LUQMAN 25 TAHUN
MAJLIS PERKAHWINAN LUQMAN diadakan di hotel lima bintang. Hari ini, anak sulung mereka sudah selamat menjadi suami orang. Cepatnya masa berlalu. Fayra duduk termenung di meja makan. Sedihlah tu abang dia dah kahwin. Fatimah pula tak dapat balik ke Malaysia kerana dia melanjutkan pelajaran di luar negara. Tinggalah Fayra seorang saja dekat rumah tu.
Luqman berjalan berpimpin tangan dengan isterinya. Fayra mencebik. Kenapalah awal sangat abang dia kahwin. Dia belum puas nak bermanja dengan Luqman.
Luqman berhenti di hadapan meja Fayra. “Adik. Dah makan?” tanya Luqman.
Fayra menggeleng. “Belum. Fayra tunggu abang.”
Luqman tersenyum kecil. “Ok, abang ambilkan nasi untuk Fayra. Kita makan sama-sama dengan Kak Laila sekali, ok?” pujuk Luqman. Kerusi di hadapan Fayra ditarik, lalu dia menolak isterinya supaya duduk di situ.
“Hmm…”
“Sayang. Awak duduk sini teman Fayra kejap. Saya pergi ambilkan nasi.” Luqman berlalu ke meja makanan.
“Hye, Fayra,” tegur Laila ceria. Dia cuba bermesra dengan Fayra walaupun dia tahu Fayra tidak akan layan.
Fayra tayang muka menyampah. Tak sukanya dia. “Kenapa Kak Laila kahwin dengan abang Luqman?” soal Fayra sambil berpeluk tubuh. Muka angkuh. Dari dulu lagi memang dia tak sukakan Laila. Dia rasa Laila dah rampas Luqman daripadanya. Dan, dia tak suka berkongsi.
Tapi Laila hanya ketawa mendengar soalan Fayra. “Sebab Kak Laila suka abang Fayralah..”
Fayra ke depankan wajah. “Mana boleh Kak Laila sukakan abang Luqman.
“Kenapa pula?” Laila layankan sajalah Fayra. Luqman selalu cerita Fayra memang gedik sikit.
“Kak Laila rampas abang Fayra. Kesian abang Luqman. Macamlah tak ada orang lain yang Kak Laila nak rampas. Abang Fayra juga yang Kak Laila nak,” marah Fayra. Dah lama dia tak puas hati sebenarnya.
Laila ketawa kecil “Kenapa pula Kak Laila tak boleh kahwin dengan abang Fayra?”
“Sebab Fayra gedik. Kesian abang mesti pening kepala. Makin peninglah kepala bila dia nak kena layan Kak Laila pula.” Fayra berpeluk tubuh. Dia menjeling sebal. Meluat betul dia rasa.
Laila picit pelipis dahi. Kelakar betul Fayra ni. “Sebab Fayra gediklah Kak Laila kena kahwin dengan abang Fayra. Kak Laila selamatkan abang Fayra dari pening kepala.”
Fayra menjeling. “Fayra tak suka Kak Laila! Kak Laila perampas!”
Auch!
Laila sentuh dada. Kena reject depan-depan dengan adik ipar.
“Sembang apa?” Luqman muncul bersama satu pinggan nasi. Kemudian dia duduk ditengah-tengah di antara Fayra dan Laila.
“Kenapa satu je?” soal Fayra. Dia tak nampak Luqman ambil satu lagi nasi.
“Kita kan nak kongsi. Abang suap Fayra. Lepas tu abang suap Kak Laila pula.” Luqman mengaul nasi, bersedia mahu menyuap Fayra. Fayra berpeluk tubuh. Mulut dimuncung ke depan. “Fayra tak nak kongsi. Fayra tak suka berkongsi.” Mencuka wajahnya. Tajam dia pandang Laila. Fayra merajuk.
“Ololoo… adik abang merajuk,” usik Luqman.
“Fayra. Meh sini,” panggil Rash apabila dia nampak anak bongsunya itu menyibuk dekat situ. “Janganlah ganggu abang dengan kakak tu.”
“Mana ada Fayra ganggu. Fayra nak makan je. Fayra nak abang suapkan. Tapi Fayra tak nak berkongsi,” beritahu Fayra.
Rash bercekak pinggang. “Meh sini. Tangan Fayra dia tarik. Abah suapkan Fayra, ok?” pujuk Rash.
“Fayra nak abang suapkan.” Fayra merengek. Dia mengoncang tangan Rash.
Rash jentik dahi Fayra. “Tak bolehlah, sayang. Abang dah kahwin. Dia tak boleh nak suapkan Fayra macam dulu dah. Tapi… abah boleh suapkan Fayra sampai Fayra tua,” pujuk Rash lagi.
