SUDAH masuk waktu tengah hari, lagi satu jam dan waktu zohor pun akan tiba. Namun Alana masih melepek di atas sofa, seolah-olah baru sahaja pulang dari kerja keras.
Sekali-sekala Alana jeling Gibran yang sedang memasang kepingan Lego, betul-betul di sebelah sofa yang Alana sedang takhluki ini. Gibran membelakangi Alana dan jejaka itu sedang khusyuk mentelaah panduan yang tersedia.
Alana mengeluh perlahan. Mahu sahaja dia cari para manusia yang kata perkahwinan itu seronok dan rugi untuk siapa yang tidak mahu berkahwin. Dapat sahaja manusia-manusia penipu ini memang Alana tibai sampai lebam.
Apa yang seronoknya? Rasa nak mereput lagi adalah! Bosan!
Alana mengiringkan badan ke arah Gibran, dikedepankan sedikit tubuh supaya boleh nampak apa yang Gibran sedang lakukan. Gibran punya fokus mengalahkan budak sekolah jawab SPM.
Alana tersenyum mengejek. Alana langsung tidak rasa dia dan Gibran seperti suami dan isteri malahan seperti pengasuh dan anak jagaan pula.
Alana tilik seluruh jasad suaminya. Jujur Alana kata, kalau Gibran sihat walafiat memang dia tidak akan dekat dengan lelaki ini. Muka jelas-jelas typical playboy kaya raya. Sudahlah tinggi gila, badan besar. Mengalahkan tentera komondo! Dan itu membuatkan Alana takut dan tidak selesa. Ini sekali Gibran jentik dia mahu melayang Alana ke bulan sana.
"Tengok ni! Tengok ni!" Sedang Alana leka menatap belakang tubuh Gibran, jejaka itu dengan lantasnya memusingkan tubuh menghadap ke belakang.
Pada saat itu, hampir arwah seorang wanita yang bernama Alana Maylea binti Mohd Areez. Hampir meletup jantung yang memang sudah lemah itu oleh kerana tindakan drastik Gibran. Mana tidaknya, wajah Gibran dan Alana sangat dekat sehingga terasa deruan nafas hangat milik Gibran.
Oleh kerana terlalu terkejut, Alana menolak wajah Gibran sehingga lelaki itu mengaduh kesakitan. Hampir telentang Gibran dek penangan tamparan padu Alana. Syukur sahaja tangan Gibran lebih pantas kalau tidak sudah lama tubuh itu merasakan azab terhimpit dengan Lego.
"Apa benda kau ni?" Alana bangun dengan segera lalu menjauhi Gibran.
"Ian nak tunjuk ni." Gibran menghulurkan kepingan Lego yang sudah terpasang itu namun belum siap sepenuhnya lagi.
"Lego apa kau main ni? Tak pernah-pernah lagi aku nampak Lego nipis panjang macam ini." Gibran hanya tersengih lalu mengaru belakang telinga yang terasa gatal tiba-tiba itu. Hm, nak beritahu Alana atau tidak?
Tunggu siap dulu lah!
"Weh, aku naik atas jap tau. Jangan kacau! Aku nak call mak aku," kata Alana sambil bergerak ke arah tangga rumah. Gibran cepat-cepat kumpulkan Lego yang berterabur, yang terjatuh pun lelaki itu kutip lalu letak di atas lipatan baju yang dipakai.
YOU ARE READING
[C] TERLUKIS INDAH.
Romantizm━ #𝐇𝐄𝐑 𝐒𝐀𝐋𝐕𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍. ❴ SECOND BOOK OF HER SERIES, #2 ❵ ❛ For you? I'll risk it all. ❜ "Lana malu dapat suami macam Ian ke? Ian janji Ian tak akan ikut Lana lagi kalau Lana nak keluar jumpa kawan. Ian janji Ian tak akan malukan Alana lagi d...