BAB 9.5:SEBAB

4 2 0
                                    

Rea duduk diatas kerusi yang berada dihadapan pakciknya manakala Min sedang tidur di atas lantai bilik itu. "Hmm? Rea. Kamu tak mahu bawa rakan kamu tu tidur di tempat yang lagi selesa?" Tanya Wolf tentang keadaan Min.Rea hanya ketawa kecil. "Dia tu memang macam tu pakcik.Kalau letih sahaja dia boleh saja tidur di mana-mana. Dalam sungai pun boleh."

Wolf hanya ketawa selepas memahami tabiat rakan anak abangnya. "Pakcik?". Dia mengangkat keningnya ke atas. "Apa yang sebenarnya yang terjadi. Siapa yang sedang menyerang Laostana. Siapa Lice? Dan apa pakcik sedang buat selepas pakcik menghilang untuk beberapa tahun?"

Wolf mengerutkan dahinya."Lice? Macamana kamu tahu nama orang tu.".

Rea menceritakan dari awal kejadian."Jadi. Kapten kamu, bersekonkol dengan Lice untuk menyerang kem pasukan peninjau?" Rea menganggukan kepalanya sedikit.

"Sejarah pakcik dengan Lice ni memang dah lama.Sebelum kamu lahir lagi.".Rea terkejut mendengar apa yang dikatakan olehnya. "Jadi pakcik kenal Lice?"

"Dia merupakan ketua dari satu organisasi yang hanya mempunyai satu tujuan.Untuk memporak-porandakan seluruh dimensi ini dan dimensi yang lain." Rea menjadi bingung dengan apa yang dikatakan oleh pakciknya."Apa maksud pakcik dengan dimensi lain? Ada dimensi yang lain daripada dimensi ni?"

"Ya dimensi yang kita berada sekarang merupakan salah satu daripada jutaan dimensi yang tak diketahui dan asing. Ada yang berbahaya dan ada yang mistik. Tetapi satu sahaja yang pasti,kalau Lice dapat menjadikan huru-hara di dalam dimensi ini,maka dia akan menghuru-harakan dimensi yang lain."

Rea melihat wajah pakciknya yang mengerutkan dahinya. Dia dapat merasakan yang pakciknya sedang menghadapi tanggungan yang sangat berat.

"Jadi serangan terhadap Laostana ni disebabkan oleh..."
"Lice."Sambung pakciknya.

Rea melihat tangannya.Dia berasa ragu-ragu terhadap masa depan. Adakah akan wujudnya satu musuh yang dia tidak dapat menang?

"Bercakap tentang soalan kamu yang terakhir, pakcik mengkaji tentang sistem portal yang dapat dijadikan sebagai pintu gerbang untuk menghubungkan dimensi lain dan dimensi ini. Dan..."

"Dan?" Rea menjadi hairan dengan pakciknya."Pakcik jumpa satu perkara yang membuatkan pakcik sendiri pun terkejut."

Rea menjadi berminat untuk mendengar apa yang ditemui oleh pakciknya itu. "Pakcik bagi tahulah."

"Pakcik...Dah tahu apa yang dah jadi dengan adik kamu.Reino Rodla.". Wajah Rea menjadi tak terkata-kata.Tanpa di sangka-sangka,adiknya juga masih lagi hidup.

"Pakcik ada menghubunginya dan dia mengatakan yang dia rindu dengan kamu.Ada banyak perkara yang dia mahu sampaikan kepada kamu,Rea."

Setitis air mata keluar dari matanya.Tak sangka bahawa selama ini adiknya masih mengingati dirinya."Hei.Rea! Kamu menangis ke."Tanya pakciknya. Rea hanya terdiam lalu memandang ke bawah.Pakciknya ingin menenangkan dirinya tetapi dirinya menghalang.Adakah lebih bagus jika membiarkan Rea dibiarkan sebegitu.

IDENTITI : DUNIA BARUWhere stories live. Discover now