BAB 25:PERTARUNGAN DUA KUMPULAN

2 1 8
                                    

Pagi sudahpun menjelma dan kumpulan Rea meneruskan perjalanan untuk pergi ke sungai itu.

Dalam perjalanan,mereka terserempak dengan sekumpulan lizardman.

"Eh tu kan lizardman."Kata Rea.
"Ya tapi lizardman ni lain sikit.."Kata Ike yang katanya dicelah dengan Rea.

"Hai".Kata Rea sambil mendekati kumpulan lizardman tersebut.
"Urghat? Rafore!"Katanya yang seperti dilihat mereka mahu menyerang mereka berlima
"Aku dah agak akan jadi macam ni"Kata Ike yang menepuk dahinya sendiri.

Tiga ekor lizardman meluru kearah mereka."Besedia!"Kata Izz.Semua sudahpun mengangkat senjata masing-masing.Tiba-tiba ada benda besar yang datang dengan laju di sebelah hutan di sebelah selatan.

Akhirnya benda itu berhenti akibat terlanggar pokok.Selepas dilihat dengan betul-betul ianya ialah babi hutan.Mereka semua tergamam apabila melihat kejadian itu.

"Haih mati jugak benda ni"Kata seseorang yang berada betul-betul di laluan khinzir itu bergolek. Rea dan Izz terkejut tentang siapakah yang menjadikan kejadian itu terjadi.

"Oi Rea!"Kata Ivan yang gembira dapat berjumpa dengan Rea.Akan tetapi para lizardmen mengambil kesempatan terhadap kejadian itu dan mula menyerang dahulu.Dan orang yang menjadi sasaran mereka adalah Jess.

Ike sempat untuk mematahkan serangan itu.Akan tetapi,dia yang tercedera disebabkan oleh serangan tu.

"Eh kenapa pulak tu"Kata Reimir.
"Entah tapi jom kita kena tolong."Kata Ivan dan mereka berdua bergegas untuk membantu.

"Raksa!"

"Semua elak"Kata Ike.

Salah seekor lizardman menyerbu dan menyerang pasukan Rea.Hanya Unis dan Izz tak terjadi apa-apa.Yang lain sudahpun tidak sedarkan diri.

"Izz!"Jerit Ivan.Dia mengeluarkan kapaknya dan menetak salah seekor daripada tiga ekor lizardman yang hendak menyerang Izz dari belakang.

"Ah terima kasih Ivan"
"Sama-sama"Jawabnya kembali.

Rea mencuba untuk bangun tetapi dia tidak mampu."Hei kau nak aku tolong ke"Tanya Rage.
"Tak aku boleh.".

Selepas beberapa kali dia tidak dapat melakukannya.Rea meminta pertolongan Rage.Dia tersenyum kerana meminta pertolongannya.

Ivan dan Izz dikelilingi oleh lizardman yang semakin banyak muncul."Hei."Ivan melihat kearah Izz yang memanggilnya tadi."Apa.".

"Dah berapa lama kita tak berlawan macam ni."
"Wei waktu ni pun nak tanya ke!?"Marah Ivan.
"Haih dah lama kenapa?"
"Saja."
"Saja?"
"SAJA!!!!!!"

(Click)

Izz cuba menembak menggunakan senapangnya akan tetapi dia kehabisan peluru."Yep kita akan mati."Kata Izz."Haaaaaa!?"

"Ko ada peluru tak"Tanya Izz
"Aku tak pakai senapang lah wei."

Reimir sedang merawat yang masih lagi tak sedarkan diri lagi.Dan Rea terus menyedarkan diri."Hmm dah sedar pun."Kata Reimir.Tidak sampai sesaat dari dia sedarkan diri,dia terus pergi bertarung.

"Hei kau tak habis rawat lagi."Jeritnya.
"Takpe aku boleh lagi."Kata Rea.

Dia mula menyerang satu per satu daripada lizardman yang datang dengan pantas.Ini disebabkan Rage membantu Rea untuk bergerak lebih laju,serangan lebih kuat dan dapat bertahan lebih lama jika terluka.

Dengan ini dia boleh berlawan dengan lebih baik.Akan tetapi ia mempunyai hadnya.Jika dia bertarung dengan lebih lama tanpa berehat Rage akan menguasai badan Rea.

Lizardman datang tanpa henti-henti.Izz,Ivan dan Rea menjadi semakin lelah sewaktu masa berlalu.Unis yang telahpun selesai dirawat,membantu Reimir untuk merawat luka Jess dan Ike.Jess sudahpun sedar tetapi tadi dia tercampak ke batu membuat belakangnya terluka dan tidak dapat bergerak sementara waktu.

IDENTITI : DUNIA BARUWhere stories live. Discover now