Setelah seharian menolong penduduk Belwal,malam berkunjung tiba.Rea terpaksa tidur sekatil dengan Asuka oleh dikeranakan tempat bagi Asuka berehat sudah tiada dan juga Rea perlu menjaga dia dari bahaya.Ballard dan yang lain melihat mereka berdua berkongsi katil di tempat masing-masing.
Disebabkan selalu dipandang orang lain Rea mendapat idea lantas meminta sedikit mana Yata dengan menggunakan suatu bekas yang dapat menyimpan mana.Dia memegang dan ada mana yang menembusi kaca bekas itu.Dia menembak dirinya.Tak lama kemudian dia terapung dan sampai ke siling."Weeyh ma... macam mana kau boleh terbang sampai ke siling?!".Tanya Jiboru.
"Itulah yang dipanggil anti-graviti."Kata Rea.
"Dahlah aku nak sambung tidur."Kata Dani.
"Same."Jawab Jiboru
"Ummm kejap mana Faro?"Tanya Rea
"Dia...pergi...berlatih."Jawab Yata dengan perlahan.Sepanjang malam Rea tidur di atas siling manakala Asuka tidur di katil milik Rea.
Keesokan harinya.Rea bangun dengan mukanya yang menghadap kearah lantai yang berlapik kayu.Melihat sekeliling, dialah yang bangun paling awal.Dia menembak dirinya sekali lagi mengunakan R-Tek untuk menghilangkan efek anti-graviti.
'Heiiii Asuka.Bangun.'Bisik Rea.
"Mmmmh"
'Haih.Tak sedar.'Kata Rea didalam hatinya.Rea keluar dari bilik dan melihat Sorana sedang berbincang dengan Gotamord.Dia tidak mahu menggangu perbualan tersebut,jadi dia pergi keluar untuk menghurup udara segar.Semasa mahu keluar dia terlanggar seseorang dan impaknya membuat,Rea terpelanting ke belakang.Apabila dilihat,ianya adalah pasukan enam orang."Selamat pagi,Ketua."Kata salah seorang daripada pasukan itu.
Gotamord menoleh kearah pintu masuk dan mengenali orang-orang itu."Ah unit pertama." Katanya.
'Huh unit pertama!?'kata Rea dengan perlahan.
"Kami datang dengan segera disebabkan bandar ini diserang oleh raja dari puak naga."Kata seorang wanita dari kumpulan itu.
"Itu disebabkan salah faham."
"Salah faham?"
"Ya.Anaknya kena culik dengan perompak.Seseorang daripada unit 3 jumpa dia dalam satu kem."
"Jadi ayah dia bawa balik?"
"Tak,ayahnya meminta orang yang menjumpai untuk menjadi pelindungnya dan menjadi kekasihnya.Tak begitu Rea?"Katanya dan selepas itu menoleh kearah Rea dengan riak wajah seperti menyindirnya.
'Uhk macam mana dia boleh tahu aku dekat sini.'Rea bangun dan melihat keenam-enam ahli pasukan itu melihat ke arahnya.Pada masa yang sama dia terlihat dua orang yang dia pernah jumpa."Eh Kabuso?! Koito?!"Kata Rea yang terkejut kedua-dua anak pakciknya berada disini.
'Eh kau baru perasan.'Kata Koito.
"Hmm jadi kau nilah Reamongo yang selalu disebut direktor Rosmonwolf."Kata orang yang memakai baju jaket hijau.
"Demon huh"Kata orang yang memakai penutup mulut.
"Eiiii jangan cakap macam tulah dia pun manusia jugak."Kata Wanita yang memakai sut perang.
"Eeeeehhh entahlah."Kata seorang perempuan yang memakai skarf.
'Kejap diorang kenal dengan pakcik?'
"Rea mungkin ayah tak sebut apa-apa tapi ni adalah guild dibawah Nightbane."Jelas Koito.
"Oh macam tu ke."Rea kemudian diperkenalkan dengan beberapa ahli kumpulan unit 1.Yang memakai jaket warna hijau ialah Foco Doraki adik kepada Kopol Doraki.Yang memakai penutup mulut ialah Edmund Dalco.Yang memakai sut perang yang berwarna putih ialah Ulyana Balabanova.Yang terakhir,ialah Asano Rin.
