BAB 19:KEADAAN YANG SUKAR

8 2 14
                                    

"Artemis.Kau pergi tolong orang-orang yang tercedera dan bawa diorang ke tempat yang lebih selamat."Arah Izz
"Baik"Jawab Artemis.

Mereka berdua berpecah dan menuju ke destinasi mereka.

"Weh Unis kau boleh bertahan lagi ka?"Tanya Jess
"Boleh,Mana aku ada banyak lagi."Jawab Unis.

Jess dan Unis sedang berusaha untuk bertahan untuk menunggu Izz ataupun Ike sampai.Jess tidak tau bahawa mana Unis tinggal sedikit.

Jess menembak anak panahnya ke salah seekor saberwolf akan tetapi panahannya tidak mengenai."Alamak tu je aku punya anak panah."Kata Jess yang melihat ke tabung panahnya.

Jess pusing untuk melihat keadaan unis.Dan dia terkejut bila mendapati Unis pingsan kerana kehabisan mana.'Uhhhhhh matilah kita'.

Akan tetapi,keempat-empat saberwolf yang menyerang mereka terus rebah ke tanah.Jess memeriksa badan salah satu saberwolf itu untuk mengenal pasti kenapa mereka rebah.

"Oi tak payahlah kau nak periksa Jess.".Kata seseorang yang berada dibelakannya.

(Swook)

Jess mengambil pisaunya dan menikam orang yang berada di belakangnya.Akan tetapi,serangan itu dapat ditepis oleh orang itu."Ei kau ni pasal apa ha Jess."Kata Ike.

Jess menoleh kebelakang dan orang itu rupanya ialah Ike."Lah Ike.Kenapa kau duduk dekat belakang aku."

"Ehhh saja."
"Saja kau kata?! Kau boleh kena terbunuh kalau kau tak tepis kau tau tak!" Marah Jess.

"Haha haa..."Gelak Unis tapi dalam nada yang pelan kerana masih lemah.Ike melihat keadaan Unis."Eh Unis kau ok tak."Tanya Ike.

"Ahhh boleh lah ahk."
"Kejap aku nak ambik ubat."Kata Ike sambil mencari ubat dalam begnya.Dia terjumpa sesuatu yang dapat membantu Unis.

"Hei ni mungkin masa yang tak bagus tapi aku cuma ada ubat Mana buatan kau je."Kata Ike sambil menghulurkan ubat yang dia bawa.

Unis segera mengambil ubat yang dihulurkan oleh Ike dan segera meminumnya.Akan tetapi itu ialah salah satu tindakan yang dia akan menyesal."Blagh"Unis muntah pelangi selepas meminum ubat itu.

"Ah aku dah agak dah dia jadi macam ni."

(tang)
(tang)

Bunyi pedang rea yang sedang bertarung dengan ketua saberwolf.Ketua saberwolf mendapat peluang untuk menyerang menyebabkan kaki dan sebelah tangan Rea terluka.

Pada waktu yang sama Izz sedang lalu berhampiran dengan tempat itu."Wehhh Rea!"Dia melihat Rea yang semakin lemah.Izz segera menolong akan tetapi dia terkena serangan darinya.

Rea yang menggunakan pedangnya untuk berdiri melihat Izz yang di lempar ke dinding bangunan yang runtuh.Darah keluar dari badan Izz.

Dia tak sempat untuk berbuat apa-apa.Dia tidak sempat untuk menyelamatkan kawannya.Pada waktu itu Rea teringat waktu kematian ibubapanya.

Dia tidak boleh berbuat apa-apa.

'.....'
'Haih takkan kau nak mati macam tu?'
'Macam ni lah,bagi aku pinjam badan kau untuk lawan macam mana.Setuju?'
Rea menganguk.
'Bagus.'

Ketua saberwolf bersedia untuk menyerang Rea.Belum sempat untuk menerkam dirinya, ketua saberwolf tersebut ditolak oleh angin yang kuat. Rea bangun dari tempatnya.

Ia teragak-agak untuk menyerang rea."Heh tak mau serang...?".Izz pada waktu itu yang separuh sedar melihat perubahan Rea. Rambut dan mata rakannya itu tiba-tiba sahaja berubah dari warna ungu ke warna merah.Rea mengambil pedangnya yang terpacak diatas tanah dan maju secara perlahan-lahan menuju ke ketua saberwolf itu.

Ketua saberwolf itu mengambil keputusan untuk meluru kearah Rea.Dalam sekelip mata dia membelah ketua saberwolf tersebut dengan mudah. Dengan darah musuhnya membasahi wajahnya dia berkata,"Nama aku Rage! Kau ingat nama tu!"

IDENTITI : DUNIA BARUWhere stories live. Discover now