MENJADI raja sehari sangat memenatkan. Hari ini, kali kedua Rash menjadi raja sehari. Manakala ini kali pertama Dee menjadi raja sehari. Mereka bersepakat untuk buat majlis kecil-kecilan sahaja, memandangkan Dee tak suka bila berjumpa terlalu ramai manusia. Dia rimas. Rasa macam tak boleh bernafas apabila berada di tempat yang ada ramai orang.
Kepala Dee tunduk. Mahu mengurut kaki yang terasa sakit. Mana tak sakit kalau berjam-jam berdiri pakai heels. Belum sempat dia mahu mengurut kaki, ada tangan asing yang terlebih dahulu mengurut kakinya.
Dee tergamam. Lupa pula dia dah ada suami.
"Sakit sangat ke kaki you, Dee? Kan I dah suruh you pakai flat shoes je, tapi you degil nak pakai heels 5 inci you tu jugak. Kan dah sakit kaki." Rash membebel sambil tangannya mengurut kaki Dee.
"I dah biasalah pakai heels. Sebelum ni pun I memang selalu pakai heels berjam-jam. I kan model," kata Dee. Pandangannya masih tertumpu ke arah Rash yang sedang mengurut kakinya.
Rash dongak kepala. Dia hadiahkan satu senyuman buat Dee.
"Ok, siap dah. Feel better?" tanya Rash serius.
Dee angguk. Kenapa dia rasa berdebar? Dada dia sentuh. Degupan jantung terasa.Rash berlalu masuk ke dalam bilik persalinan pakaian
"Aku... dah jatuh cinta dengan dia ke?" Dee tampar pipinya. Dia menjerit kecil. Sakit.
"Kenapa? Are you ok, Dee?" tanya Rash. Tiba-tiba dia dengar Dee menjerit. Cepat-cepat dia keluar dari bilik persalinan.
Dee diam. Dia dapat rasakan pipinya bertukar merah. Malu."You blushing ke, Dee?" Rash senyum nakal. Dia berjalan ke arah Dee. Rash melabuh punggung di sebelah Dee.
"Ma... mana ada. Mana ada I blushing. Bilik you ni panas tahu." Dee cuba menafikan. Padahal hakikatnya memang dia blushing pun.
Rash ketawa halus. Dahi Dee dia jentik. Aneh. Rasa ini sangat aneh. Kenapa Rash tak rasa kekok langsung bila bersama Dee? Seolah-olah dia sudah terbiasa bersama Dee. Hakikatnya mereka baru kenal beberapa minggu. Dia rasa sangat dekat dengan Dee.
"Sudahlah. I nak pergi mandi dulu," pinta Dee lalu dia terus berlalu masuk ke dalam bilik air.
Rash senyum sendiri memerhati sosok badan Dee yang sudah menghilang di sebalik pintu. Telefon di atas meja bersebelahan katil dia capai. Gallery dia buka. Satu persatu gambar persandingan tadi dia tengok. Ada gambarnya peluk pinggang Dee. Ada gambar mereka berempat. Ada gambarnya dengan Luqman dan Fatimah saja. Ada gambar Fatimah tersenyum riang. Ceria betul budak tu dapat mommy baru.
Melihat senyuman bahagia Fatimah, sebak mula bertandang. Fatimah membesar tanpa kasih sayang seorang ibu. Ada ayah kandung tapi diabaikan. Rash pejam mata rapat. Disebabkan itu dia nekad untuk tebus segala dosa-dosanya. Dia harap apa yang dia lakukan sekarang adalah pilihan yang terbaik buat anak-anaknya.
Bunyi pintu tertutup menyedarkan Rash. Dari menatal telefon, pandangannya kini terhala ke arah isteri yang baru dinikahi beberapa jam lepas.
"Dah siap mandi?" tanya Rash.
Dee angguk. "Pergilah mandi."
Rash orak senyum nipis sebelum berlalu masuk ke dalam bilik air.
Dee melabuh punggungnya di atas katil. Dia mengeluh perlahan. Boleh ke dia menjadi seorang isteri dan ibu yang baik? Mahu atau tidak, ini pilihan yang dia sudah pilih. Jadi, dia harus teruskan.
![](https://img.wattpad.com/cover/351569665-288-k802648.jpg)