Rea bergegas menuju tempat dimana rakan-rakannya sedang menunggunya. Dia berlari tanpa henti kerana didalam fikirannya dia hanya berfikir satu benda,iaitu mencari rakan-rakannya yang menunggunya didalam hutan Notoromi tersebut.
Semasa dalam perjalanan,dirinya menyedari yang seseorang mengekorinya.Rea memberhentikan langkahnya untuk mengamati sekitarnya.
"Hoi keluarlah sesiapa pun yang sembunyi dekat belakang pokok tu."Panggil Rea.
Tiba-tiba sebilah kunai dilempar oleh orang yang mengekorinya.Serangan tersebut dituju tepat kearah kepalanya. Dengan pantas, Rea mengelak dan kunai tersebut hanya memotong beberapa helaian rambutnya.
Setelah serangan tersebut hampir meragut nyawanya,Rea mengambil langkah untuk lari dari kawasan itu.
"Tuan,target sudah lari"Lapor orang itu kepada ketuanya.
"Baik,arahkan target untuk pergi ke daerah yang ditetapkan."
Rea menghindari semua serangan orang itu akan tetapi dia tidak berputus asa. Rea berhenti seketika untuk menyerang orang itu.Tetapi serangannya senang untuk dijangka oleh orang tersebut.
'Hah...Hah...susah betul nak serang,baik aku lari jelah.'
"Hoi kau nak aku sangat,kejar lah aku kalau boleh."Kata Rea
Rea teruskan lariannya untuk menghindari daripada tertangkap.Akan tertapi,Dia masih tidak mengetahui bahawa ada benda yang terjadi.
Sementara itu,Min telah pun merawat luka Man.Tetapi Man tidak boleh berjalan lagi kerana dia masih lemah.
"Hei Min..."Panggil Man.
"Apa?"Tanya Min.
"Thanks."
"Heh kau rehatlah dulu,aku nak tengok kat luar."Kata Min.
"Ok..."balasnya.
Sementara itu, Izz dan Ivan telahpun menyelamatkan beberapa orang yang terperangkap dalam kem tersebut.Apabila mereka berdua bertemu satu sama lain Ivan bertanya."Weh Izz kau dah dapat dah senjata kau."Tanya Ivan.
Izz dengan menunjukkan senjata miliknya iaitu busur serta anak panahnya."Dah,aku dah ambil".
Pada saat itu mereka menyedari bahawa masih ada seseorang yang masih tiada.
"Weh kau ada tak nampak kapten Sazaruna tak?."Tanya Izz.
"Tak,jomlah kita cari dia sama-sama."
Rea pada saat itu dia sampai ke kawasan yang lapang.Sejurus orang itu berhenti mengejarnya dia nampak sebuah helikopter yang dia teringat daripada mimpinya.
'Hah betul lah mimpi tu.'
Angin yang disebabkan oleh bilah helikopter itu sangatlah kuat sehinggakan Rea terpaksa tutup matanya.
Apabila helikopter itu mencecah ke bumi, pintunya terbuka dan seseorang keluar daripadanya.
"Hello Rea"Sapa orang itu.
Dia memakai topeng agar sesiapa pun tahu identitinya.Rea sepertinya pernah mendengar suara itu dahulu.Tetapi dia tak mengigati siapa dan dimana dia mendengar suara tersebut.
"Siapa kau.Kau ke yang hantar orang nak bunuh aku."Tanya Rea.
"...".Orang itu mendiamkan dirinya.
"Cakap lah!"Marah Rea.
"Kabuso,Koito".
Setelah dia memanggil kedua-dua nama tersebut, munculah dua orang yang berpakaian seperti seorang ninja muncul diantara lelaki itu dengan Rea. Yang di kiri memakai baju yang berwarna hitam serta bertopengkan dengn topeng serigala yang berwarna hitam dan yang kanan memakai baju yang berwarna merah jambu dan bertopengkan dengan topeng rubah. Rea berfikir yang mereka mungkin orang bawahan dari orang itu.
"Kalau kau dari klan Ragnayer,lawan mereka berdua.Buktikan yang kau mewarisi kekuatan klan Ragnayer."Kata Orang itu.
