26 : healing the wounds

1.2K 84 8
                                    

SEHELAI kertas dihulurkan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEHELAI kertas dihulurkan. Alana renung Gibran atas bawah sebelum kertas tadi disambut olehnya. Alana sedang duduk di birai katil manakala Gibran pula berdiri tegak di hadapan Alana. Suasana pula sepi di antara mereka, sehinggakan bunyi penghawa dingin menguasai daya pendengaran. Wajah kacak yang sedang terkebil-kebil menahan debaran itu membuatkan Alana menahan senyum yang hampir terlepas itu tadi.

Maklumlah, Gibran dalam keadaan yang serius dan dominan. Jadi tugas dia sebagai seorang isteri hanya perlu akur dan mendengar sahaja arahan suaminya itu. Walaupun sudah terang lagi bersuluh siapa yang lebih dominan di antara mereka berdua.

"Nak buat macam mana ni?" tanya Alana setelah membelek seluruh isi kertas. Gibran tersenyum sesaat lalu melabuhkan punggung tepat di sebelah Alana. Bahu mereka berlaga sebelum Gibran mengensot sedikit ke tepi, menjauhkan diri daripada Alana kerana dia tahu Alana tidak suka dengan sentuhan fizikal.

Namun, terbuka luas mata Gibran saat Alana mengensot ke arahnya, merapatkan jurang di antara mereka. Telinga jejaka itu naik bahang, merah mengalahkan gincu yang selalu Alana pakai. Gibran tertunduk malu, hujung bibir terjungkit kerana tidak dapat menahan keterujaan yang dirasai taktala ini.

"Assalamualaikum, nak buat apa ni?" Penat menunggu respon daripada Gibran, Alana cucuk pinggang suaminya sehingga lelaki itu terloncat.

"Lana... Lana tulis aje apa-apa yang Lana nak buat dari dulu lagi... Nanti kita buat sama-sama! Tak pun kalau Lana nak beli apa-apa pun tulis aje, nanti Ian belikan. Apa sahaja yang Lana hajatkan, insya-Allah... Ian tunaikan," kata Gibran lalu tersenyum manis.

Senyuman yang mampu memikat mana-mana wanita yang ada di muka bumi ini. Senyuman yang mampu menghidupkan semula sesuatu yang sudah layu. Senyuman yang mampu menjadi pelengkap mimpi indah. Senyuman yang mampu mengisi semula kekosongan hati siapa-siapa yang melihatnya.

PAK!

"Ark!"

"Jangan senyum macam itu depan orang lain." Bukan meminta namun satu arahan yang wajib Gibran turuti. Cekupan di bibir Gibran dilepaskan lalu Alana beredar ke meja solek untuk menulis hajatnya. Gibran mencebik sayu. Alana tidak suka dia senyum ke? Dia buat Lana marah lagi ke?

Andai sahaja Gibran tahu yang dunia Alana tunggang-terbalik hanya dengan melihat senyuman kacak maut miliknya sahaja.

Beberapa minit kemudian, Alana datang mendekati Gibran kembali. Gibran ambil kertas tadi kembali lalu membaca satu per satu permintaan isterinya.

"Kalau rasa banyak sangat, kita buat mana yang kau nak aje," kata Alana lalu melabuhkan punggung ke katil.

Gibran tersengih sendirian membaca permintaan Alana. Keupayaan Gibran untuk membaca juga sedikit lambat sejak dari kemalangannya yang dahulu itu, maka dengan itu Alana perlu menunggu lama sedikit untuk mendapat respon daripada suaminya itu.

ALANA'S WISHES!

1. Arcade date
2. Picinic
3. Pergi pantai tengok sunset
4. Fun Fair

[C] TERLUKIS INDAH.Where stories live. Discover now