BONUS 1

1.3K 55 0
                                    

POV LUQMAN

LUQMAN meletakkan dagu di atas meja. Masih terngiang-ngiang di kepalanya pergaduhan di antara mommy dan abahnya tadi. Tangan dibiarkan terkulai menyentuh lantai.

Tadi dia terbangun apabila telinganya menangkap bunyi bising. Cepat-cepat dia bangun dan menuju ke bilik abah. Tapi... langkah kakinya terhenti saat dia mendengar abahnya berkata, "lepaskan Esha, Dee. Dia ada keluarga yang sedang menunggunya."

Firasatnya tak pernah salah. Luqman tahu Dee itu memang ibunya sejak kali pertama mereka bertentang mata di pusat beli belah hari itu. Perempuan yang berbaju kurung itu ibunya. Luqman meraup kasar mukanya. Butir-butir mutiara jatuh di pipinya. Kenapa dia diuji sebegini? Dia merana semasa ibunya tiada. Tapi... sebenarnya ibunya masih hidup.

"Kenapa ibu? Kenapa? Kenapa ibu seksa Luqman macam ni? Apa dosa Luqman pada ibu?" Luqman terus mempersoalkan dirinya. Sepanjang 10 tahun hidupnya terseksa. Dia jatuh tersungkur. Dia meraung. Dia terpaksa melepaskam zaman kanak-kanaknya. Tapi... ibu dan abahnya tak tahu betapa dalamnya kesakitan yang dia tanggung. Hati Luqman sakit. Rasa seperti ditikan belati berkali-kali sampai lunyai. Orang yang sama memberi senyuman padanya dahulu, kini telah memberi racun yang paling memedihkan buat dirinya.

Luqman kecewa. Sekeping kertas yang berada di dalam laci Luqman tarik. Pen di dalam kotak pensil dikeluarkan. Jemarinya mula menari-nari di atas kertas putih itu. Luqman mahu tinggalkan rumah ini. Hatinya terlalu terluka. Dia mahu pergi dari sini untuk mengubati luka di hatinya. Luka itu terlalu dalam sehingga tiada seorang pun yang mampu untuk mengubatinya, termasuk Fatimah.

"Maafkan Luqman, semua. Izinkan Luqman pergi. Luqman akan pulang bila tiba waktunya."

"Selamat tinggal!






HARI BERGANTI HARI. Minggu berganti minggu. Bulan berganti bulan. Tahun berganti tahun. Sejak malam itu, Luqman masih belum pulang ke rumah. Sudah lima tahun dia membawa kedukaan di hatinya.

Luqman tidak mahu diganggu. Semasa Luqman bersekolah di Mrsm, dia hanya akan pulang ke rumah sebulan sekali. Itu pun kadang-kadang dia pulang, tapi dia lepak dekat luar dengan kawan-kawanya. Dia mengelak dari bersemuka dengan ibu dan abahnya. Kalau ikutkan hatinya, dia tidak mahu pulang terus. Tapi memikirkan dia masih menghormati kedua orang tuanya, dia masih pulang sekadar tunjuk muka.

Masuk usia 18 tahun, Luqman sambung belajar di Terengganu. Dari balik sebulan sekali, kini bertukar setahun sekali. Tahun ini, Luqman sudah berusia 20 tahun. Begitulah kehidupan Luqman selama beberapa tahun ini.

Sementara di rumah, Fayra buka pintu masuk seluas alam. Dari tadi lagi dia duduk dekat depan pintu menunggu kepulangan Luqman. Sudah lama dia tak berjumpa abang kesayangannya. Dari jauh sebuah kereta Honda bewarna putih mula kelihatan.

"Abang! Abang!" Fayra melompat riang sambil bertepuk tangan. Luqman keluar dari kereta. Dia tersenyum melihat Fayra. Rasa terpujuk hati setiap kali dia melihat kecomelam Fayra.

"Abang!" Fayra meloncat kecil.

"Fayra!" Luqman berlari anak sambil mendepa tangan. Fayra berlari masuk dalam pelukan Luqman. "Rindu abang?" Luqman mengomol pipi Fayra.

"Rindu!" jawab Fayra. "Rindu sangat-sangat. Kenapa abang baru balik?"

Mengekek Fayra ketawa digomol Luqman. "Ni dah mandi belum ni?" tanya Luqman. Fayra dia pimpin masuk dalam rumah.

"Dah! Fayra dah wangi ok. Kakak Fatimah je belum mandi. Busuk macam kambing," kutuk Fayra perlahan.Perlahan dia tu satu taman boleh dengar. Fatimah mencerlung ke arah Fayra.

TAKDIR YANG TAK DIPINTA || COMPLETED✅Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang