BAB 17:TEMBOK PERTAHANAN RUNTUH

7 1 4
                                    

Semua berpecah untuk mencari saberwolf yang masih berkeliaran.Rea menjumpai salah seekor dan terus meluru ke saberwolf yang sedang menerkam salah seorang penduduk.

Akan tetapi,saberwolf tersebut perasan dengan kehadiran Rea.Ia sempat mengelak dari serangan tersebut.Ia cuba untuk memanggil rakannya yang lain akan tetapi tiada sesiapa menjawab.

"Heh kau nak panggil kawan kau yang lain?.Jangan mimpilah".Ia melompat tinggi ke atas untuk menerkam Rea.Apabila ia sampai hampir dengan Rea,Dia menyepak lalu menetak kepalanya dengan kuat sehingga saberwolf itu rebah ke tanah.

Rea yang melihat bangkai mayat saberwolf.Kemudian dia pusing kearah penduduk itu."Hei kau ok tak".Tanyanya.

"Saya tak apa-apa."Jawabnya kembali.

"Kalau tak apa-apa cepat cari tempat yang selamat."

"Baik".Kata penduduk tersebut.

Orang itu dengan segera beredar pergi dari tempat tersebut.

'Hei Rea'.

'Eh siapa yang cakap tu?!'

'Akulah,Unis'.Jawab suara tersebut.

'Ah kenapa?'.Tanya rea.

'Aku dengan Jess dah jumpa kelompok besar saberwolf.'

'Ok sekejap lagi aku datang'.Jawab Rea.

(Srrrrakkkkk)

Rea terkejut apa bila terdengar bunyi itu.Bunyi yang kuat itu datang dari depannya."Alamak~~". Sepasang mata yang bersinar dapat dilihat melalui debu yang sedang bertebangan di sekelilingnya.

Ike telahpun mengalahkan beberapa ekor saberwolf yang dia terserempak.Dia sedang menuju ke arah tempat yang dinyatakan oleh Unis.Pada waktu yang sama,Izz berada di dinding pertahanan untuk memeriksa tempat yang dapat saberwolf menyelinap masuk.

"Ah...Lubang ni....macam ada orang buat."Kata Izz.Dia segera mengeluarkan A.U.D kepunyaannya untuk menghubungi Rea.

Akan tetapi,panggliannya tidak dijawab oleh Rea."Haihhhh mana Rea ni!".Pada waktu itu,Izz terlihat Unis dan Jess sedang bertarung dengan kelompok besar saberwolf.'Baik aku tolong diorang.Mungkin Rea ada dekat situ."

Izz mula bergerak menuju ke tempat mereka berdua bertarung.Kebanyakan saberwolf telahpun dibunuh oleh sebahagian penduduk kampung.

'Baguslah banyak saberwolf dah ma....'

(Ktang)

Tembok pertahanan yang Izz baru sahaja periksa telah hancur oleh saberwolf yang berada diluar.Sebahagian penduduk terluka akibat terjatuh dari tempat mereka memanah.

Izz mempunyai dua pilihan antara pergi ke Unis dan Jess atau pergi menolong penduduk yang terluka.

"......."

Izz tidak dapat berfikir kerana keadaan menjadi lebih huru-hara.'haihh aku nak buat macam mana ni Jess dengan Ike mungkin nak pertolongan aku.Tapi pasukan pemanah dalam keadaan bahaya.".Fikir Izz.

'Umm Izz aku kan ada?'.Kata Artemis.
'Haih tapi aku tak tau nak seru kau macam mana.'
'Haih.Kenapalah aku kena partner dengan penyeru ni.'.Keluh Artemis.
'Apa yang kau kata.'
'Ah takda apa-apa.Cara kau nak seru aku ialah kau jerit nama aku.'Jelas Artemis
'Aaaahhh macam ni ke?'

"Artemis!"Laung Izz

Sebaik sahaja di melaung nama Artemis,dia melihat bahawa tanah yang dia jejaki bertukar menjadi summoning circle dan dihadapannya juga terjadi benda yang sama.

Kemudian Artemis muncul di hadapan Izz.Akan tetapi bukan dalam bentuk roh akan tetapi dalam bentuk manusia."So....Kau nak suruh aku buat apa."Tanya Artemis.

Izz tergamam tentang apa yang dia boleh buat.Selama ini dia hanya salah satu dari puak gunnala yang tak ada roh yang boleh di panggil. Sebab itu dia hanya bergantung kepada abangnya,Nao.

IDENTITI : DUNIA BARUWhere stories live. Discover now