QAISARA yang sedang terhegeh-hegeh berjalan di sebelah Gibran itu menerima jelingan tajam daripada Alana. Tergedik-gedik betul nak jalan dengan laki orang.
Alana mengeluh, lelaki macam Gibran pun ada orang nak. Ini kalau suami dia sihat secara mental, memang habis beratur perempuan-perempuan dekat Malaysia ni mahu jadi madu dia.
"Kita kawan ke?" soal Gibran. Sekali-sekala dikerling Alana yang berjalan tidak jauh di belakang. Kenapa tak berjalan sebelah dia? Kenapa perempuan tudung warna-warni ini pula yang sibuk menempel dengannya? Gibran mahukan Alana!
"Ya kita kawan rapat! Nampak tak nama kita pun dekat-dekat. Qaiser... Qaisara... Comelkan?" Alana guling biji mata. Macam budak darjah enam.
"Haahlah, nama kita macam sama," kata Gibran sambil tersengih. Qaisara pula sudah malu-malu kucing. Lihat sahaja Gibran tersengih begitu kepada perempuan lain berjaya menimbulkan suatu perasaan yang tak pernah Alana rasakan sebelum ini. Rasa meluat, rasa nak mengamuk dan rasa mahu tibai kedua-dua manusia di hadapannya itu sehingga pengsan.
"Lembablah kau jalan, cuba cepat sikit! Dah nak maghrib ni Gib!" Alana memotong Gibran dan Qaisara yang jalan seperti pengantin baru itu. Dijeling sekilas Gibran yang sudah terdiam itu sebelum berjalan lurus ke hadapan sana.
"Lana tunggu!" Gibran kejar Alana lalu digenggam erat tangan isterinya itu. Qaisara pula ditinggalkan begitu sahaja. Lantaklah, kisah pula Gibran. Mana boleh Alana jalan sorang-sorang, bahaya! Gibran tak mahu hilang Alana lagi.
"Mummy kata, waktu maghrib macam ni ada banyak hantu nak tangkap kita... Hantu... Erm hantu apa eh, Ha! Hantu topek! Baik Lana pegang Ian, nanti hilang kang!" Alana renung muka Gibran. Nampak sangat keprihatinan dan kerisauan terpancar di wajah lelaki itu.
"Hantu kopek bodoh," ucap Alana perlahan sebelum sebuah kereta berjenama Toyota Alphard berhenti bersebelahan dengan mereka.
"Anak-anak mari pulang, ibu-ibu di rumah sudah kerasukan syaitan." Aqeel memberi pengumuman. Mata Alana membulat kerana takut jika dia dimarahi sebaik sahaja tiba di rumah nanti. Iyalah, tak akan nak marah Gibran pula? Yang sihat di sini Alana jadi mesti dia yang perlu bertanggungjawab nanti kerana pulang lambat.
"Masuk cepat kak long, kita tinggal je bang long tu kat belakang. Biar kena sorok hantu kopek!" usik Afeef pula sehingga Gibran mencebik takut. Gibran jeling Afeef yang masih memegang stereng kereta.
"Bye aku nak balik, kau baliklah dengan kawan baik kau tu!" Seakan merajuk, Alana terus masuk ke dalam perut kereta. Aqeel pula sudah masuk mode busybody. Kepala dipanjangkan lagi untuk mengintai siapa yang kak longnya itu maksudkan.
"Eh kau? Anak Mak Som kan?" Aqeel menyoal dengan kerutan di dahi. Alana yang sudah selamat di kerusi penumpang belakang sana hanya mendiamkan diri, melemparkan pandangan ke luar tingkap.
"Abang ingat dekat Sara?" Tersengih-sengih bagai kerang busuk, Qaisara terasa dirinya terkenal.
"Mana tak ingat, mak kau kan suka datang bertandang rumah orang bawa kau," Selamba sahaja Aqeel berkata. Afeef sudah mengetap bibir menahan ketawa manakala Gibran masih terkebil-kebil.
YOU ARE READING
[C] TERLUKIS INDAH.
Romance━ #𝐇𝐄𝐑 𝐒𝐀𝐋𝐕𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍. ❴ SECOND BOOK OF HER SERIES, #2 ❵ ❛ For you? I'll risk it all. ❜ "Lana malu dapat suami macam Ian ke? Ian janji Ian tak akan ikut Lana lagi kalau Lana nak keluar jumpa kawan. Ian janji Ian tak akan malukan Alana lagi d...