long chapter ! 6k words. enjoy!
•••
SELALUNYA tiap pagi Alana akan diganggu oleh Gibran namun kali ini paginya sangat tenang. Namun ketenangan yang Alana rasakan ketika ini sangat janggal dan sepi. Terasa seperti kehilangan. Sekali-sekala Alana panjangkan leher, mencari kelibat tinggi lampai itu.
"Dah tak ada depan mata baru nak cari," sindir Alisa dengan selamba. Alana mengeluh perlahan. Cakaplah apa-apa pun, Alana tidak kisah. Alana tahu silapnya kerana tidak menjaga percakapan, namun Alana pelik juga saat Gibran nampak terlalu marah saat dia sebut tentang kematian.
Pejam celik, lagi tiga hari sahaja masa yang berbaki untuk mereka berkhidmat sebagai sukarelawan. Bermakna tinggal lagi tiga hari sahaja untuk Alana tatap Gibran puas-puas sebelum pulang ke Selangor.
"You rasa lepas tak kalau I minta nak bertugas luar sekali?" soal Alana kepada Alisa. Bukan apa, dari dia tersiksa melihat Gibran yang langsung tidak kisah dengannya setiap kali bertemu, lebih baik Alana keluar dari kawasan ini. Boleh Alana lupakan Gibran sebentar kerana dia akan lebih sibuk memikirkan keselamatan dirinya serta mangsa.
"Bukan dia orang benarkan student lelaki je ke? Especially when you ada surat sakit, I tak rasalah dia orang nak lepaskan you ikut sekali, babe." Alana lepas keluhan kekecewaan.
"Maybe I can ask them first, sebab baru semalam I nampak Zahirah ikut," kata Alana lalu membuka seribu langkah dengan satu harapan. Alisa garu kepala. Tidak mengapalah, asalkan rakannya itu bahagia.
Sepanjang perjalanan Alana mencari pihak tertentu yang perlu dia rujuk jika mahu ikut menjadi sukarelawan yang bertugas menyelamatkan mangsa banjir di luar bersama pihak tentera. Setiap hari, akan ada dua hingga tiga pelajar yang dilepaskan untuk menaiki bot untuk membantu dalam misi mencari mangsa banjir.
Baru mahu belok di satu selekoh, kelibat Gibran melangkah lurus ke hadapan tanpa pandang ke kiri mahupun kanan. Menyebabkan Gibran tidak perasan akan kehadiran cinta hatinya yang berada di sebelah. Nampak sahaja batang hidung Gibran, Alana terus berubah mood. Terbit satu senyuman bahagia di bibir.
Langkah kaki dilajukan saat Gibran sudah beberapa tapak ke depan.
"Gibran!" Terhenti terus langkah kaki Gibran saat suara Alana menyapa koklea telinga. Seraya itu juga kepala ditoleh laju ke belakang.
"Ya?" Alana tersenyum saat Gibran masih menjawab dengan lemah-lembut. Ingatkan lelaki itu mahu jadi dingin dengannya. Alana lajukan langkah kaki ke arah Gibran. Tiga orang anggota tentera yang lain Alana abaikan.
YOU ARE READING
[C] TERLUKIS INDAH.
Romantizm━ #𝐇𝐄𝐑 𝐒𝐀𝐋𝐕𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍. ❴ SECOND BOOK OF HER SERIES, #2 ❵ ❛ For you? I'll risk it all. ❜ "Lana malu dapat suami macam Ian ke? Ian janji Ian tak akan ikut Lana lagi kalau Lana nak keluar jumpa kawan. Ian janji Ian tak akan malukan Alana lagi d...