BAB 6

4.1K 199 1
                                    

Sebulan kemudian ....

        RASH masih setia menunggu Esha di sisi sejak dia sedar dari koma sebulan lepas. Luluh hatinya bila melihat jasad Esha yang masih terbaring kaku atas katil. Masih Rash ingat saat pertama kali dia membuka mata, cuma ayahnya seorang yang setia menemaninya di sisi.  Ibunya langsung tidak datang melawat.

        Ayahnya bersungguh - sungguh menangis meminta maaf atas segala kesalahan yang telah dilakukan. Rash bersyukur, doanya akhirnya dimakbulkan. Keluargnya yang lain ? Tidak pernah datang melawat sama sekali. Selepas kejadian yang lalu, keluarganya yang lain terus buang Rash dari keluarga, termasuk ibunya hanya kerana dia memilih untuk terus berada di samping Esha buat selamanya. Cuma, ayahnya seorang saja yang masih setia di sini.

       Tubir mata terasa hangat kembali mengenangkan semua yang berlaku dalam hidupnya. Kenapa dia diuji sebegini ? Dosa apa yang sudah dia lakukan sehingga takdir terus mempermainkan dirinya ? Tipulah kalau Rash tak sedih.

     Sedih. Sedih sangat rasanya bila dibuang keluarga sendiri. Tapi, Rash tak boleh lemah. Dia harus kuat demi orang yang dia sayang.

       " Esha, sayang .... " Rash elus tangan Esha yang masih berlapik dengan selimut. " Cepat sedar ye Esha. Jangan tidur lama sangat. Rash rindu Esha. To .... tolong bangun cepat, Esha . " Pipi mula terasa hangat.

  " Esha....  Rash tahu Esha dengar suara Rash. Mereka semua dah buang kita, Esha. Dia orang pun dah buang Rash juga, sebab Rash pilih Esha. Esha bangunlah." Badan Esha digoncang kuat sehingga bergegar jugaklah katil. " Sampai bila Esha nak tidur ? Bangunlah. Walau apa pun yang jadi, Rash tetap akan ada di sisi Esha. Jadi .... tolonglah bangun sekarang."  Rash tunduk dan menangis teresak-esak. Tubir matanya tidak pernah berhenti mengalir saat matanya kembali melihat dunia ini.

      " Rash ..... " panggil paksu.

" Pergilah rehat dulu. Rash belum makan kan ? " pujuk paksu lembut. Bahu Rash dia sentuh. " Nanti kalau Rash sakit lagi macam mana ? Pergilah rehat dulu. Papa tengokkan Esha. "

    " Rash tak lapar pa. Rash nak teman Esha.  Esha perlukan Rash. Papa rasa Rash ada selera ke nak makan dengan keadaan Esha yang masih koma macam ni ? Sepatutnya Rash yang ada atas katil ni papa. Ini semua salah Rash. Kalaulah Rash datang terus masa doktor call dulu, mesti Esha tak akan koma kan, pa ? " Rash yang air mata masih berjurai tetap salahkan diri sendiri.

          " Rash pandang mata papa," arah paksu.

   Paksu merenung Rash dengan simpati. " Ini semua bukan salah Rash. Ini semua suratan takdir, Rash. Bukan salah Rash, bukan salah papa, atau bukan salah sesiapa. Jadi, tolong berhenti salahkan diri Rash lagi. Kita sepatutnya doa banyak-banyak supaya Esha cepat sedar." Makin teresak-esak pula Rash menangis. Paksu tarik Rash dan dia peluk erat satu-satunya anak yang dia ada. Kepala rash diusap perlahan. Belakang badan Rash dia tepuk.

     " Papa ada dengan Rash. Kali ni Rash tak keseorangan lagi. Rash, papa, dan Esha, kita semua akan hidup bersama. Esha sedar dari koma nanti kita pindah. Kita keluar dari rumah tu ye, sayang ?"

     Paksu cuba tenangkan Rash.

" Dah jangan nangis lagi. Anak jantan kena kuat. Tak macho la anak papa menangis macam ni." hidung Rash dicuit manja.

" Thank you, pa. I love you, " ucap Rash ikhlas. Tangan mereka bertaut.

