ALANA tertunduk menekur ke lantai manakala Gibran tersenyum suka. Pasangan suami isteri tersebut berkongsi satu rasa yang sama iaitu rasa malu. Namun malu yang dirasakan di tahap yang berbeza.
Alana rasa mahu terjun dari tingkat paling tinggi manakala Gibran pula rasa ingin terbang tinggi.
Puan Maryam serta Tuan Ghaffur menahan ketawa daripada meletus setiap kali melihat wajah memerah Alana. Namun sedaya upaya mereka tahan supaya menantu tunggal mereka itu tidak terasa dan menangis lagi setelah berjam-jam lamanya menangis. Gibran toleh ke kanan, di mana ada Alana disebelahnya. Mereka berdua sedang duduk di tepi katil sambil kaki melunjur ke bawah. Kedua orang tua Gibran pula berdiri menghadap anak menantu mereka.
Gibran genggam erat tangan kiri Alana yang sedingin ais itu. Diusap tangan itu dengan ibu jarinya.
Gibran tidak sangka sedalam itu cinta Alana terhadapnya. Selama ini, dia ingatkan hanya dia sahaja yang mencintai, rupa-rupanya dia sudah lama dicintai cuma dia sahaja yang tidak perasan.
Gibran tersengih-sengih sehinggalah mata dia dan ibu bapanya bertentangan. Panahan mata mummy dan daddy membuatkan Gibran tertunduk sekali.
"Sudah May... Kamu tu tengah sakit lagi. Jangan layan sangat perasaan sedih kamu, nanti kalau apa-apa jadi pada kamu susah hati kami semua May," pesan Tuan Ghaffur sambil mengusap kepala Alana yang masih berhijab itu.
"Batul tu sayang, kenapa May fikir bukan-bukan macam itu? Kalau Gibran buat hal, mummy dengan daddy yang akan jet kepala dia dulu." Berdehem kecil Gibran saat Puan Qismah berkata begitu. Marah sungguh mummy terhadapnya saat menantu kesayangan menangis bagai orang mati laki.
Alana tersedu-sedan menahan tangisan. Ini kalau Asfa nampak, memang dia akan dibahan sehingga ke liang lahad!
Situasi memalukan itu tadi kembali bermain di mindanya.
Jantung Alana berdetak laju menzahirkan rasa kekecewaan saat melihat Gibran bersama seorang wanita jelita yang tidak pernah dia kenali.
Wanita tersebut sedang menolak kerusi roda yang dinaiki Gibran namun terhenti saat Gibran dan Alana membalas renungan mata.
Namun pada saat ini, apa yang lebih memilukan hati Alana adalah tatapan Gibran yang sudah berubah tajam. Alana pasti itu bukan tatapan mata yang Ian akan beri padanya walaupun lelaki itu marah sekalipun. Tatapan kosong Gibran berjaya membuatkan hati Alana retak seribu.
Tambah-tambah lagi ketika Gibran didapati bersama dengan wanita yang langsung Alana tidak kenali.
Sudahlah wanita itu sepuluh kali ganda lebih jelita daripada Alana. Makin basah tubir mata saat keyakinan dirinya merundum secara mendadak.
YOU ARE READING
[C] TERLUKIS INDAH.
Romance━ #𝐇𝐄𝐑 𝐒𝐀𝐋𝐕𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍. ❴ SECOND BOOK OF HER SERIES, #2 ❵ ❛ For you? I'll risk it all. ❜ "Lana malu dapat suami macam Ian ke? Ian janji Ian tak akan ikut Lana lagi kalau Lana nak keluar jumpa kawan. Ian janji Ian tak akan malukan Alana lagi d...