BAB 21:PERAYAAN SELEPAS PERTARUNGAN YANG LAMA

5 1 5
                                    

Artemis sudahpun membawa orang-orang yang tercedera ke tempat yang lebih selamat."Haaa itu saja kot.Masa untuk pulang.…".Artemis Lenyap selepas menghabiskan tenaganya dan dia kembali ke Izz.

"Oi aku nak rehat sekejap."Kata Artemis.
"Eh ikut suka kaulah."Jawab Izz.

Mereka telah sampai ke tempat mereka semua bertahan.Rea dan Izz melihat Jess dan ike sedang melawan seekor saberwolf yang terakhir.

"huh huh macam mana ni."Kata Ike yang menjadi keletihan dengan pertarungan yang mereka sedang hadapi sekarang.

"Tak kita kena lawan jugak."

(Bam)

"Tak perlulah korang nak habiskan mana korang."Kata Izz yang memegang pistolnya.

Ike rebah.

"Hah...Saberwolf semua dah habis ke?"Tanya Ike.

Rea memandang ke arah langit dan kata."Yah sudah.".Ramai orang kampung bersorak atas kemenagan mereka keatas saberwolf.

Pasukan perawat datang ketempat mereka untuk mendapatkan rawatan.Unis menerima perawatan yang lebih khusus disebabkan oleh kecederaan dalaman yang serius,Izz perlu dirawat dibahagian belakang badannya disebabkan dirinya yang terlempar semasa mahu membantu Rea melawan ketua saberwolf dan Rea yang mempunyai beberapa luka dibadan dan di kakinya kerana dicakar oleh ketua saberwolf tersebut.

Pada waktu malam,mereka dijemput untuk ke festival meraikan kemenangan.Suasana disekeliling menjadi riuh dengan gelak tawa penduduk kampung yang gembira akan kemenangan mereka pada hari ini.

Mereka memasak daging-daging saberwolf yang dapat mereka bunuh."Wahhhhhhh daging, daging, daging!!!!!"Kata Izz.

Izz mengambil makanan yang tersedia dengan banyaknya.Rea yang berada disebelahnya melihat Izz dengan diam.

'haih kenapalah aku dapat kawan yang suka makan daging.'Keluh Rea.

"Hei rea"Panggil Rage.

Rea membuka matanya dan melihat suatu tempat yang luas dan seperti tak berpenghujung.Kemudian dia melihat orang yang hampir mirip dengan dia.

"Eh siapa kau."Tanya Rea yang masih lagi tidak tahu mengenai Rage.

"Akulah Rage,kau punya persona."Jawabnya.

"Ohh jadi kaulah Rage. Hei terima kasih sebab kau tolong lawan dengan ketua saberwolf."Kata Rea yang berterima kasih dengan Rage.

"Eh takde apa-apa lah."Kata Rage.

"Satu lagi kau ni pasal apa rupa kau sama macam aku kecuali rambut,warna rambut dengan mata kau lain."Tanya Rea.

"Haih aku kan personaliti kau cuma perangai aku ja yang lain tapi rupa sama."Jelas Rage.

Rea mengganguk tandanya dia memahami apa yang dikatakan oleh Rage."Oh satu lagi.Ini ialah koridor. Tempat persona-persona kau berada."Kata Rage.

"Oh jadi,persona aku akan duduk di sini lah ye."

"Yer."Jawab Rage.

"Habis macam mana aku nak keluar?"

"Mudah saja,kau boleh tembus mana-mana dinding yang ada dalam koridor ni untuk keluar."

"Macam tu eh? Lain macam ja cara nak keluar dari tempat ni."Katanya dengan nada yang hairan.

"Sebelum kau tersedar,boleh tak aku nak keluar?"

"Boleh tapi jangan buat benda bodoh." Nasihatnya.

"Rea? Takkan kau nak duduk kat situ je."Kata Izz.

"Apa?".

Izz baru sahaja melihat rage keluar."Oh kau Rage.Nak apa."Tanya Izz. Dengan sekelip mata Rage mengambil makanan yang dihidang lebih banyak daripada Izz.

"Heh kau ingat kau sorang je yang suka makan daging."Kata Rage yang meremehkan Izz.Dia yang terdengar terus berlumba untuk mengambil makanan.

Izz terasa tercabar dengan apa yang dikatakan oleh Rage.Mereka berdua berlumba untuk menyaksikan siapa yang boleh menghabiskan makanan itu terlebih dahulu.Banyak orang yang menonton pertandingan itu,termasuklah Ike.

"Hah...hah haa lama kita tak adakan pesta kan Jess."Kata Unis yang terlantar diatas katil.

"Memang."

IDENTITI : DUNIA BARUWhere stories live. Discover now