BUNYI riuh-rendah di luar rumah membuatkan Alana tersenyum gembira. Seronoknya! Ini kali pertama Alana rasa semua ini, oleh itu Alana terasa sangat teruja. Alana mana pernah sambut kenduri sebesar ini sepanjang hidupnya, adik-beradik dekat pun dia tak ada.
Alana membuntuti Gibran dari belakang. Mereka berdua baru sahaja lepas solat subuh dan mandi. Sekarang sudah hampir pukul tujuh pagi. Semua orang sudah bangun kerana mereka harus berkumpul di dapur untuk sarapan pagi dahulu.
"May! Ian! Meh makan nasi lemak dengan air teh mak ngah kamu buat, sedap ni!" Kedua-dua suami isteri itu sudah sengih hingga ke telinga. Mak ngah kalau masak memang sedap! Alana dan Gibran turun tangga bersama-sama.
"Tapi bahagian peha tinggal satu aje sebab yang lain dah cop dulu," terang Puan Qismah sambil menunjukkan peha ayam goreng kepada Gibran dan Alana.
Baik Gibran dan baik Alana, dua-dua sudah gelabah apabila peha ayam tinggal lagi satu sahaja.
"May suka bahagian peha, mummy," kata Alana dengan senyuman manis saat Puan Qismah mahu meletakkan bahagian peha ke pinggan miliknya. Ya pinggan itu dia yang punya kerana tok ma beli khas untuk dia sahaja! Kalau nak tahu, setiap cucu ada pinggan mangkuk sendiri di kampung. Saje untuk tunjuk betapa istimewanya mereka.
"Mana boleh! Ian pun nak peha ayam tu mummy!" bentak Gibran sambil melangkah mendekati mummynya.
"Eh, mana boleh! Mummy bagi dekat aku," Alana tahan dada Gibran yang mahu berjalan melepasinya. Gibran pandang tangan Alana yang ada di dadanya dengan telinga yang memerah. Ah! Bangun Gibran! Bangun dari khayalan sendiri sekarang kerana peha ayam lebih penting! Gibran angkat tangan lalu dilekapkan tangan ke atas tangan Alana. Bila isterinya itu sudah malu, Gibran cuba jalan melepasi perempuan garang itu.
"Tak boleh! Bahagian peha Ian punya!" Sepupu-sepapat yang lain sudah di pintu dapur oleh kerana kekecohan Alana dan Gibran. Yang mak-mak pula sudah pening mahu melayan. Mengalahkan jaga budak kecil! Ingatkan dah besar tak adalah kena hadap situasi begini, rupanya lebih teruk pula berbanding masa kecil dulu. Kecil-kecil dulu pandai pula mengalah.
Alana tidak mahu kalah. Alana sendiri tidak faham mengapa dia tidak boleh mengalah sedangkan selama ini sebagai kakak sulung dialah yang perlu makan bahagian lain kerana adik-adiknya semua mahukan bahagian peha ayam.
Mungkin kerana selama ini dia yang mengalah, jadi kali ini dia tidak boleh kalah! Alana kejar Gibran lalu lengan sasa itu ditarik supaya kembali menghadapnya.
"Kau kata kau sayang aku kan? Bagilah aku peha, please?" pujuk Alana sambil memaparkan riak meminta simpati.
"Peha ayam Ian punya, Lana makanlah dada dia ke, kepak dia ke..." Tak mahu kalah, Gibran menjawab lalu cuba mencapai ayam yang masih di tangan Puan Qismah.
YOU ARE READING
[C] TERLUKIS INDAH.
Romance━ #𝐇𝐄𝐑 𝐒𝐀𝐋𝐕𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍. ❴ SECOND BOOK OF HER SERIES, #2 ❵ ❛ For you? I'll risk it all. ❜ "Lana malu dapat suami macam Ian ke? Ian janji Ian tak akan ikut Lana lagi kalau Lana nak keluar jumpa kawan. Ian janji Ian tak akan malukan Alana lagi d...