BAB 33:KESAKITAN YANG MEMBELENGGU

3 0 0
                                    

Rea terbangun dalam koridor yang dahulunya warna putih sekarang menjadi warna merah kehitaman.Dia berjalan buat seketika dan tidak melihat satupun tanda keberadaan Rage.

"Rage!"Jerit Rea.

Hanya gema sahaja yang membalas Rea.Dia berasa berputus asa.Disebabkan itu,badannya bertukar sedikit demi sedikit menjadi warna yang sama dengan koridor.Semakin dia berputus asa,semakin senang untuk dia dikawal.

Tiba-tiba ada tangan yang sampai ke bahu Rea."Jangan putus asa.".Kata Rage.Rea memandang kearah Rage dan situlah dia mendapat harapan.Dengan perlahan,Rea bertukar menjadi warna asalnya.

"Bagus." 
"Apa yang sedang terjadi sekarang?"
"Sekarang kita ada musuh…"Kata Rage sambil menunjuk kearah makhluk yang berwarna hitam. 
"Benda apa tu?"Balas Rea.
Rage mengelengkan kepalanya.
"Kita cuma boleh pertahankan koridor ni bagi tak musnah.

Pada masa yang sama tubuh Rea berada dalam keadaan yang tidak baik.Separuh dari badannya bertukar menjadi warna merah kehitaman.Apa yang jadi di koridor akan terjadi pada tubuh Rea.

Asuka dan yang lain hanya dapat melihat sahaja.Kabuso melaporkan tentang keadaan Rea kepada Wolf.Dia tidak selesa mendengar perkara ini.

Rea dan Rage bersama-sama berlawan dengan sepenuh hati akan tetapi,serangan mereka tidak berkesan.Mereka berdua menjadi lelah kerana bertarung dengan waktu yang sangat lama.

"Hah hah...Tak...Mungkin" 
"Rea! Kau kena buat nakzo secepat yang mungkin" 
"Ta...tapi Rage." 
"Takde tapi tapi.Aku akan tinggal di sini."

Rage menolak dan menyedarkan Rea.Dia terbangun dan melihat semua orang sedang menunggunya."Rea!"

"Ya aku dah bangun." 
"Apa yang dah jadi?" 
"A...Aku tak tahu." 
"Takpe kita tinggalkan dia dahulu.Biarkan dia rehat."Kata Ballard. 
"Ya itulah yang bagus baginya."

Mereka semua meninggalkan Rea kecuali Koito,Kabuso dan Asuka yang ingin menjaga Rea."Rea.Ini pasal Rage kan.".Tanya Kabuso.Dia menundukkan kepala dan menjawab dengan mudah."Ya."

"Haih aku dah agak dah." 
"Ha?Agak apa?" 
"Sebenarnya,dalam badan kau ada sepihan kuasa Navorus.Jadi Rage tengah bertarung untuk menahan Navorus membentuk didunia ini ataupun menggunakan badan kau sebagai medium."Kata Kabuso 
"Sebab tulah tadi Edmund panggil aku Demon." 
"Ya.Sebenarnya kau bukan je orang dari klan Ragnayer yang terakhir.Ada lagi yang hidup.Dan yang hidup hampir semua jadi orang lice."Terang Koito 
"Tapi kau sorang je yang lain." 
"Sebab" 
"Kau ada darah rodla yang paling tulen." 
"Heh..aku ada darah rodla.Tak mungkin.Tak mungkin aku orang yang paling lemah dalam klan ragnayer ada darah rodla."

Mereka berdua hanya terdiam.Rea masih lagi memikirkan apa yang perlu dia lakukan."Sebenarnya,Ayah ada cakap cara membendung Navorus keluar."Kata Kabuso.Rea seperti tetarik dengan apa yang kabuso baru sampaikan tadi.

"Macam mana?" 
"Dengan membuat Nakzo atau…Aku tak suka nak cakap ni tapi kami kena bunuh kau." 
"!!!"
"Terserah kepada kau."Katanya dan terus beredar bersama dengan Koito

Asuka hanya melihat wajah Rea dengan dengan wajah yang bimbang akan kekasihnya.

IDENTITI : DUNIA BARUWhere stories live. Discover now