PINTU bilik dibuka perlahan-lahan. Alana jengah dalam bilik terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam. Gibran sudah terduduk di tepi katil. Peha Gibran terbelah luas, badan dibongkokkan sedikit ke bawah manakala kedua belah tangan sudah disatukan.
Bunyi sahaja pintu tertutup, Gibran melangut memandang Alana yang sedang berjalan mendekatinya. Tersentap jiwa Alana saat mata Gibran memerah. Alana tarik nafas dalam-dalam lalu dihembus perlahan.
"Gib..." Alana berhenti betul-betul di hadapan Gibran. Tubuh ditegakkan kembali, Gibran langut lalu merenung lama ke dalam mata Alana.
"Betul ke apa yang Zara kata? Awak yang benarkan dia masuk bilik kita?" soal Gibran dengan tegas. Alana menggigit bibir. Tubuh sudah terketar menahan debar.
"Betul ke tidak, sayang?" Wajah mendung Gibran memberi sebak kepada Alana. Wajah suaminya itu sedang kecewa berat dan dia boleh nampak kekecewaan itu sejak tadi.
"Saya minta ampun, Gib..." Hilang kata-kata dan hanya ada ucapan maaf sahaja. Alana tidak tahu bagaimana mahu menjelaskan niatnya kepada Gibran.
"Ya Allah... Kenapa awak benarkan dia masuk bilik kita berdua, Lea? Kenapa awak buat macam ni?" soal Gibran sambil menangis.
Ya, Gibran menangis semahu-mahunya kerana dia sedang kecewa. Dia ingatkan Tengku Zara hanya berbohong dan Gibran memilih untuk meletakkan 100% kepercayaannya kepada isterinya. Sedangkan Tengku Zara berkata benar.
"Gib.. Saya minta maaf..." Air mata Alana turut menitis saat hatinya tidak sanggup lagi melihat kekecewaan si suami. Alana rasa dunianya seakan-akan berhenti berputar.
"Awak cuma nak uji saya ke, sayang? Awak buat macam itu sebab awak sengaja nak tengok sejauh mana saya cintakan awak ke, Alana Maylea?" Alana menggeleng kepala laju-laju. Tangan cuba mencapai tangan Gibran namun gagal saat Gibran meraup rambut sendiri ke belakang.
"Apa yang awak fikir masa awak benarkan perempuan lain masuk bilik kita?" soal Gibran lagi dan lagi sehingga Alana tersedu-sedan.
"Tak akanlah tak ada sedikit pun kepercayaan awak kepada saya, sayang?" Rintihan Gibran membuatkan Alana jatuh melutut terus. Diraih tangan Gibran lalu dikucup kekura suaminya.
"Gib... Demi Allah saya percayakan awak dan disebabkan saya percayakan awaklah saya bagi dia masuk bilik kita berdua!" Terjungkit kening Gibran. Apa yang isterinya ini merepek?
"Saya ingat lagi sepupu awak pernah kata yang awak garang sangat-sangat sampai tak ada siapa berani dengan awak... Jadi sebab saya geram sangat dengan perempuan tak guna tu..."
"Sebab itu awak nak buat saya marah?" Alana tertunduk malu lalu dianggukkan kepala.
"Awal-awal saya nak biarkan aje dia, tapi bila dia dah melebih dan mula cakap yang bukan-bukan saya jadi bengang..." Alana letakkan dahi ke lutut Gibran.
YOU ARE READING
[C] TERLUKIS INDAH.
Romance━ #𝐇𝐄𝐑 𝐒𝐀𝐋𝐕𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍. ❴ SECOND BOOK OF HER SERIES, #2 ❵ ❛ For you? I'll risk it all. ❜ "Lana malu dapat suami macam Ian ke? Ian janji Ian tak akan ikut Lana lagi kalau Lana nak keluar jumpa kawan. Ian janji Ian tak akan malukan Alana lagi d...