PROLOG

9.4K 264 3
                                    

Haluu... versi wattpad adalah versi yang tak di edit dan tak di revamp. Jadi, cerita agak laju dan ada beberapa scene yang mungkin tak logik? Entah apa-apa atau apa-apa sahaja mengikut pandangan masing-masing. Karya ini tidaklah sempurna, tapi semoga ada pengajaran yang boleh di ambil. Yang tak baik jauhi.

Dan kalau ada rezeki, Insya Allah kita akan berjumpa.

Aku bentangkan buat kamu, hikayat seorang gadis... terimalah.




"PERGI! Tolonglah.... pergi. Jangan ganggu aku lagi!" Dia mengongoi ketakutan. Setapak demi setapak dia mengundur ke belakang sehingga belakang badan bertemu dinding.

"Pergi! Pergi! Kau dah mati!" Makin dia menjerit, wanita berjubah putih makin berganjak setapak mendekatinya. Mukanya tak beriak. Kosong. Pandangan matanya penuh kesayuan.

" Anak aku..." rintih wanita berjubah putih sayu.

" Anak aku...." ulang wanita berjubah putih sekali lagi.

" Kau dah mati! Pergi! Pergi!" Kepala digeleng - geleng. Dia tarik rambut sekuat hati. Tak cukup dengan itu dia mula menghantuk kepala ke dinding beberapa kali.

" Kau memang patut mati! Pukul lagi kepala kau!" bisik wanita berjubah putih.

" Lagi!"

"Kuat lagi!"

"Lagi!"

Darah mula mengalir. Setitik, setitik cecair merah itu mula menyentuh lantai.

" Kenapa berhenti? Hantuk lagi kepala kau!"

" Hantuk lagi!" Muka wanita berjubah putih berubah bengis. Suaranya juga berubah kasar dan nyaring. Tidak lagi sayu seperti tadi.

" Mati!"

" Mati!"

" Mati!"

" Kau patut mati!"

" A.....anak aku. Anak aku. Aku nak jumpa anak aku."

Wanita berjubah putih jatuh melurut. Kepala tunduk merenung lantai putih yang sudah bertukar merah. Esak tangisannya begitu sayu dan mendayu-dayu.

Tok!

Tok!

Tok!

Bunyi pintu diketuk bertalu-talu dibiarkan saja. Hari ini, dia nekad untuk tamatkan riwayat hidupnya. Dia sudah tidak tahan lagi terus dihantui dengan insan yang sudah lama mati. Lima tahun sudah berlalu, dan lima tahun jugalah wanita berjubah putih itu selalu menghantui hidupnya. Cuma sebelum ini hanya dalam mimpi. Hari ini, pertama kali wanita itu muncul betul-betul di depannya.

Dia tahu wanita itu tekad untuk mengambil nyawanya.

Tok!

Tok!

Pintu diketuk lagi

" Abang cepat ambilkan kunci pendua."

" Bangun! Pergi ke luar balkoni, dan terjun," arah wanita berjubah putih.

Bagaikan dipukau, dia cuma ikut sahaja arahan wanita berjubah putih itu.

Perlahan-lahan dia menapak ke arah balkoni bilik. Rambutnya kusut masai bercampur dengan darah pekat yang melekat pada rambut.

" Allahu Akhbar!"

Bergegas wanita separuh abad itu berlari mendapatkan anak gadisnya yang sedang berdiri di luar balkoni.

" Kenapa anak ibu jadi macam ni?"

Luluh hati tuanya melihat anak yang ditatang dengan minyak yang penuh jadi begini.

Bola mata terangkat ke atas, merenung almari. " Dia..." jari ditunding ke arah almari koko bersebelahan katil.

Bola mata wanita tua itu turut bergerak memandang almari.

" Tak ada sesiapa pun dekat sini. Apa yang jadi?" tanya wanita tua itu bersama linangan air mata.

" Dia nak aku mati!"

Sejurus itu, dia menolak kuat pelukan wanita tua itu, dan...

Jeritan kedua-dua manusia dalam bilik itu bergema. Badan wanita tua menggeletar hebat. Kedua beranak itu tergamam. Semuanya berlaku terlalu pantas.

"Allahuakbar"

TAKDIR YANG TAK DIPINTA || COMPLETED✅Where stories live. Discover now