14 : hers

1.3K 78 19
                                    

SETIAP langkah yang Alana ambil, pasti akan ada pengikutnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SETIAP langkah yang Alana ambil, pasti akan ada pengikutnya. Siapa lagi kalau bukan Gibran? Lelaki itu umpama bayang-bayang Alana. Sedangkan bayang pun tinggalkan tuan, namun apa nak dikata bila Gibran lebih setia dari bayang. Ke mana Alana pergi, ke situlah jugalah Gibran berpijak.

Alana jeling Gibran yang sedang duduk di kerusi dapur itu. Terkebil-kebil memandang isterinya yang sedang mencuci ayam di singki dapur bersama sepupu perempuannya itu. Farah tahan senyum melihat telatah abang long dan kak longnya. Kak long melancarkan perang dingin manakala abang longnya pula tidak mahir dalam bidang memujuk.

Namun kelakuan abang long sama sahaja seperti anak kecil yang sedar akan kesilapan yang dilakukan oleh mereka namun sudah terlambat oleh kerana si penjaga sudah tarik muka. Lihat sahajalah bagaimana Gibran hanya diam mengikut Alana ke mana-mana dan cuba meminta maaf dengan caranya sendiri. Namun keras benar hati Alana saat wanita itu hanya mengabaikan Gibran begitu sahaja.

Pada awalnya Farah terasa, tapi bila difikirkan semula itu bermakna yang Alana ada perasaan terhadap Gibran lah kan kerana dia cembura apabila Qaisarah yang tak tahu malu itu cuba mengorat Gibran?

"Kak long merajuk lagi ke dengan bang long?" Farah menyoal sambil menyiku lengan Alana. Farah ketawa perlahan saat wajah Alana merah akibat menahan malu.

"Mana ada! Dia tu ha!" Separa berbisik, Alana mengadu.

"Kenapa sibuk nak makan makanan perempuan lain suap pula? Nanti kalau orang lain nampak mesti orang tuduh saya juga tak pandai jaga laki sendiri sampai perempuan lain yang sibuk suapkan dia," terang Alana sambil menjegilkan mata ke Gibran. Lelaki itu hanya mencebik sayu lalu tertunduk malu.

"Tah bang! Kau ni... Lain kali kalau Sara tu ajak buat apa pun cakap "tak nak!", faham? Nanti timbul fitenah bang, fitenah! Tak pasal-pasal keluarga kita yang kena tanggung malu kalau apa-apa jadi."

"Dia bukan kawan baik kita, ingat tu." Aariz membuka peti sejuk lalu mencapai jug yang berisi air oren.

"Abang bawa pergi depan tau," kata Aariz sambil mengangkat jug tadi. Farah dan Alana hanya mengangguk kepala. Gibran hanya menekur ke lantai. Tidak menjawab mahupun membela diri kerana dia tahu yang dia salah.

"Ingat tau, jangan layan perempuan lain baik-baik kecuali Alana, mummy, dengan ahli keluarga kita yang terdekat ini aje. Faham?" soal Aariz sambil menuang air ke dalam cawan kaca lalu diletakkan di hadapan Gibran. Aariz tersenyum manis saat Gibran mengangguk kepala dengan bibir muncung itik itu.

"Lepas minum tu, bang long tolong kemas dapur dan buang sampah tu tau! Kesian Alana penat sebab cuci ayam," tutur Aariz sambil memanjat tangga untuk naik ke atas. Dengar sahaja yang Alana penat, Gibran cepat-cepat habiskan air oren tadi lalu bangun mendekati Alana dan Farah. Bersungguh-sungguh mahu ringankan beban isterinya yang masih merajuk itu. Aariz geleng kepala.

Abang longnya itu masih anak jantan, jadi tak akanlah Aariz mahu biar sahaja ada anak jantan dalam rumah ini duduk goyang kaki tak buat apa. Sekurang-kurangnya buatlah sesuatu supaya mampu menjadi manusia yang berguna dan memberi manfaat dalam kehidupan.

[C] TERLUKIS INDAH.Where stories live. Discover now