12 : favouritism

1K 69 15
                                    

ALANA pandang seorang demi seorang sepupu Gibran yang sedang memandangnya dengan senyuman yang sukar untuk ditafsir. Alana duduk di sebelah Gibran manakala yang lain duduk berhadapan dengan mereka berdua. Terasa seperti dia seorang pesalah yang sedang dihakimi pula sekarang.

"Kalau akak muda tujuh tahun daripada abang long maksudnya umur akak dua puluh lima tahun la kan tahun ni?" Alana mengangguk mengiyakan pertanyaan sepupu perempuan Gibran itu.

"Farah lagi tualah, bang!" Entah teruja atau marah pun Alana tak tahu.

"Memanglah engkau lagi tua, tapi kak long kau ni bini bang long kau so kau kena panggil kak long juga!" wanita yang bernama Farah itu tadi mencebik geram. Abang kandungnya itu ada sahaja benda nak cari gaduh.

"Sebelum tanya lebih-lebih apa kata kita kenalkan diri dulu?" Alana tidak pasti sama ada yang mencadang tadi Afeef atau Aqeel. Tapi dia masih ingat nama-nama yang mak ngah laung tadi, cuma tidak tahu sahaja siapa pemiliknya.

"Saya Aqeel, anak mak ngah. Umur masuk tiga puluh dah tahun ni." Aqeel memperkenalkan diri terlebih dahulu. Dah yang lain malu-malu kucing pula nak kenalkan diri, jadi dia yang mulakan dahulu.

"Nama kita Farah, ini abang kita Fahmi!" kata Farah sambil senguk kepala Fahmi ke depan.

"Kau ni sibuklah!"

"Lantak akulah!"

"Dia orang berdua anak pak lang." Alana mengangguk faham sambil senyum terhibur.

"Saya Afeef, anak mak ngah."

"Aariz, anak mak ngah juga. Ini pula Rayfa, tunang saya." Alana dan Rayfa bersalaman.

"Kau orang bertiga memang dari jauh pun dah nampak sangat adik-beradik," kata Alana dengan niat mahu bersembang. Tak mahulah nampak kekok sangat sedangkan yang lain sedaya upaya cuba bersembang dengannya.

"Eh lupa nak kata, kami kembar kak long. Triplets, itu yang muka copy paste tu." Alana angguk faham sambil tayang riak teruja.

"Maknanya, tiga-tiga umur dah tiga puluh tahunlah kan?" Saja tanya, mana tahu ada sorang lahir Desimber, sorang lagi Januari tahun depannya ke.

"Haah!" Serentak mereka bertiga menjawab.

"Umur saya pula dua puluh enam, tua setahun daripada kak long!" Ceria sahaja Farah ketika bersembang sekali. Tapi itulah, disebalik keceriaan itu pasti akan ada manusia dengki yang mahu rosakkan keceriaan tersebut.

"Siapa tanya?"

"Mak kau."

"Mak aku mak kau juga! Bagi tahu ibu! Ibuuuuu! Adik kan dia—" Sekali lagi kepala Fahmi menjadi sasaran Farah.

"Jangan risau kami bukan kembar, dia ni dah dua puluh lapan tapi mengalahkan budak lapan tahun," bidas Farah sambil mencubit peha Fahmi.

"Maksudnya, saya paling muda ke?" Alana menyoal dengan takut-takut.

"Ya sebab Rayfa pun dah dua puluh lapan, kak long," balas Rayfa sendiri sambil tersenyum manis. Alana gigit bibir bawah. Aduh, malunya dia apabila semua memanggilnya dengan panggilan hormat hanya kerana dia isteri kepada Gibran. Sedangkan dialah yang paling muda dan noob di sini.

"Kalau macam tu, panggil saya May atau Alana aje, tak perlu guna panggilan hormat pun tak apa. Segan saya semua panggil saya kakak sedangkan saya yang patut hormat kamu semua," jelas Alana sambil tertunduk malu. Gibran yang sedang merenung Alana itu meletakkan tangan ke peha Alana lalu menghadiahkan senyuman pada si isteri. Kononnya mahu memberi semangat.

Yang lain menyimpan senyum. Ei, comelnya abang long dan kak long mereka ni!

"Eh jangan macam tu, nanti kami kena marah dengan mak kami. Toksah kiralah bagian umur tu. Panggil je kami ikut keselesaan kak long," kata Afeef.

[C] TERLUKIS INDAH.Where stories live. Discover now