POV FAYRA, FATIMAH & LUQMAN
KERUSI ditarik, lalu Luqman melabuh punggungnya di situ. Fayra menarik hujung baju Luqman. “Nak apa ni? Nak duduk dengan abang?” soal Luqman.
Fayra mengangguk kepala. Fayra, Luqman angkat duduk di atasnya.
“Rindu abang suapkan Fayra. Dah lama abang tak suapkan Fayra, kan? Ni kenapa menangis ni?” Tangan Fayra naik menyapu sisa air mata Luqman. “Tak hensemlah abang menangis. Buruk.”
Luqman ketawa halus. Nasi dia cedok ke dalam pinggan. Kemudian dia cedok kuah tomyam pula. “Buka mulut," arah Luqman. Bersedia mahu menyuap nasi ke dalam mulut Fayra.
“Fayra tak nak pokok tu. Tak sedap.” Fayra menolak tangan Luqman. Dia memang tak suka makan bunga kobis. Satu-satunya sayur yang dia makan hanyalah brokoli.
“Pokok?” Dahi Luqman berkerut. “Owh… ni bukan pokok, Fayra. Ni namanya bunga kubis.” Luqman letak bunga kobis di tepi pinggan. “Abang dah asingkan bunga kubis tu. Makan cepat.” Luqman sumbat nasi ke dalam mulut Fayra. Fayra kunyah. Tiba-tiba mukanya berubah dan dia muntahkan semula nasi.
“Fayra, kenapa ni? Tak baik muntahkan makanan macam ni,” tegur Luqman lembut.
“Ada carrot. Fayra tak makan carrot. Fayra tak suka makan carrot macam arnab.”
Luqman menggeleng kepala. “Tak bolehlah macam ni. Tak elok memilih makanan. Cuba Fayra tengok budak-budak dekat Palestine tu. Dia orang tak ada makanan pun. Kelaparan. Fayra ni, memilih nak makan itu, nak makan ini,” tegur Luqman lembut seraya mengelap mulut Fayra. “Kita kena sentiasa bersyukur tau selalu dapat makan.”
“Sorry…” Fayra mencebik.“Cerewetlah Fayra. Makan memilih. Sudahlah nak bersuap bagai. Euwww,” kutuk Fatimah selamba. Pantang berjumpa mesti bergaduh.
Fayra jeling Fatimah. “Kakak cemburulah tu boyfriend Fayra tak layan kakak macam ni.” Fayra merangkul leher Luqman. Luqman ketawa halus. Dia melirik ke arah Fatimah.
Fatimah memuncungkan mulut. “Kakak tak cerewet macam Fayra. Fayra tu anak manja.” Fatimah jelir lidah.
“Fayra… makan,” tegur Rash.
Fayra menjuih. “Ok, abah.”
“Abang… ada girlfriend?” soal Fayra tiba-tiba. Mulutnya mengunyah nasi. Dia tenung Luqman. Dia suka tengok wajah Luqman. Dia rasa tenang. “Abang ni comellah.” Fayra tersenyum sehingga menampakkan barisan gigi.
“Tak ada.” Luqman suap nasi ke dalam mulut Fayra lagi.
“Kenapa tak ada?” Nasi dikunyah. Anak matanya masih merenung wajah kacak abangnya.
“Sebab abang tak berminat.”
“Kenapa abang tak berminat? Abang tak suka perempuan ke?”
Tersembur nasi Fatimah dengar soalan Fayra. Apa yang budak kecil ni mengarut? Cepat-cepat Fatimah meneguk air. Perit rasa tengkuknya.
Luqman jentik perlahan dahi Fayra. “Abang normalah. Abang suka perempuan.”“Habis tu? Kenapa abang tak ada girlfriend?” Eee... budak ni. Banyak soalan betul. Menyibuk saja urusan orang dewasa. “Buat apa abang nak ada girlfriend kalau Fayra seorang pun dah peningkan kepala abang. Layan Fayra seorang pun dah macam abang layan sepuluh orang tau.”
Fayra mengangguk kepala berkali-kali. “Betul-betul. Bijak abang. Abang tak payah ada girlfriend. Abang layan Fayra je.”
