"Ivan.....Ivan".
"Ah!"Ivan terbangun di tengah-tengah kawasan hutan yang asing bagi dirinya.Dihadapannya terdapat seseorang yang memakai baju jubah dengan memakai topeng kepala gagak.
"Eh si...siapa kau!"Kata Ivan yang curiga tentang orang itu.
Orang itu diam sambil melihat kearah unggun api."Oh kau ni jenis diam eh."Kata Ivan.
Ivan bergerak dekat ke orang itu sambil melihat apa yang dia sedang lakukan.Apa yang dia nampak ialah dia sedang membuat ubat.Apabila dia duduk disebelah orang itu,ia memberikan botol yang berisikan cecair yang berwarna merah.Dia curiga tentang ubat yang diberikan lantas dia bertanyakan soalan kepadanya."Umm hei ni ubat apa?".
"...Penyembuh...".Kata orang itu.
"Ah baiklah."Kata Ivan yang terus membuka penutup botol itu dan terus meminum kandungan yang terdapat dalamnya.Kemudian luka-luka yang terdapat padanya telahpun sembuh secara cepat."Terima kasih sebab tolong buat ubat ni.Nama aku Ivan Er Boesk.Nama kau?"Tanya Ivan.
"Reimir Sor"
"Reimir Sor eh.Tapi apa-apa pun terima kasih sebab tolong aku."Kata Ivan.Ivan bergerak meninggalkan Reimir.Dia harus mencari jalan untuk mencari Rea,Izz,man dan min dan juga mencari jalan untuk keluar dari hutan itu.Sudahpun 30 minit dan Ivan tidak menjumpai tempat keluar.Dia sepatutnya bertanya kepada orang tadi bagaimana untuk keluar dari sini.Apabila dia hampir berputus asa, dia terjumpa dengan Reimir.Yang masih berada di tempat yang sama.
"Hei maaflah kalau menganggu tapi boleh tak kau tunjuk jalan keluar dari hutan ni."Tanya Ivan ke Reimir.Reimir menghulurkan sekeping peta tentang hutan ini."Terima kasih."
"Tunggu"Kata Reimir.
Reimir bangun dan bergerak menuju ke Ivan.Dia bersedia jika perlu bertarung."Apa?".
"Boleh aku ikut kau.".Reimir bertanya soalan yang agak aneh.Ivan pening antara dia ialah perompak ataupun sebaliknya"Aku tahu soalan yang agak aneh.Tapi sebab yang aku nak ikut kau sebab dekat hutan ni ada banyak raksasa yang kuat.Jadi aku tak bergerak kemana-mana."Jelas Reimer."oh macam tu ke.Jom"Kata Ivan yang mengajak Reimir.
Pada waktu yang sama,kumpulan Rea sedang melewati hutan Doforus.Mereka diberitahu bahawa ada satu sungai yang merupakan jalan pintas untuk sampai ke Kaeladia.Akan tetapi sungai itu dijaga oleh seekor troll.
"Eih lam...lambat lagi ke nak sampai ke sungai tu?"Tanya Izz yang mulai keletihan.
"Tak lambat lagi."Kata Ike.
"Boleh tak kita rehat sekejap."Kata Izz.
"Macam mana Ike?"Tanya Jess.
"Baik kita rehat dulu.Sebab hari pun dah malam."Kata Ike
"Ok aku buat unggun api"Kata Rea.
"Aku pergi cari barang dalam hutan."Kata Unis.Mereka semua berpecah dan pergi lakukan tugas mereka.Pada larut malam,Ivan dan Reimir membuat tempat rehat mereka di hutan Doforus dibahagian selatan.Ivan yang melihat gambarnya dengan Rea,Izz,Man dan Min sewaktu mereka baru menyelesaikan misi yang besar.Dia masih ingat tentang waktu dia berpindah ke kerajaan Laostana.
YOU ARE READING
IDENTITI : DUNIA BARU
FantasíaKisah yang menceritakan pengembaraan sekumpulan lelaki yang bernama Reamongo, Izz , Ivan, Man dan Min untuk menyelesaikan konflik yang dicetuskan oleh kumpulan yang diketuai oleh orang yang bernama Lice. Terdapat pelbagai perkara,cabaran serta rinta...