"Kahwin dengan anak aunty boleh, sayang? Kahwin dengan Gibran."
- PUAN QISMAH EMIRA ✦⋆Dunia ALANA MAYLEA hancur sepenuhnya taktala dia dipinang oleh seseorang lelaki. Lelaki yang dia selamatkan sebulan yang lepas. Lelaki istimewa yang tidak semua perempuan mampu menerima kekurangannya. Begitu juga dengan Alana, dia hanya wanita biasa. Dia bukan bidadari kiriman syurga yang mampu menerima kekurangan lelaki itu serta menjaganya dengan penuh kasih sayang.
"Maaf Puan, tapi ini dah melampau! Banyak kali saya tegaskan yang saya tak berminat."
- ALANA MAYLEA ✦⋆Namun, dia dipaksa oleh ibu kandungnya sendiri tambah-tambahan apabila Puan Qismah mengumumkan bahawa ada ganjaran yang menanti mereka jika Alana sudi berkahwin dengan Gibran.
"Kenapa susah sangat nak dengar cakap ibu? Terima ajelah lamaran keluarga Puan Qusmah itu! Senang sikit hidup engkau nanti, May!"
- PUAN NUR MARYAM ✦⋆"Hanya disebabkan kekayaan, ibu sanggup jual anak ibu untuk berkahwin dengan lelaki terencat itu? Tolonglah ibu, May pun ada hati dan perasaan! May pun ada hak untuk memilih suami yang sekufu dan mampu jaga May, bukan May yang jaga dia!"
- ALANA MAYLEA ✦⋆Hancur hati Gibran saat si gadis pujaan hati tidak sudi menjadi kekasih halalnya. Sudahlah pinangannya ditolak dengan kasar, pakej sekali kena maki. Namun dia tidak berhenti berdoa kepada penciptanya supaya wanita itu terbuka hati untuk bersuamikan dirinya yang sedang sakit ini.
"Allah uji Ian sebab Allah sayang. Lagipun mummy kata Ian bukan terencat. Tapi Allah beri peluang kedua untuk Ian hidup dengan tenang."
- GIBRAN QAYSER ✦⋆"Tak tanya."
- ALANA MAYLEA ✦⋆Alana tidak rela menjadi isteri Gibran namun demi kesenangan ibu dan adik-adiknya, terpaksa wanita itu korbankan perasaan cintanya.
Sepanjang perkahwinan mereka, ada sahaja perangai Gibran yang mencabar keimanan Alana. Dia benci! Dia tak sudi jadi isteri kepada lelaki terencat ini!
"Lana malu dapat suami macam Ian ke? Ian janji Ian tak akan ikut Lana lagi kalau Lana nak keluar jumpa kawan. Ian janji Ian tak akan malukan Alana lagi dah! Ian janji Ian akan jadi suami yang kuat yang akan lindungi Alana macam yang Lana nak tapi tolonglah jangan tinggalkan Ian, Lana. Ian cintakan Lana! Ian minta maaf sebab tak sihat, sebab terencat. Ian minta maaf sayang."
- GIBRAN QAYSER ✦⋆"Sekali lagi kau sentuh suami aku, aku tak teragak-agak nak pecahkan kepala kau, faham?"
- ALANA MAYLEA ✦⋆Alana dan Gibran, kedua-dua mereka ada rahsia yang disimpan jauh di sudut hati masing-masing. Mereka yang sangat berlainan, namun sangat melengkapi.
Alana yang sedaya upaya mahu padam segala ingatannya bertemu Gibran yang masih mencari secebis memori demi memulihkan ingatannya.
Alana yang baran dan Gibran yang sabar.
Alana yang rapuh dan Gibran yang memulihkan.
Alana yang mahu disayangi dan Gibran yang mahu menyayangi.Bila rasa cinta mulai hadir, rasa bersalah kepada orang lama juga datang menghantui diri. Alana lelah, dia hanyut dalam memori silam.
"Sekali lagi awak selamatkan saya,
kita kahwin."
- ALANA MAYLEA ✦⋆"Jaga diri kau untuk aku, Lea.
Demi Allah aku cintakan kau."
- KAI ✦⋆"Tolong jaga diri, sayang.
Demi Allah Ian cintakan Lana."
- GIBRAN QAYSER ✦⋆Namun setelah hati yang terluka itu mula redha akan ketentuan Illahi, segala-galanya mula tersingkap. Segala kebenaran yang dicari kini terbentang luas di hadapan mata. Entah apa yang perlu rasa kerana terlalu banyak perasaan yang menghentam sehingga minda bercelaru.
Yang paling gila, tidak pernah langsung seorang Alana Maylea terfikir bahawa dengan mengahwini suaminya, Gibran Qayser, hidupnya akan selalu dalam bahaya.
Persoalannya, mampukah Gibran melindungi Alana dari anasir-anasir luar ataupun sebaliknya?
"Until moonlight lead us back together."
━━━━━━━ ✦ ━━━━━━━
𝗽𝘂𝗯𝗹𝗶𝘀𝗵 : 8 august 2023
𝗱𝗿𝗮𝗳𝘁 : 7 april 2023
𝘀𝘁𝗮𝘁𝘂𝘀 : officially completed!
𝗰𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝘁𝗲 : 17 september 2024•••
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
dengan ini,
𝒉 𝒆 𝒓 s a l v a t i o n
membuka tirainya
━━━━━━━ ✦ ━━━━━━━[ DISCLAIMER & WARNING ]
[ ! ] — This is a work of fiction. Unless otherwise indicated, all the names, characters, businesses, places, events and incidents in this book are either the product of the author's imagination or used in a fictitious manner. Any resemblance to actual persons, living or dead, or actual events is purely coincidental.
[ ! ] — Please lower your expectation because I am still struggling to improve any shortcomings. This story is purely mine, any resemblance is coincidental.
[ ! ] — light storyline but might include some trauma, mental health issues, war, violence and harsh material that not suitable for kids.
[ ! ] - This is the second book of Her series and you are welcome to read Her Vengeance first to get to know their characters more deeply, but if you don't want to it's fine because it can be read as a stand alone too.
[ ! ] — Last but not least, I hope you will learn some lesson that I want to convey in this story. Thank you for reading and I hope you enjoy Qaylea's love journey, Love ya!
──── ㌽ 𝓒𝐄𝐋𝐄𝐒𝐓𝐈𝐀𝐋𝐔𝐍𝐄. ────
Vote serta Comment sangat dihargai! Terima kasih sudi baca karya yang tidak seberapa ini! Dipersilakan marah, emo, meroyan di ruangan komen, saya suka baca! 💕
YOU ARE READING
[C] TERLUKIS INDAH.
Roman d'amour━ #𝐇𝐄𝐑 𝐒𝐀𝐋𝐕𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍. ❴ SECOND BOOK OF HER SERIES, #2 ❵ ❛ For you? I'll risk it all. ❜ "Lana malu dapat suami macam Ian ke? Ian janji Ian tak akan ikut Lana lagi kalau Lana nak keluar jumpa kawan. Ian janji Ian tak akan malukan Alana lagi d...