“Baiklah, girlfriend kecil.” Luqman mencuit hidung Fayra. “Dah. Pergi basuh tangan dekat dapur. Nanti abang nak bawa Fayra pergi taman.”“FAYRA! Elok-eloklah. Nanti terjatuh,” Fatimah melaung dari jauh. Dia yang kena jaga Fayra sementara Luqman pergi beli air. Bosanlah duduk taman. Fatimah melempar pandangan ke arah tasik yang terbentang di hadapannya. Airpod dikeluarkan dari poket dan disumbat ke dalam telinga. Jemarinya mula menari-nari di atas skrin telefon. Spotify dibuka. Fatimah memejam mata menghayati lagu yang menyentuh gegendang telinganya.
“Fayra dah besarlah kakak.” Fayra panjat tangga. Fatimah berpeluk tubuh. Rambutnya terbang ditiup angin. Sesekali dia menyelit rambut di celah telinga. Kuat betul angin. Macam duduk dekat pantai.
“Abang mana, kakak?” soal Fayra.
“Beli air.” Jawab Fatimah sepatah. Penat berdiri, Fatimah duduk di atas kerusi kayu. Dia memerhati Fayra yang sedang bermain. Tiba-tiba ada tangan asing menarik tangan Fatimah. Fatimah menjerit. “Tolong… tolong.”
Fayra yang melihat kakaknya ditarik, cepat-cepat turun. Terkedek-kedek dia berlari ke arah Fatimah. “Kakak…” Punggung lelaki itu, Fayra gigit sekuat hati.
Lelaki itu melepaskan Fatimah. Punggungnya digosok. Sekali lagi Fayra gigit. “Tepilah budak.” Lelaki itu tolak Fayra sampai terjatuh.
“Fayra.” Fatimah mendapatkan Fayra. Seluruh tubuh adiknya diperiksa.Pang!
Fatimah tampar lelaki itu. "Melampau kau Arshad. Kau gila ke? Kau nak apa?” marah Fatimah.
Fayra keluarkan telefon dari poket seluar. Dia telefon Luqman. Beberapa minit kemudian, Luqman muncul bersama tiga plastik aiskrim dan tiga botol air mineral. Tercunggap-cunggap nafasnya. Selepas Fayra telefon tadi, terus dia berlari ke sini.
“Siapa ni, Fatimah?” Luqman berdiri di hadapan Fatimah. Lelaki itu, dia pandang tajam. Halkum Arshad itu bergerak-gerak.
“Ni boyfriend Fatimah, ke?” soal Luqman. Dia mengcengkam kolar baju lelaki itu. “Kau buat apa dekat adik aku?” Luqman pandang ke belakang semula. “Aku tanya kau buat apa?” jerkah Luqman. Dia pantang betul kalau ada orang usik adik-adik dia.
“Sa… saya bergurau je tadi bang,” jawab Arshad terketar-ketar. Gerun.
“Bergurau sampai tarik-tarik tangan orang? Kau tengok apa yang kau dah buat dekat adik aku.” Tangan Fatimah ditarik. “Merah tangan dia kau tarik tadi. Aku tak pernah berkasar dengan adik-adik aku. Kau boleh buat dia macam ni?” Turun naik, turun naik dada Luqman. Rahangnya bergerak-gerak menahan marah. “Kalau kau buat macam ni sebab kau sukakan adik aku. Abaikan. Lupakan dia.” Luqman beri amaran.
Arshad terkejut. Riak mukanya berubah. “Macam mana abang tahu?” Wajah Arshad pucat.
Luqman senyum sinis. “Aku lelaki. Kau pun lelaki.”
“Huh?” Fatimah terkejut. Dia menapak setapak ke depan. “Apa kau cakap, Arshad?” Fatimah menapak setapak ke depan. Terkejut dengar pengakuan Arshad.
Luqman kalih pandangan ke tepi. Memandang Fatimah. “Fatimah suka dia?”
“Euww… dia bukan taste Fatimah. Why should I lower my standard when family treat me like a queen.” Berkerut-kerut muka Fatimah. Geli.
Wajah Arshad terus berubah setelah mendengar kata-kata Fatimah.
“Balik Arshad. Kau budak lagi. Tak matang. Belajar dulu sampai habis. Jangan nak menggatal dengan anak dara orang.” Tubuh Arshad Luqman tolak perlahan. “Lain kali jangan buat anak dara orang macam tu. Kekerasan takkan selesaikan masalah. Ingat tu. Jadi lelaki yang bertanggungjawab, dan gentleman bila besar nanti,” nasihat Luqman.