Setelah orang itu mencabar Rea, kedua-dua orang bawahannya meluru ke arah Rea untuk menyerangnya.
Rea menggengam erat pedangnya.Dia mengamati semua pergerakan mereka.Pada waktu itu dia perasan pergerakan mereka seolah-olah pergerakan pakciknya.Rea membuka kekudanya.Dia sudahpun bersedia untuk memberikan serangan.
(Tang)
Pisau belati yang digunakan mereka berdua terpelanting ke udara.
'Dan sekarang ni dia pulak'
Rea meluru ke arah orang bertopeng itu.Apabila dia mahu menyerangnya,Dia kaku.Rea tidak boleh mengerakkan badannya.
"Heh engkau sudahpun menjadi lebih baik dari dulu."Katanya sambil mendekati Rea.Pandangannya semakin kabur apabila lelaki tersebut mendekatinya.Dan akhirnya Rea rebah.
"Kabuso,Koito mari kita pulang."Katanya.
Rea hanya mampu melihat mereka beredar sebelum dia tak sedarkan diri.
Sementara itu,Man baru sahaja bangun.Dia melihat sekeliling tempat itu tetapi Min tiada di mana-mana.
"Alah mana pulak si Min ni takkan dia belah terus.".
Man melihat disekelilingnya.Dia cuma menjumpai beberapa cebisan kain dan beberapa papan kayu.
'Hmmmmm aku boleh buat apa ye dengan ni.'Fikirnya.
"Ah aku tau."katanya sesudah dia mendapat idea.Dia mengambil masa dalam 10 minit untuk membuat barang yang difikirkannya.
"Hmmm aku rasa dah elok kot.".Min sudah sampai ke tempat mereka dan menyedari Man sedang membuat sesuatu.
"Hei Man? kau buat apa tu?"Tanya Min.
"Oh aku baru buat senjata untuk aku sebab tadi aku lawan pun guna tangan."Jelasnya.
"Ohhhhh"
Jauh dari sudut pandangan Min,dia seperti terlihat kelibat Ivan dan Izz."Ummm Man kau nampak tak tu."Tanya Min.
"Tak kenapa?"Jawabnya.
(Buk)
"Adoi nape kau ni."Kata Man yang kepalanya diketuk oleh abangnya.
"Tuuu kat jalan tuu."Jelas min.
"Hmmmmmm eh? Tu Izz dengan Ivan kan."
"Yelah kot.Jom kita pergi jumpa diorang.Mungkin diorang tahu apa-apa."Kata Min
Man mengagukan kepalanya menandakan yang dia bersetuju.Dengan segera,Man dan Min pergi ke kelibat mereka berdua.
"Woi Izz,Ivan korang nak kemana."Jerit Min.Izz yang mendengar segera memalingkan kepalanya kearah mereka berdua.
"Weh Ivan! Tu Min dengan Man.Diorang masih hidup lagi."Kata Izz.
"Haa baguslah tak susah kita nak cari diorang."Kata Ivan.
Mereka berempat mendekati satu sama lain. Izz sempat menyedari yang Man berada dalam keadaan berbalut.
"Weh Min nape dengan Man."Tanya Izz."Dia baru lepas lawan benda macam separuh lipan separuh orang.
"Hmmmm aku rasa yang dia lawan tu spesis chimera la."jelasnya.
"Mungkin.Tapi benda tadi boleh bercakap "Jawab Man.
"Boleh cakap? Ok yang tu baru."
(Tang)
Tiba-tiba,mereka berempat terdengar suara yang berada tidak jauh dari mereka.
"Weh ada orang lagilah."Kata Man.
"Jom.Mungkin dia kena serang dengan mahluk lain."Ajak Izz.
YOU ARE READING
IDENTITI : DUNIA BARU
FantasyKisah yang menceritakan pengembaraan sekumpulan lelaki yang bernama Reamongo, Izz , Ivan, Man dan Min untuk menyelesaikan konflik yang dicetuskan oleh kumpulan yang diketuai oleh orang yang bernama Lice. Terdapat pelbagai perkara,cabaran serta rinta...