"...........Uhhh..."
Rea tersedar di dalam wad dan dia pada waktu itu berada keseorangan.Rea mengaru kepalanya yang dibalut dengan kain.Dia menyedari sesuatu yang berada di tangannya.Apabila dilihat sekali lagi,dia terkejut melihat tangannya yang telah bercampur dengan benda yang tidak diketahui olehnya dan kelihatan seperti tangan raksasa.
Dia menjerit sehingga Foco yang berada diluar mendengar jeritannya.Dia masuk dan melihat Rea yang masih terkejut."Hei hei!? Kau dah kenapa?"
"Apa yang dah jadi dekat tangan aku?!"
"Oh pasal tu."
"Kau kena tanya Koito ataupun abang dia."
"Haaaah.Baik."
"Eh? Foco?"
"Ya.Ada apa?"
"apa yang dah jadi waktu aku tak sedarkan diri?"Foco menceritakan apa yang terjadi tentang Navorus.Reino mengunci Navorus tanpa ada suatupun masalah.Dia juga mengatakan bahawa Rea tidak sedarkan diri selama satu minggu.Pada waktu itu ramai orang yang telah dibantu olehnya datang menjenguk.Dan orang yang selalu menjumpanya adalah Reino,Jiboru,Asuka,Izz dan Ivan.Walaupun mereka berdua dari guild yang berbeza,mereka boleh pergi menjenguk Rea bila-bila masa menggunakan portal di guild Reckreos.
Yata masih lagi terkesan terhadap kematian Faro pergi ke kawasan kampungnya untuk menenangkan dirinya sementara waktu.Ike,Jess dan Unis tetap di istana kerana ramai yang terkorban dalam peperangan Navorus.
Rea bersandar ke bantal dan mendongak keatas.Melihat ke siling yang berwarna putih.Dia pusing kearah tingkap dan terkejut sekali lagi kerana dia melihat bahawa mereka berada diatas langit."Ummm Foco? Kita ni tengah terbang ke?"
"Ehhhh boleh cakaplah macam tu."
"Ni adalah pangkalan udara Nightbane dimensi Atter.Core Norm"
"Eh kita dekat dimensi lain?"
"Haah."
"Dimensi Ambrosianda adalah dimensi yang kau ada selama ni.Dan dimensi Atter adalah dimensi yang berada diatas awan."
"Nanti kau paham lah."
"Huh?"Foco meninggalkan Rea bersendirian kerana Rea masih lagi dalam keadaan yang tidak baik.
——————————————————
Pada waktu yang sama,Rosmonwolf sedang mengadakan mesyuarat dengan direktor-direktor yang lain.Mereka sedang membincangkan tentang Rea dan juga kelebihan barunya seperti burst,skywing,impact breaker dan weaponize.Ia skill yang Rea dapat menggunakan untuk membuat senjata mengunakan sel yang dinamakan sebagai Vilus.
Vilus adalah suatu sel yang dapat membuatkan Frontier Ark hidup.Dan disebabkan sel itu tersebar kerana Frontier Ark kepunyaan Rea hancur dan bergabung dengan tangannya.
"Jadi.Apa yang kita akan buat dengannya?"Kata direktor yang memakai helm.
"Kita boleh membunuhnya kalau dia jadi tak terkawal."Kata yang memakai baju kot.
"Hei boleh tak idea membunuh tu kita ketepikan dahulu."
"Baik,Sanfuramo?"
"Macam mana kalau kita masukan dia dalam guild kita yang berada di dimensi Ambrosianda.Lagipun dia salah ."Katanya.Rosmonwolf,direktur wanita yang memakai jubah, direktur lelaki yang memakai helmet, menyetujui idea tersebut.Yang memakai kot itu yang tidak bersetuju.
——————————————————
Pada waktu petang,Rea terbangun akibat dikejutkan oleh pakciknya."Huh? Kenapa pakcik?".Tanya Rea.Pakciknya tersenyum."Hari ni kau bernasib baik sebab kau akan jumpa dengan direktur yang lain."
"Hah?!"
"Haah.Diorang nak cakap dengan kau."
"Jadi pakai pakaian kamu.Dan pergi ke lif yang dekat dengan hujung koridor.Lepastu pilih tingkat paling atas."
"Baik~"Rea memakai jaketnya dan pergi menuju ke lif tersebut.Pada waktu berjalan ke lif,dia melihat ramai orang yang berada di kawasan sekitar.Kebanyakannya dia tidak kenal.Rea tidak terserempak dengan orang lain dan hanya pergi ke lif tersebut mereka tidakpun menyedari bahawa Rea sedang berada di situ..
Apabila lif itu sudah sampai,Rea masuk dan menekan tombol untuk ke tingkat paling atas.Sesampainya dia di tingkat yang ditujui,dia melihat bahawa dia berada di suatu bilik yang suatu meja yang besar yang ada bulatan di tengah-tengahnya.Dan ada direktur-direktur yang menunggunya.
"Selamat datang,Reamongo Rodla."Kata direktur wanita yang memakai jubah.
Rea duduk di atas kerusi tersebut dan dia telahpun bersedia untuk ditanyakan soalan.
