Izz,Min dan Ivan sudahpun sampai ke tempat Rea."Rea..."Ivan mahu berkata sesuatu tetapi rea bercakap dahulu."Yaaa aku tahu.Kapten mungkin ada sebab kenapa dia nak khianat kita."
"Um Rea? Kau dah periksa tak seluruh tempat ni?"Tanya Izz.
"Belum aku baru je sampai dekat tempat ni.""Oh kalau macam tu aku nak geledah semua tempat ni kalau ada benda yang berfaedah."Kata Izz.
"Aku nak ikut jugak"Kata Man.Man dan Izz pergi ke kawasan rumah yang lain.Rea dan yang lain masih berada di ruang bilik tidur atas.
"Ivan? Kau ada jumpa orang yang masih selamat dekat kem?"Tanya Rea."Haih ada yang hidup tapi dalam nyawa-nyawa ikan."Jawabnya. "Bagaimana dengan kumpulan merah."
"Aku dengan Izz tak terserempak dengan diorang."Rea berasa bersimpati kepada rakan seangkatannya yang terkorban di kem.Min baru menyedari yang Rea dalam keadaan dibalut dengan banyak pembalut luka.
"Rea,Kau baru lepas lawan musuh ke?Tanya Min.
"Tak kenapa?"
"Aku nampak kau berbalut lain macam je."
"Oh ini? aku terjatuh tadi.Ada banyak luka jadi aku balut semua."'Hmm aku rasa baik aku tak cakap pasal koito'
Min tidak percaya dengan kata-kata Rea. Selama dia mengenalinya Rea jarang terjatuh disebabkan oleh kesilapannya. Dia merenung ke wajah Rea dengan renungan yang mengancam. Ia membuatkan lidah Rea menjadi kelu dan membuatkan kata-katanya menjadi tunggang-langgang"Haih aku memang baru lepas kena serang,pasal tulah aku sampai sini."Kata Rea.
"Kenapa kau nak kena rahsiakan yang aku baru lepas berlawan."
"Sebab aku baru sahaja kalah." Kata Rea dengan wajahnya yang marah dengan apa yang terjadi kepadanya.Air muka Min terus berubah serta merta. Dia kini memahami Rea sebagai seorang pahlawan.'Huuuuh.Nasib baik yang lakonan aku tu berjaya.'bisiknya didalam hati lagi.
Selepas beberapa detik......
Min dan Ivan sudahpun tidur manakala Rea masih lagi terjaga.Masa di A.U.D Rea sudah menunjukkan pukul 1:08 pagi.(All Use Device yang berbentuk seperti gelang yang bersambung dengan pergelangan tangan).
'Huh lambat lagi ke nak pagi ni.'Bisiknya dalam hati.Pada saat itu dia menerima mesej daripada koito.'Aik macam mana dia dapat aku punya id.Ehhh tengok jelah apa dia hantar.'
"Heiaaa Rea,kau ada tak nampak tak buku aku?"Tanya Koito."Ada. Kau tinggal atas meja."Balasnya.
"Ok tapi jangan bagi orang lain baca."
"Ya ya aku tau tapi buku ni nak kena hantar ke?Tanya Rea.
"Haih nanti aku hantar koordinat."Kata koito.Rea mengakhiri perbualannya dengan koito.Dia naik ke atas bumbung rumah yang dia berehat.Langit pada waktu itu gelap dan dihiasi bintang-bintang.Dia cuma berfikir tentang perbuatan Sazaruna.
Izz tidak boleh tidur dan dia terjaga di sebelah Ivan."Haih"Keluh Izz.Dia mengeluarkan salah satu senjatanya untuk diperiksa keadaannya.Ia adalah sejenis senapang yang mempunyai badan yang diperbuat daripada kayu .Dia melihat dengan teliti untuk memastikan senjatanya dalam keadaan yang baik.
Rea mendapat mesej lagi daripada Koito. Dia telahpun menghantar alamat tempat perjumpaan.Kemudian dia dapat mesej dari Izz."Hadui apa pulak."Kata Rea.
"Weh Rea kau tak tido lagi ke?"Tanya Izz.
"Belum aku tak leh tido lah."Jawabnya.
"Jom kita pergi makan."Kata izz mengajaknya makan.
"Weh mana ada tempat nak makan dekat sini.Kita kat tengah-tengah hutan kau tau tak!"Kata rea memarahi Izz."Lahh aku bawak mi segera kau nak tak."Jawab izz."Oh macam tu ke.Sori"
Rea turun dari bumbung dan pergi ke tempat Izz.Dia membuka pintu dan melihat Izz sedang memasak mi."Bapak ah sedapnya bau."Kata Rea.
