GULA-GULA kapas berwarna merah jambu itu diambil lalu dihadiahkan senyuman buat tuan kedai saat baki duit dipulangkan semula. Alana berjalan mendekati Gibran yang patuh menunggunya di bangku berdekatan itu.
"Nah!" Gibran menyambut huluran Alana lalu mencubit sedikit gula-gula kapas tadi. Alana melabuhkan punggung ke bangku lalu tubuh disandarkan ke kerusi.
"Lepas ni kita nak main apa lagi?" soal Alana kepada Gibran.
Mereka berada di Genting Highland ketika ini. Seperti yang dijanjikan Gibran, permintaan Alana untuk ke funfair juga sudah dia tunaikan. Apabila tahu sahaja Alana tidak pernah ke mari, terus sahaja Gibran mengajak Alana datang ke Genting Highland.
"Lana nak main apa lagi?" soal Gibran. Alana mengunyah gula-gula kapas yang sudah selamat masuk ke dalam mulutnya terlebih dahulu sebelum menjawab soalan tersebut.
"Jom kita main balloon pop dekat situ! Aku nak sangat teddy bear besar tu Gib," kata Alana sambil menunjuk gerai panjang yang berada tidak jauh dari mereka.
"Okay," balas Gibran sepatah.
•••
PISTOL mainan disambut lalu Alana berdiri dalam posisi sedia. Untuk mendapatkan patung besar yang diingini itu, Alana harus menembak semua belon yang ada dengan menggunakan peluru yang diberi serta dalam masa satu minit sahaja. Lebih sesaat pun tidak diterima. Bunyi sahaja penanda masa, Alana menembak secara rambang. Orang yang lalu-lalang pasti akan ketawa melihat Alana yang bersungguh-sungguh itu. Gaya menembak sahaja sudah lawak, memang sesiapa yang melihat Alana akan terlepas tawa mereka.
Masa telah tamat namun Alana masih tidak berjaya menembak semua belon yang ada. Bibir dicebek geram lalu Alana berdecit kuat. Tubuh dipusingkan menghadap Gibran yang setia berada di belakang. Gibran hanya senyum.
"Banyak-banyak macam tu mana sempat nak tembak dalam seminit!" Sempat sahaja jika semuanya ditembak sekali sasar. Ini satu sasaran sahaja sudah ambil sepuluh saat.
"Apa kata kita pula cuba," kata Gibran lalu membayar sejumlah wang kepada tuan kedai.
"Buat habis duit aje weh," balas Alana namun setia di sebelah Gibran.
Ambil sahaja pistol, Gibran berdiri dalam posisi sedia, sebelah mata dipejam lalu ditembak semua sasarannya tanpa banyak fikir dan tanpa keraguan. Bukan setakat Alana sahaja, semua yang ada di kawasan tersebut kagum dengan kehandalan Gibran menggunakan pistol mainan itu.
Hanya perlu 57 saat untuk Gibran pecahkan semua belon yang ada. Gibran letak pistol ke atas meja semula lalu kembali menghadap Alana.
YOU ARE READING
[C] TERLUKIS INDAH.
Romance━ #𝐇𝐄𝐑 𝐒𝐀𝐋𝐕𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍. ❴ SECOND BOOK OF HER SERIES, #2 ❵ ❛ For you? I'll risk it all. ❜ "Lana malu dapat suami macam Ian ke? Ian janji Ian tak akan ikut Lana lagi kalau Lana nak keluar jumpa kawan. Ian janji Ian tak akan malukan Alana lagi d...