"Baik.Jadi macam mana dengan luka-luka kamu.Dah sembuh?"
Rea menganguk.
"Baguslah kalau begitu."
"Nama saya Ourana Tarango,Ketua dari Moonpikes.Yang kecik ni Andria Holton,ketua dari Hellcry.Yang pakai helmet tu Firsea Deav, ketua Snowfall dan Yang tegas ni, Sanfuramo Von Doh ketua dari Forsakencry."
"Kau bernasib baik sebab kau tak jadi macam orang lain."Kata Andria.
"Huh?"
"Sebenarnya.Kalau orang-orang yang Frontier ark kepunyaannya telah hancur.Sel Vilus akan mencari tuannya kembali dan bergabung dengannya.Keputusan yang selalu terjadi dekat orang yang terjangkit dengan virus Vilus ialah badan perumah akan bertukar menjadi suatu makhluk yang kami gelarkan sebagai antesma."Terangnya lagi.Rea tidak terkejut akan mendengarnya kerana dia tidak memahami satu apapun."Untuk kau faham.Virus Vilus ni boleh membunuh kau,tapi tanpa disangka-sangka kau hidup dan tak bertukar menjadi salah seorang dari antesm."Kata Firsea.
Rea masih lagi tidak terkejut kerana dia pernah merasakan kematian."Jadi...boleh tak kalau terangkan tentang apa yang saya boleh buat dengannya?"
"Buat masa sekarang kau boleh guna untuk buat senjata menggunakan sel kau dan sel Vilus untuk membuat senjata seperti Frontier ark.Ianya adalah skill yang dinamakan Weaponise"
"Hmmm memang berguna."Selepas beberapa detik Rea sedang bercakap,dua orang tiba-tiba muncul di pintu masuk bilik tersebut. "Haaa.Baru nak muncul."Kata Rosmonwolf dengan nada yang marah.
"Heh bukannya dia nak tunjuk jalan."
"Oh jadi tu Rea."Rea menoleh kebelakang di mana kedua-dua orang itu berada."Haih.Lupa aku nak bagi tahu kau Rea.Tapi dah diorang datang.Memang nak kena bagitau jugakla."
"Seperti kau lihat ini Rage dan Agi,kau punya persona yang macam mana boleh terbentuk dalam dunia nyata pun kami tak boleh jawab."Kata Rosmonwolf.
"Heh lama tak jumpa."Kata Rage.
"Hi."
"Rage...dan Agi.? Kejap..Rage macam mana ada Agi boleh ada."
"Kau ingat lagi tak benda yang kau bagi kat aku tu."
"Haah."
"Lepas pertarungan kau dengan navorus.Tiba-tiba saja Agi terbentuk.Dan pada waktu tulah aku pun wujud.Dan aku nak minum kejap,"
"Ah ok."Rea memandang kearah Agi,persona perempuan."Jadi kau Agi eh."Tanya Rea.Dia menganguk."Kejap dia persona perempuan."
"Haah."
"Jadi kalau aku tukar dengan Agi aku jadi perempuan ke apa?"
"Tak.Kalau persona lelaki.Ia akan ambil alih satu badan.Kalau perempuan pulak,kau masih boleh kawal.Tapi persona kau akan tambah kebolehan yang kau tak boleh capai."
"Macam?"
"Agi atau nama panjangnya Agility akan tambah kelajuan biasa kau, serangan musuh kau boleh elak dengan cepat dan Agi ni lagi berguna kalau kau guna senapang."
"Hmm.""Ahem."Sanfuramo mencelah.Dia bangun dari tempat duduknya.Rea hanya melihat kearahnya."Rea.Tujuan kami minta kau datang ke sini untuk berbincang tentang meletakan kau,Rage dah Agi ke dalam guild Reckreos kembali walaupun Lice telahpun mati.
"Tapi kalau Jikalau benda yang dikatakan olehnya betul.Kau perlu bersedia."Kata Ourana.
Rea mempunyai satu kemusykilan."Kalau aku menolak jadi apa?".Sanfuramo hanya senyum."Kalau kau menolak.Kau akan jadi tikus makmal sebab kau terselamat dari jangkitan tu."
Dengan pantas dia memilih pilihan pertama kerana dia dapat bergerak dengan bebas dibandingkan dengan kedua.
"Bagus.Kau akan pergi lusa Jam 1000.Jadi siapakan diri kau dahulu."Kata Sanfuramo.Rea menganguk tanpa bantahan."Baiklah mulai dari sekarang ini nama panggilan kau adalah Survivor"Kata Firsea.
"Haih,Baik kalau tu yang paling baik..Aku setuju."
Mereka semua bersenang hati kerana dia tidak menolak daripada tawaran itu.Dan hidup Rea sebagai orang yang baharu sudahpun bermula.
TAMAT
YOU ARE READING
IDENTITI : DUNIA BARU
FantasyKisah yang menceritakan pengembaraan sekumpulan lelaki yang bernama Reamongo, Izz , Ivan, Man dan Min untuk menyelesaikan konflik yang dicetuskan oleh kumpulan yang diketuai oleh orang yang bernama Lice. Terdapat pelbagai perkara,cabaran serta rinta...