Rea terbangun didalam suatu tempat yang sangat berbeza dengan koridor.Dimana koridor Rea dapat keluar dan masuk sesuka hatinya.Manakala disini berlainan.Hanya kegelapan yang tak kunjung tiba.
"Haih inikah Alam kematian."Keluh Rea.
Dia hanya duduk di atas lantai yang berwarna hitam.Dia cuba untuk memanggil Rage...Akan tetapi dia tidak menjawab.Ianya sunyi.
"Kenapa?"
"Hmmm Kenapa?"Tanya seorang budak yang sedang memancing didalam kegelapan.
"Eh si...siapa kau."
"Heh orang muda."
"Hormat lah sedikit dengan orang yang lebih tua."Ujar budak itu.
"Orang yang tua? Budak,aku tak tahu macam mana kau ada dekat sini..."Rea melihat budak itu dengan betul-betul.Membawa joran buluh,katak atas kepala.."Moyang Rodla?!"
"Ah betul.Tapi kau tak payah panggil Moyang.Nampak tua."
"Uhhh kau memang dah tua."
"Dah berapa lama aku mati."
"400 tahun dah."
"Pfhssh.Apa,400 tahun!Kenapa aku duduk dalam ni macam 2 hari!"
"Tak tahulah."Rea yang bingung tentang tempat ini bertanya kepada moyangnya."Uhhh ni tempat apa Moyang?"
"Rodla!"
"Ah baik,Rodla."Dia menceritakan bahawasanya ini adalah koridor milik Rodla.Sesiapa yang koridornya tidak mempunyai apa-apa bermaksud dia telahpun meninggal dunia.Akan tetapi rohnya akan tinggal di koridor.
"Sebenarnya kau di sini ada sebab."
Apabila Rodla berkata sebegitu,Ia terus mengambil minat Rea."Sebab apa?".
"Kau perlu mengunci Navorus."
"Hah?! Biar betul.Rodla aku dah mati.M a t i. Moyang paham tak?"
"Yalah dan sebab itu aku akan tolong kau."
"Dengan?"
"Menghidupkan kau balik."
"Heh kalau pun hidup balik.Kekuatan aku ni bukan kuat macam moyang,sampai boleh kunci Navorus."
"Dan sebab itulah,bila kau hidup balik kau boleh guna sihir."Rea baru sahaja mendengar perkara yang agak pelik keluar dari mulut moyangnya itu."A...apa!"
"Sbenarnya ada satu benda dalam badan kau yang halang kau untuk belajar sihir."Jelasnya.
"Iaitu?"
"Skrol pengunci sihir."
"Skrol tu sebab kau waktu kecil kekuatan sihir kau telahpun mengejutkan semua orang kampung.Dan juga hampir membunuh orang.Dan Rike,ayah kau mengunci aliran mana kau.Dan juga kau ada tanduk soooo."Kata Rodla sambil menunjuk ke pada tanda yang berada ditangan kiri Rea."Oh macam tu."
Rodla membaca mantera yang akan membawa Rea kembali ke dunia asal."Rea pada waktu kau pulang.Aku nak kau janji.Kunci Navorus."
"Yah baik!"Kata Rea sambil membetulkan bahunya.
"Tapi kejap. Aku ada tan..." Belum sempat untuknya beranyakan sesuatu,dia sudahpun dibawa pergi dari koridor Rodla.------------------
Pada waktu yang sama,Sorana sedang menulis laporan tentang kematian Rea di bilik mayat."Rea mati disebabkan tikaman yang sangat dalam yang dibuat oleh Asuka."
"Haih kesian kau Rea."Kata Sorana yang sedikit terkilan dengan nasib Rea.
Dia menoleh kebelakang untuk mencari laci yang telahpun ditulis dengan R.Tangan Rea yang tadi hanya kaku tiba-tiba saja bergerak.Dia membuka matanya.
Matanya melihat keatas siling bumbung yang berwarna putih.Dia bangun dan melihat Sorana sedang menyimpan laporan tentang Rea."Ahhh aku dekat mana ni?"