"Jadi saya telahpun memikirkan sesuatu."Kata Foco.
"Apa kata kalau salah seorang dari kami berlawan dengan Rea."
"Baik.Hmmm idea yang bagus."Kata Ulyana.
"Macam mana Rea."Tanya Gotamord.
"Ba…"Tidak sempat Rea mengatakan sesuatu pintu bilik kumpulannya tercabut akibat ditendang oleh Asuka.Dan apabila Rea melihat kearahnya,dia dapat melihat aura kematian keluar darinya."Rea...Bagi...Aku...Lawan!" Kata Asuka yang berada di koridor bilik Rea.
"Ah.…ya apa kata kalau kita…buat perlawanan dua lawan dua.Setuju."Kata Rea dengan berpeluh.
Mereka semua mengganguk dengan rasa takut."Baik~"Katanya dengan gembira.
Mereka semua berada di arena.Rea kali ini menggunakan sebilah katana biasa dan R-Tek yang masih mempunyai beberapa mana lagi.Manakala Asuka memegang pedang besar yang dibuat menggunakan sisiknya.Dan lawan Rea dan Asuka kali ini adalah,Foco dan Rin.
Foco menggunakan lembing dan Rin menggunakan crossbow yang bernama Cho Ko Nu.
"Asuka,ingat,Kau bukan sorang.""Baik."Jawab Asuka.
Kedua-dua pasukan sudahpun bersedia untuk bertarung."Baiklah.Mula".Kata Gotamord.Foco berlari dengan pantas ke Asuka.Dia tidak sempat untuk mengelak daripada serangan Foco.Jadi dia membuka perisai yang berada di pedangnya untuk mempertahankan diri.
"Erh.Sempat."Kata Asuka selepas menahan serangan itu.
Rea hanya melihat Asuka bertarung dengan Foco.Dia cuba untuk mengerakkan badannya akan tetapi gagal.Mereka yang melihat pun menjadi hairan."Hmmm? kenapa Reamongo hanya diam saja?"Tanya Ballard.
"Eh Ballard.Kau dah bangun."Kata Sorana
"Mahu tak bangun.Asuka tendang pintu sampai hancur."
"Oh satu lagi.Ballard pintu tu nanti Rea akan bayar."
"Yah yah."Jawabnya sambil melihat dengan lebih dekat perlawanan itu.
"Lagipun ini boleh dikatakan macam ujian untuk Asuka."
"Eh? Ketua nak tambah ahli guild."
"Lebih baik dari kurang."Katanya sambil membetulkan kaca matanya.Asuka membalas dengan menhayunkan pedangnya ke Foco akan tetapi,sejurus dia melihat semula Foco sudah hilang.Dia melihat sekeliling untuk mencari Foco akan tetapi gagal.
Rea melihatnya di belakang Asuka akan tetapi dia tidak boleh berkata sepatah apapun.'Ah tolonglah.Kenapa.'Dia tak boleh mengerakkan suatupun anggota tubuhnya.Dia mendapat suatu idea."Boost!"
Kasut Rea mengeluarkan api di bahagian bawahnya seperti ekzos dan kuasa tujahannya dapat mengerakkan dirinya untuk menghadang serangan Foco.
(Tang)
"Huh?"Kata Asuka yang kehairanan.Dia menoleh kebelakang dan melihat Rea menahan serangan Foco.Rea menjadi sedikit terhuyung-hayang.Dan akhirnya dia rebah.
"Rea!"Kata Asuka.
"Eh apa dah jadi?!"Tanya Ballard
"Novorus."
"Dia dah bergerak."Kata Koito yang kini sedar tentang situasi Reamongo ketika ini.
YOU ARE READING
IDENTITI : DUNIA BARU
FantasyKisah yang menceritakan pengembaraan sekumpulan lelaki yang bernama Reamongo, Izz , Ivan, Man dan Min untuk menyelesaikan konflik yang dicetuskan oleh kumpulan yang diketuai oleh orang yang bernama Lice. Terdapat pelbagai perkara,cabaran serta rinta...