TURUN sahaja dari bas, beberapa trak tentera sudah menunggu mereka. Alana dan Alisa cepat-cepat mengalas beg lalu melangkah mendekati yang lain. Mereka semua dibawa ke PPS berdekatan. Hampir dua puluh minit perjalanan akhirnya mereka sampai juga.
Mereka berada di daerah ini kerana katanya di sini kekurangan staf dan memang ianya benar. Mangsa banjir semakin meningkat manakala staf dan sukarelawan tidak ramai.
"Nanti akan ada pegawai bertugas yang akan ambil kehadiran, boleh ikut mereka untuk tengok tempat tidur masing-masing. Selesai letak barang, semua dah boleh mula bertugas. Tugasan akan diagihkan oleh pegawai yang bertugas." Kepala masing-masing terangguk-angguk.
"Boleh masuk dulu," kata pegawai tersebut lalu memberi laluan untuk sukarelawan universiti masuk ke dalam sekolah menengah tersebut.
"Excited nya!" Alisa menggedik di sebelah Alana manakala Alana hanya tersenyum.
Alana dan Alisa hanya membuntuti presiden kelab dan ahli yang lain. Mereka berhenti seketika, menunggu ketibaan pegawai tentera yang bertugas menguruskan mereka.
Alana memerhatikan sekeliling. Kemas dan teratur PPS di sini. Sekolah menengah ini pun kelihatan ceria dan cantik dengan hiasan yang disumbangi oleh kekreatifan murid dan guru.
Alana tersenyum hambar. Memorinya tentang sekolah pun lenyap begitu sahaja. Senang cerita, Alana tidak ingat apa langsung.
Bagai dilahirkan semula. Ambil masa yang lama juga untuk Alana percayakan ahli keluarganya oleh kerana wanita itu tiada secebis memori pun tentang dirinya.
"Eh!" Alana terkejut saat seorang warga emas hampir tergelincir. Hanya Alana yang menghadap ke sebelah sini, maka hanya Alana seorang sahaja yang nampak. Oleh itu, langkah dibuka besar, Alana mendekati nenek tua tersebut lalu memegang erat lengan yang sudah berkerut itu.
"Lana!" Alisa mengejar langkah Alana.
"Nek nak pergi mana ni? Bahayalah jalan sorang-sorang," tegur Alana sambil tersenyum. Alisa pula pegang lengan sebelah lagi.
"Mak kita, mana mak?" Alisa dan Alana keliru.
"Mak?" soal Alana.
"Ya mak adik mana? Adik nak mak adik," kata nenek tua itu tadi sambil mencebik kesedihan. Alana terus faham. Mungkin nenek ini sudah nyanyok. Kasihan pula melihat nenek tua ini berseorangan.
"Mak!" Alana memandang seorang lelaki pertengahan usia yang sedang berlari ke arah mereka.
"Ya Allah... Terima kasih sangat nak, sebab tolong mak pak cik." Cepat-cepat pak cik tadi memegang tangan ibunya.
YOU ARE READING
[C] TERLUKIS INDAH.
Romance━ #𝐇𝐄𝐑 𝐒𝐀𝐋𝐕𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍. ❴ SECOND BOOK OF HER SERIES, #2 ❵ ❛ For you? I'll risk it all. ❜ "Lana malu dapat suami macam Ian ke? Ian janji Ian tak akan ikut Lana lagi kalau Lana nak keluar jumpa kawan. Ian janji Ian tak akan malukan Alana lagi d...