeleng kepala.

"Okaylah, disebabkan kau tanya aku kan? Jadi aku akan bagi pendapat aku."

"Walaupun aku tak berkahwin lagi tapi satu aje aku nak pesan dekat kau May... Jangan ragu-ragu dengan suami kau sebab kita sebagai manusia ini May, kita tak tahu betapa ikhlasnya seseorang itu bila dia cintakan kita. Mahunya lelaki kau memang cinta mati dekat kau seorang sahaja... Kan berdosa jadinya bila kau yang tak habis-habis fikir buruk tentang dia?" Tepat menusuk ke jiwanya, Alana tersentak dengan kata-kata yang dilontarkan oleh sahabat baiknya itu.

"Aku ni di antara orang yang paling sayangkan kau May, kau sahabat aku dari kita tadika lagi sampai sekarang... Kau ingat aku akan abaikan kau ke kalau rumah tangga kau dalam masalah? Kau ingat aku jenis membuta-tuli suruh kau hormat suami kau walaupun dia jantan tak guna? Macam itu? Memang tidaklah! Kau lupa kita berdua ni men haters berjaya?" Alana ketawa kecil.

"Kalau dia jahat May, aku akan bagi tahu kau, jangan risau tentang itu. Aku tak akan bagi mana-mana lelaki sakitkan hati kawan aku lagi, tapi suami kau baik May. Mungkin kau benarkan syaitan hasut diri kau yang masih dalam keadaan yang lemah ni sebab itu kau selalu fikir bukan-bukan... Atau mungkin suami kau pun ada rahsia yang dia simpan jauh dalam sudut hati dia di sebabkan dia tak mahu susahkan hati kau? Daripada kau fikir benda buruk tentang Gibran, apa kata kau fikir sebaliknya? Mungkinlah setiap kali dia pandang kau, suami kau tu trauma sebab dia nampak kau hampir mati May... Sebab itulah mungkin reaksi dia berbeza," sambung Maiya lagi.

[C] TERLUKIS INDAH.Where stories live. Discover now