" I love you too, anakku. Papa nak balik dulu sekajap. Nanti papa datang balik. Rash jangan lupa makan. " Sempat paksu tinggalkan pesan sebelum dia balik.

     Rash senyum kemudian angguk. " Ok, pa. "

    Sepuluh minit kemudian, tiba-tiba bunyi ventilator agak nyaring. Rash mula gelabah. Cepat-cepat dia berlari keluar panggil doktor.

      Muncul seorang doktor dalam lingkungan umur 50 - an bersama dua orang nurse perempuan mula periksa keadaan Esha.

" Pergi ambil defibrillator cepat ! " arah doktor. " Pesakit masih krtikal. Cepat pergi ambil defibrillator! Tercegat apa lagi dekat situ ?! "

      " Baik, doktor. " Mencicit nurse perempuan itu keluar dapatkan defibrillator.

" Apa yang jadi doktor ? "

" Rash, awak tunggu dekat luar. "

" Ke tepi cik Rash, " arah nurse perempuan tadi sambil menolak defibrillator.

" 50 joules charge"

  Esha masih kaku

" 100 joules charge"

       Suasana dalam bilik hospital makin huru-hara.

" Doktor tolong selamatkan Esha. Saya merayu .... "  Rash goncang tangan doktor.

" Rash, tolong tunggu dekat luar! "

      " 100 joules again "

Nurse perempuan yang bernama Maya pandang doktor minta kepastian

   " 100 joules! termenung apa lagi ?"

Maya angguk

" 120 joules charge"

    Tiada sebarang tindak balas dari Esha. Kaku. Seperti tidak bernyawa.

" Oxygen Maya ? "

" It's dropping from 100 "

        " 200 joules charge "

Maya pandang doktor

    " 200 joules Maya ! "

" Doktor, it's dropping  to 80 "

tut ..... tutt.... tut....

    Bunyi dari mesin ventilator. Semua mata-mata manusia di situ pandang ke arah mesin ventilator.

" Tak, tak, tak mungkin " Rash menerpa ke arah doktor.  Dia menjerit seperti kerasukan. Dua orang nurse cuba tenangkan Rash. Namun tidak berjaya. Rash makin agresif, cuba menyerang doktor sehingga mereka terpaksa suntik obat penenang pada Rash.

       Perlahan - lahan tubuh Rash makin lemah. Matanya juga terasa berat. Makin lama makin gelap. Gelap, dan gelap sehingga dia tidak nampak sejalur cahaya lagi.

     " Doktor ...... " panggil Maya.

Jari ditunding ke arah mesin ventilator.

     " Pesakit dah tak ada, doktor, " jawab Maya dengan suara tersedu - sedan menahan diri daripada menangis.

" Dok... doktor tengok tu. Angka pada ventilator menunjukkan pesakit dah tak ada, doktor. " Bagitahu Maya sekali lagi.

       Maya jatuh terduduk. Ini hari pertama dia masuk bertugas sebagai seorang nurse. Dan, kali pertama dia handle pesakit yang koma.

    " Kita semua dah buat yang terbaik, Maya. Inilah dunia yang Maya kena hadap mulai dari sekarang. Di sini, Maya akan menyaksikan banyak kematian dari kebahagian. Ini dunia yang Maya harus tempuhi. " Bahu Maya ditepuk lembut.

    Kaki ditarik rapat ke dada. Muka Maya sembam di celah lutut. Dia nangis sungguh-sungguh. Dia teringat peristiwa lima tahun lepas. Hari di mana kedua ibu bapanya meninggal dunia di hadapan matanya. Kehilangan itu buat dia trauma. Disebabkan itu juga dia masuk medical school. Dia mahu selamatkan nyawa orang lain.

    " Maya ..... " panggil doktor. " Pergi rehat. "

      Kaki terasa tidak kuat untuk berdiri. Lutut terasa lembik, tapi dia gagahkan juga. Dengan langkah yang longlai Maya jalan perlahan - lahan. Dia berhenti sejenak di katil Rash. Nama pesakit yang tertera di hujung katil dia baca.

    " Arash Zuhairi. Maafkan kami. "

TAKDIR YANG TAK DIPINTA || COMPLETED✅Where stories live. Discover now