Sorana terkejut.Dia menoleh kembali ke badan Rea yang tiba-tiba bercakap."Oh kau bangun.".Rea melihat kembali tangannya dan ya tanda yang berada di tangan kirinya telahpun lesap.
"Sorana! Apa yang dah jadi."
"Lepas Op Unranla berakhir dengan kematian kau.Sebenarnya Navorus telahpun dapat kuasa yang cukup untuk membentuk dirinya dan membuat tentera yang akan menakluk semua kerajaan.
"Jadi aku perlu sertai kan."
"Yah,disebabkan kau baru hidup balik dari mati kau boleh sertai.Tapi senjata kau hancur sebab Navorus menghancurkan semua.Kecuali pistol kau."Rea hanya mengeluh."Jadi aku tak boleh sertai misi.".Sorana hanya membaca laporan."Jadi semua dah pergi ke tempat pertarungan lah."Tanya Rea.
"Ya.Dah tiada yang boleh dijadikan sebagai pasukan bantuan."Kata Sorana.
Rea melihat kembali A.u.d nya yang mempunyai sedikit retakan.'Apa yang aku boleh buat sekarang.'Kata Rea dalam hati.
Dia meminta pakaiannya dan terus memakainya.Walaupun sekarang ia mempunyai dua kesan darah kering,dia tetap memakainya.Sewaktu dia menyarungkan jaketnya,matanya terlihat pada kelibat cahaya warna putih yang baru sahaja bergerak dihadapan pintu bilik mayat tersebut.
Disebabkan hanya Rea sahaja yang perasan akan perkara tersebut,dia memutuskan untuk tidak memberi tahu kepada Sorana tentang apa yang dia lihat lalu meminta izin untuk beredar dari bilik itu dan segera mengikuti cahaya tersebut.
Dia mengejar sampailah ke dalam biliknya.Dan apabila dia membuka pintu,Rea melihat jelmaan Rodla sedang duduk diatas katilnya."Hmmmm macam mana lepas hidup balik."Tanyanya.
"Macam mana?"
"Yalah,macam kau ada rasa sakit ke,rasa macam salah satu badan kau hilang ke ataupun rasa macam ada yang pelik jadi kat badan kau."
"Hmm.Lepas kau cakap macam tu, memang ada rasa yang lain.Rasa macam ada tenaga lain yang masuk."
"Jadi kau boleh guna sihir."
"Yang tu aku tak cuba lagi."
"Lagi satu.Aku lupa nak beritahu kau,yang kau dapat skill yang aku dulu guna.Burst,Skywing dan Impact Breaker."Rea mendengar apa yang telah dijelaskan oleh Rodla.Akan tetapi,satu pun dia tidak faham."Umm Rodla, tolong jelaskan pasal tiga skill tu boleh tak."
"Hehe,dengan berbesar hati."
"Burst adalah skill yang dapat meningkatkan kelajuan,kekuatan serangan dan juga meningkatkan kelajuan serangan.Sama macam kalau jadi rage,pertahanan kau akan dikurangkan.Variant ada tiga.Burst,Zeno Burst dan Burst Impact."
"Skywing adalah skill untuk panggil tunggangan kau."
"Dan Impact Breaker.Skill yang aku tak galakan kau guna.Sebab aku dulu guna sampai boleh hancurkan satu negara yang besar.Variant sama macam Burst.Burst Impact,Full Impact dan Impact Breaker."Rea sudah pun memahami kegunaan ketiga-tiga skill dan juga jenis-jenisnya."Jadi terima kasih."Kata Rea.Rodla hairan."Uhh kenapa."
"Yalah sebab kau tolong aku."
"Ehhh tapi ada bayaran."
"Tahu kunci Navorus kan."Rodla hanya mengangguk dan dia menjadi cahaya putih yang tadi Rea mengejar.
YOU ARE READING
IDENTITI : DUNIA BARU
FantasyKisah yang menceritakan pengembaraan sekumpulan lelaki yang bernama Reamongo, Izz , Ivan, Man dan Min untuk menyelesaikan konflik yang dicetuskan oleh kumpulan yang diketuai oleh orang yang bernama Lice. Terdapat pelbagai perkara,cabaran serta rinta...