BAB 39:KEMALANGAN YANG TAK DAPAT DIELAKKAN

1 0 0
                                    

Unit pertama dan unit ketiga bergerak menuju kearah kawasan pergunungan.Unit keenam dan unit kedua pergi ke kawasan perkampungan lizardfolk untuk bertanyakan tentang sebarang kelibat Rea.Dan kumpulan pencari yang lain mencari dikawasan hutan kerana kawasan itu mempunyai raksasa yang kurang kuat dari kawasan pergunungan.

Ballard dan sekutunya berhenti di kaki gunung Unranla untuk mempersiapkan kelengkapan masing-masing. Keadaan rakan-rakan sedikit suram. Mana taknya,diarahkan oleh pihak atasan untuk membunuh rakan mereka? Banyak yang tidak mahu menyertai misi ini tetapi,kalau tiada sesiapa yang lakukan perkara ini,siapa lagi?

"Jadi kau rasa ni tempat Rea mungkin ada?"Tanya Foco.
"Yah dah ni saja tempat yang banyak musuh."Jawab Ballard.
"Sebab tu je?!"
"Eiiii jom lah kita cari."
"Baik!"

Mereka berpecah dan semua pergi kearah yang berlainan.Foco dan Rin pergi ke kawasan jalan yang menuju ke puncak gunung.Ballard,Dani dan Jiboru akan menyediakan pertolongan jarak jauh.Asuka akan terbang dan mengawasi pergerakan Navorus.Faro akan mengawasi kawasan hutan di bawah.Koito serta abangnya berfungsi sebagai unit komunikasi untuk dua kumpulan.Abangnya akan mengikuti Foco dan Rin manakala Koito akan bersama dengan pasukan jarak jauh.Ulyana dan Yataru akan menjadi pasukan perubatan jikalau ada sesiapa yang tewas semasa bertarung dengan Novarus.

––––––––––––––––––––––––––––––––––––

Rea membawa pedang Rage yang rosak bersama-samanya.Kerana senjatanya tidak boleh dibawa kedalam koridor.

Secara tiba-tiba dia bersembunyi dibalik dinding.Dia terdengar bunyi yang dikeluarkan oleh suatu ruangan yang mengeluarkan cahaya berwarna putih.'tu mesti bilik jiwa aku.'Kata Rea kepada dirinya.

'Lawan atau Lari? Kalau ini dapat bantu kawan-kawan aku bertarung dengan Navorus, aku pilih untuk Lawan!'

––––––––––––––––––––––––––––––––––––

Foco,Rin dan Kabuso mendaki bukit dengan berhati-hati supaya tidak menarik perhatian Navorus ataupun musuh yang berada di gunung tersebut.Pada waktu itu,angin yang kuat telahpun membantu mereka untuk bergerak kerana ia dapat menyembunyikan bunyi dari pergerakan mereka.

Ballard dan yang lain-lain sedang menunggu isyarat Foco.Sambil menunggu,Ballard sempat menghisap sebatang rokok yang dia telahpun simpan didalam kocek seluarnya."Eihhhh waktu ni jugak ke kau nak hisap rokok?"Tanya Dani yang mengibaskan tangannya kepada asap rokok tersebut.Ballard hanya ketawa sahaja kepada Dani."Kau tak ingat ke,apa maksud kalau aku hiasp rokok ni?"

"Haih...Ya.Aku ingat.Waktu bekas ketua kita buka jalan untuk kita lari.Tapi sebagai pertukaran...Dia terkorban."
"Haih korang ni.Benda yang dah lepas tu biarkan."Kata Jiboru.
"Ya...Tapi aku masih teringat lagi waktu tu."Jawab Ballard.
Koito yang juga berada di tepi itu juga berasa perkara yang sama.

Di lain tempat,Asuka mendapati bahawa ada dua mahluk yang kelihatan samar-samar sedang bertarung dengan seseorang.Lokasinya berada jauh daripada kumpulan Foco.

Disebabkan makhluk itu kelihatan kuat,dia terbang kembali ke tempat Ballard."Ah Asuka.Ada apa-apa info?"Tanya Ballard.Asuka yang tercungap-cungap mengambil nafas."Ada...Orang tengah...tengah lawan.."

"Hei ambil nafas dulu."

Selepas Asuka kembali tenang.Dia menceritakan segala benda yang dia nampak tadi.Tanpa berlengah,Koito melaporkan tentang perkara tersebut ke abangnya.

Foco,Rin dan Kabuso bergerak menuju kearah yang telahpun dinyatakan oleh Asuka.Dan apa yang mereka jumpa sangatlah membuat mereka semua .Orang yang sedang bertarung dengan makhluk tersebut adalah Navorus sendiri.