"Heh tengoklah siapa yang masak."Kata Izz megah dengan kata-katanya."Eh yelah tu."Perli Rea.
Selepas mereka selesai makan,barulah izz tidur.Rea sambung duduk di tempatnya sambil menunggu siang.
Pagi menjelang dan Izz,Ivan,man dan min sudah pun bangun.Rea sudah pun pergi ke tempat yang dinyatakan oleh koito.Izz pergi memanggil rea akan tetapi tidak dijawabnya.
"Haih mana pulak Rea ni.Eh?".Izz terlihat sehelai kertas yang bertulis dengan tulisan Rea."kalau korang jumpa kertas ni aku pergi dekat tempat lain.Aku tak pergi jauh pun."
Izz sudahpun menjangkakan bahawa benda ini akan terjadi.Sewaktu Rea dan Izz makan,Izz meletakkan satu cip pengesan didalam salah satu poket hoodienya untuk mengetahui kedudukan Rea.
Rea berjalan lebih daripada 24 minit dan dia hampir sampai ke ketempat yang dinyatakan oleh Koito.
Apabila dia sampai dia terperanjat kerana Kabuso,Koito dan Ketua mereka,iaitu lelaki yang memakai topeng turut ada sekali."Haih nak kena lawan lagi sekali ke."Keluh rea.
Koito bergerak mendekati Rea."Rea maaf."
(Swok)
Koito memukul leher Rea sehingga pingsan.Rea mencuba untuk bertahan akan tetapi dia tewas.
——————————————————
Izz dan yang lain mengikuti jejak Rea."Kau ni serious lah Rea ni hilang lagi?"Tanya Ivan."Iya aku pasti sebab malam tadi aku sempat hack dia punya A.U.D lepastu aku jumpa dia chat dengan orang nama koito."
"Eh tah tah tu nama awek dia."Sindir man.
(Buk)
Min memukul kepala man."Adehhh sakit woi."Kata man."Kalau yer pun tanya jelah Rea dulu."Kata min dengan tegas.
(Swok)
"Habis tu kau dengan anne macam mana."Kata man.Min berhenti sejenak."Min...?".
(Swok)
Min menghentak lembingnya ke leher Man.Hentakannya membuat man pingsan.'Urk sampai macam tu.'Kata Ivan.
"Dah lah.Min kau angkat man.Hadehhh banyak hal lah."Kata Izz.
Mereka meneruskan perjalanan mereka.Mereka merentasi sungai yang deras,hutan yang tebal dan juga bukit yang tinggi.
"Huhhh huhhh korang kalau kita rehat kat sini nak tak.Aku dah penat dah ni."Kata Ivan."Haih takpalah kita rehat sinilah
(Shrakk)
Suara itu membuat mereka semua terkejut sambil melihat sekeliling."Korang dengar tak bunyi tu."Tanya Min."Haa apa?".Man baru sahaja terjaga turut cemas melihat semua mengeluarkan senjata masing-masing.
"Apa status"Tanya man."Kami terdengar suara."Jelas Izz.Tiba-Tiba
(Tak)
"Alamak."Ivan melihat sesuatu yang di lempar ke arah mereka."Bom silau!?.Korang,tutup mata."
(Shingggg)
Mata mereka kecuali ivan menjadi buta seketika.Ivan yang masih boleh melihat mencari siapa yang membaling bom itu.
Kemudian sekumpulan orang bersenjata menyerbu tempat mereka."Adeh banyak pulak musuh."Kata Ivan.
Kemudian sorang demi seorang daripada mereka dihabisi oleh mereka sehingga tinggal ivan."Haah haah korang nak ap...".Ivan dipukul di bahagian leher.Dia berusaha sedar dari serangan itu,akan tetapi nasibnya sama seperti yang lain.
Mereka semua dibawa kesuatu tempat menggunakan trak.Nasib mereka akan ditentukan nanti.
YOU ARE READING
IDENTITI : DUNIA BARU
FantasyKisah yang menceritakan pengembaraan sekumpulan lelaki yang bernama Reamongo, Izz , Ivan, Man dan Min untuk menyelesaikan konflik yang dicetuskan oleh kumpulan yang diketuai oleh orang yang bernama Lice. Terdapat pelbagai perkara,cabaran serta rinta...