BAB 41:SEMUA DENGAR ARAHAN AKU!!!

2 0 0
                                    

Kesemua guild telahpun membuat perbincangan tentang penyerangan Navorus terhadap kawasan kawasan kampung yang berada dekat dengan Belwall.Mereka memutuskan untuk pergi dan berlawan dengan tentera Navorus.

Dan di Guild Reckreos,semua unit telahkan dikerahkan ke medan pertempuran.Hanya tinggal Gotamord,Sorana dan Madoka,iaitu orang yang akan memberikan arahan kepada semua unit.

Rea pergi ke bilik peta yang dimana tempat yang Madoka gunakan untuk memberi arahan dan dia masuk kedalam bilik itu senyap-senyap.Madoka perasan kehadiran Rea.Dia tidak terkejut kerana Sorana telahpun memberitahu Madoka tentang Rea.

"Boleh aku duduk di sini?"Tanya Rea.
"Silakan."

Rea melihat ke paparan skrin yang menandakan kedudukan semua ahli.Melihat dari peta tersebut,Rea dapat menebak bahawa mereka sedang berada di kawasan yang lapang dan juga sedikit berbukit.

Mereka sedang melawan satu pasukan tentera Navorus yang terdiri daripada 23 orang.Dan unit yang sedang melawannya ialah unit pertama,ketiga,keempat dan keduabelas.

Apabila digabungkan semua,ianya hanya 20 orang yang dapat bertarung kerana kebanyakan ahli unit keempat dan keduabelas terbunuh dalam ops keraton.Walaupun dalam keadaan berkabung, semangat bertarung mereka masih lagi utuh.

Dia melihat di skrin itu sehinggalah ada yang membuatkan pertarungan itu lebih sukar.Pihak musuh telahpun membawa bantuan tentera.Dan sekarang mereka mempunyai dua kali bilangan orang.

"Musuh panggil bantuan! Arahan Main."
"Semua unit fokus dalam menyerang satu kelompok."Arah Madoka.
"Tak itu takkan berjaya!"Jerit Rea.
"Huh?"
"Rea?!"Kata semua yang terkejut mendengar suara Rea.
"Semuanya dengar!"
"Sniper,marksman dan mage.Tumpukan pada yang jauh.Perlahankan Tank,Paladin,Rune Knight.Pertahankan Sniper dan marksman.Warrior,Pikeman dan .Serang yang paling dekat.Bergerak secara berasingan.Yang boleh bergerak pantas gunakan teknik langgar lari."
"Langgar lari?"
"Serang dan kemudian larikan diri."Jelasnya.
"...Baik.Gunakan strategi yang dikatakan oleh Rea."
"Baik!"

Semuanya bergerak dengan arahan yang telah ditetapkan.Dani,Jiboru,Rin dan dua orang dari unit dua belas.Mereka mengurangkan bilangan musuh dengan begitu banyak.Ada juga yang menyerang tanpa disedari oleh mereka.Akan tetapi,semua serangan berhasil dipatahkan oleh pasukan tank.

Dan yang lain-lain berjaya untuk melawan kesemua tentera musuh yang tinggal.

------------------

Setelah beberapa jam,mereka pulang dengan melihat Rea menunggu mereka di pintu masuk."Kerja yang bagus!"Kata Rea.Secara tiba-tiba,Asuka menamparnya di muka."Kau tau tak yang aku risau pasal kau!"

"Uhhh kenapa"
"Yalah kau dah disahkan mati."
"Aku memang dah mati pun."
"Eh?"Kesemuanya keliru apabila dia mengatakan bahawa dia sudah mati.

------------------

"Jadi kau dihidupkan kembali?"Tanya Rosmonwolf.
"Yah,sebenarnya Rodla yang hidupkan saya balik.Tapi ada bayaran."
"Hmmm.Dan bayarannya apa?"
"Mengunci Navorus."
"Hah?"
"Ya! Tulah bayarannya."
"Jadi saya nak mintak tolong pakcik untuk membuatkan satu senjata yang boleh ada kuasa yang boleh bertarung dengan Navorus."

Wolf berfikir sejenak.Dan setelah beberapa detik dia setuju dengan permintaan Rea."Tapi nak buat senjata tu kena ambil masa dalam dua ke tiga hari."

Rea setuju."Baiklah.Kalau itu permintaan kau,aku akan laksanakan."Kata Wolf

"Terima kasih."

Rea keluar dari bilik trasmisi tersebut dan melihat Edmund sedang menunggunya di luar."Heh kerja yang bagus.Demon.".Dia pergi selepas mengatakan itu.Rea hanya tersenyum kerana dia dapat menyelamatkan ahli pasukannya.