Ini membuatkan kesemua unit fokus ke tempat yang kumpulan Foco berada."Ballard.Sekarang!"

"Baik."
"Team guna plan B-1"
"Baik!"Kata Jiboru dan Dani.

Plan B adalah apabila Navorus keluar dari tempat persembunyian dan bahagian 1 adalah bila kumpulan Foco telahpun menjumpai Navorus.

"Meteor Shower!"
"Exceed!"

Jiboru menyeru ribuan meteor dari angkasa dan membuat kombo dengan Dani membuat meteor itu bergerak dengan lebih laju supaya Navorus tidak dapat mengelak.Semua meteor mengenai sasaran dan juga Navorus berada didalamnya."Woah.Hebat."
Kata Rin yang kagum dengan dengan kebolehan sekutunya yang lain.

––––––––––––––––––––––––––––––––––––

Rea pada waktu yang sama sedang berlawan dengan Navorus dan mendengar letupan yang sangatlah kuat."Heh jadi apa yang kau nak buat."Tanya Rea kepada Navorus.

Dia hanya terus menyerang Rea tanpa menghirau apa yang berlaku.Rea tidak dapat mendapat peluang untuk menyerang Navorus kerana kelajuan setiap serangan tersangatlah laju.Dia hanya dapat berlindung dibelakang pedang Rage.

"Rea...Gunakan taktik..tu..."
"!!!"

Dia baru teringat bahawa dia dapat masuk dan keluar didalam koridor.Dia cuba untuk melakukan itu dan dia berhasil.Kemudian dia masuk kembali hanya melihat peluang yang sangat besar untuk menyerang.

Pada masa yang sama,Ballard sudahpun sampai ke medan pertarungan dimana Navorus sedang berlawan dengan Foco.Serangan yang dilakukan tadi tidak sesekali melukakannya.Didalam koridor,Rea terbang ke dinding kerana ditendang dengan kuat oleh Navorus.

Dia juga sudah tidak dapat bertahan dengan lama.Di dunia nyata,kesemua unit telahpun sudah sampai ke tempat Navorus.Terdapat juga ahli yang tercedera dan cepat dirawat oleh Yata dan Ulyana.Beberapa unit terpaksa berundur kerana beberapa ahli yang berada dalam keadaan yang teruk.

"Kita kena habiskan dengan cepat kalau tidak lagi banyak yang tercedera!"Kata Edmund
"Baik,tapi kita ada plan tak?"Tanya Faro.
"Ada.Asuka,kau perlu bunuh Rea itu je."
"Ehhh tak boleh!"
"Dah tu je pilihan yang kita ada.Kalau ikutkan Rea dia pun setuju."

Dia sedikit merasa sedih kerana perlu membunuh kekasihnya.Akan tetapi,dia teringat pesanan Rea sewaktu melawan Faro dan Rin."Ingat,kau tak seorang."

Dia mengengam pedangnya dengan erat dan terus terbang ke awan dimana Navorus tidak dapat mengetahui keberadaannya.Dan apabila Navorus dalam keadaan lengah dia turun dan menikam belakang Rea seperti kilat.

Rea didalam koridor hanya mampu melihat Navorus membawa kapak untuk memenggal kepalanya.Sejurus dia mahu menghayunkan kapaknya,langkahnya terhenti.Rea melihat dibahagian perutnya bahawa ada kesan tikaman Asuka terus masuk kedalam koridor.

Secara tiba-tiba Rea kembali ke dunia nyata dan melihat Asuka yang menikam dirinya. Dia mengatakan kata-kata terakhirnya kepada Asuka."Heh..Terima..Kasih..."

Rea hanya rebah keatas bahunya Asuka.Melihat itu,Asuka terus menjatuhkan pedangnya,menangis sambil memeluk badannya. Ballard dan Jiboru hanya melutut kearah tubuh Rea dengan rasa kesal yang mereka tidak dapat menolongnya.

Mereka ingat bahawa membunuh Rea hanya dapat memutuskan kebangkitan Navorus akan tetapi ia tetap bangkit walaupun kehilangan separuh dari kuasa sebenarnya.

Mereka semua melihat Navorus membentuk dirinya.Faro cuba untuk menyerang akan tetapi dia berdiri di tempatnya, kaku."Hahahaha!Walaupun kehilangan setengah dari kuasa aku.…Tetapi korang hanya menempah maut."

Dia membangkitkan orang-orang yang telahpun mati dan membuatkan mereka sebagai orang suruhannya.Ballard mengarahkan semua untuk pulang ke bandar.Akan tetapi beberapa tidak berjaya dan turut menjadi orang Navorus.

Asuka membawa jasad Rea yang sudah lagi tidak bernyawa ke bandar untuk membuat pengebumian yang sempurna.

IDENTITI : DUNIA BARUWhere stories live. Discover now