------------------

Pada malamnya,Rea sedang berada di pusat bandar dimana ada banyak orang yang sedang berlegar di luar.Suasana tersebut membuatnya seperti mahu tertidur."Hi di sana."

Rea memandang ke arah suara yang memanggilnya.Rupa-rupanya terlihat seorang wanita yang berpakaian seperti seseorang dari keluarga bangsawan sedang berada di sebelahnya."Uhhh hi."

"Malam yang indah bukan?"
"Ya."
"Mari saya memperkenalkan diri saya.Nama saya Bella De Faruco."
"Saya adalah seorang tukang tilik yang mengembara ke serata negeri."
"Saya Reamongo Ade...Rodla"
"Jadi nama awak Reamongo Aderodla?"
"Bukan.Nama saya Reamongo Rodla.Tentera upahan."
"Ah.Boleh saya lihat tangan awak?"
"Silakan"

Dia memegang tangan Rea dan menelit corak yang terdapat di tapak tangan Rea."Hmm?.Dengan melihat corak ni.Kau akan menhadapi perjalanan yang berliku-liku.Dan juga,kau akan mengubah nasib dunia ini."

"Hmmm.Nampak macam tak masuk akal."Katanya lagi sambil tersenyum.
"Tapi nasib tak semestinya sama.".
"Apa-apa pun terima kasih sebab bagi saya lihat tangan awak.Sebagai tanda terima kasih,saya bagi awak ini."

Rea melihat benda yang diberi oleh Bella.Ianya sekeping papan yang di ukir dengan bentuk pistol.'Hmmm?'

Rea kembali ke koridor untuk berjumpa dengan Rage yang sedang berehat didalam biliknya."Rage!"

"Apa?"

Rea menunjukkan benda itu kepada Rage.Dia mengambilnya dan melihat dengan teliti apakah yang diberikan kepada Rea."Haih ni benda yang boleh bangkitkan persona Agi!"

"Hah? Nak guna macam mana."Tanya Rea.
"Ehhh kau biarkan je.Nanti munculah."
"Okeyyy?"

Rea kembali sedar dan melihat Ike dan yang lain-lain telahpun pulang."Ahhhh korang.".Ivan terduduk kerana dia yang perlu membawa semua barang dan juga bunga godamai yang ternyata bukan kecil akan tetapi besar dan juga berat.

"Jadi macam mana dengan bandar waktu kami takde?"
"Ehhh tak banyak yang berubah kecuali Navorus dah bangkit."
"Navorus? Siapa?"Tanya Izz.

Disebabkan benda yang Rea akan ceritakan terlalu lama dan juga terlalu rumit,dia mengajak mereka berbual di dalam bar guildnya.

------------------

Rea menceritakan tentang semua benda yang telahpun terjadi.Dan juga mengatakan bahawa dia sudahpun mati.Akan tetapi dihidupkan balik.

"Jadi apa yang kau cerita,selama ni kau perlukan nakzo untuk keluarkan dewa kehancuran yang nama Navorus ni?"Tanya Ike
"Haah."
"Dan kami terlambat untuk dapatkan godamai."Kata Jess.
"Ya."
"Ehhhhh buat apa dah Godamai ni."Kata Ivan yang melemparkan Godamai kedalam tong sampah.

Unis yang melihat itu segera menghalangnya dari berbuat sedemikian kerana Godamai adalah salah satu bahan yang paling jarang dijumpai dan paling unik.Dia malah bertengkar dengan Reimir tentang itu.

"Eiiiiii Godamai ni aku punya!"
"Tak boleh aku nak buat uji kaji!"Marah Unis.
"Lebih baik aku buat ubat daripada buat eksperimen macam kau."Kata Reimir

Pertengkaran itu mengambil masa yang lama sehinggakan Rea telahpun membuat keputusan sendiri.Dia mengambil pisau dan membelah menjadi dua."Dah.Puas?"

Mereka berdua hanya melihat cebisan Godamai masing-masing.Yang lain hanya melihat sahaja kelakuan mereka."Weh Rea.Aku rasa macam dah cukup masa untuk aku balik."Kata Izz.

"Eh haah.Esok aku ada misi penting."Kata Ivan.

Mereka semua termasuk Ike,Jess dan Unis pulang ke tempat masing-masing.Rea mengambil segelas air dan memandang langit malam.'Hmmm macam mana aku nak lawan dengan Navorus.'

Rea bangun dan meninggalkan bar untuk masuk kedalam bilik untuk tidur.

IDENTITI : DUNIA BARUWhere stories live. Discover now