Mata Fayra berair. Dia pandang Luqman sekilas. “Fayra tak nak kawan dengan abang. Abang dah tak sayangkan Fayra. Abang duduklah dengan isteri abang tu.” Fayra pimpin tangan Rash.
Rash menggeleng kepala. Dia senyum memandang anak dan menantunya.“Laila jangan terasa hati dengan Fayra. Dia memang macam tu. Dia rapat sangat-sangat dengan Luqman. Bila Luqman dah kahwin, dia rasa abang dia dah tak sayang dia. Cuba ambil hati dia. Nanti dia ok,” bisik Rash perlahan.
“I will abah. Setakat Fayra tu celah gigi je,” kata Laila selamba.
PANDANGAN dilontar ke seluruh taman perumahan. Matanya ralit memandang anak-anak kecil sedang bermain bersama ibu bapa mereka. Muncul satu senyuman di bibirnya. Kopi panas di tangan kanan disedup aroma terlebih dahulu sebelum disisip perlahan.
“Abang!”
“Abang tengah buat apa tu?” Esha muncul bersama dua mug air coklat panas. Dia menapak ke arah suaminya lalu dia letak mug di atas meja, dan berdiri disebelah suaminya.
“Abang dah bancuh air? Esha dah bawakan abang air coklat panas. Tak tahu pula abang dah bancuh sendiri.”
Tubuh Esha ditarik rapat ke dada. Satu kucupan singgah di dahi Esha. Esha tersenyum lalu memeluk erat tubuh suaminya. Walaupun sudah 25 tahun mereka berkahwin, Esha tetap malu dan blushing setiap kali Rash peluk atau cium dia. Pasti pipinya akan berona merah.
Tubuh Esha sedikit menggigil. Sudah berapa kali dia bersin. Sejak semalam lagi dia rasa tak sedap badan. Mungkin sebab dia terkena air hujan semasa dia menjemput Fayra pulang dari sekolah semalam.
“Awak tak sihat, sayang? Kan abang dah suruh awak berehat dekat rumah, tapi degil nak juga pergi ambil Fayra dekat sekolah semalam. Awak tu tak boleh kena hujan.” Rash picit manja hidung Esha. Tangan Esha ditarik masuk ke dalam genggaman tangan, lalu mereka berdua kembali berada di dalam mini library milik Esha. Pintu gelangsar ditarik dan dikunci.
“Duduk diam-diam. Abang pergi ambil selimut untuk Esha.” Laju langkah kaki Rash keluar dari mini library mereka. Beberapa saat kemudian dia muncul bersama sehelai selimut.
“Abang. Tengok Esha jumpa apa.” Esha angkat ke atas album yang dia jumpa di atas rak buku tadi.
“Apa?”
Terus Rash duduk di sisi Esha. Kepalanya turut sama senget ke kiri. Ini album keluarga mereka. Ada gambar-gambar semasa mereka berkahwin. Ada gambar anak-anak mereka membesar, dari anak sulung mereka, Luqman berumur 5 tahun sehinggalah gambar kahwin Luqman ketika berusia 25 tahun. Cepatnya masa berlalu. Baru semalam dia rasa dia melahirkan Luqman. Tup… tup… anak terunanya itu dah menjadi suami orang.
Selakan pertama. Ada gambar kahwin mereka. Selakan kedua. Ada gambar Esha semasa di hospital selepas melahirkan Luqman. Selakan ketiga dan seterusnya, semua gambar anak-anak mereka. Gambar yang paling banyak sudah semestinya gambar Luqman dan Fayra.
Tangan Rash terhenti pada sekeping gambar budak lelaki sedang menangis di hujung pintu. Rash tertawa apabila melihat gambar Luqman. "Ingat lagi tak kenapa Luqman menangis masa ni?” tanya Rash sambil melentok kepala di atas bahu Esha.
Esha ketawa halus.
“Mestilah ingat. Luqman menangis sebab abang buang bumblebee dia dekat dalam tong sampah. Mengada betul eh abang dulu. Bergaduh dengan anak macam dia pula budak 5 tahun.” Esha mencucuk-cucuk manja perut Rash.
“Siapa suruh dia buang baju abang dalam tong sampah dulu. Sudahlah baru beli. Boleh pula anak kesayangan awak tu buat lap air coklat dia yang tumpah dekat atas lantai. Lagipun kan abang dah bagitahu dia kalau sepahkan mainan abang buang bumblebee.”
Mata Esha juling ke atas. Malas mahu melayan suaminya. Dari dulu sampai sekarang, walaupun dah tua bangka masih lagi bergaduh dengan Luqman.
Jam di pergelangan tangan di belek. Sudah pukul 5 petang. Sudah masuk waktu asar. Album ditutup dan disimpan kembali di atas rak.
“Dah. Jom solat. Malam nanti kita nak pergi ambil Fatimah dekat airport. Nanti lambat pula.” Rash tarik senyum segaris. Bahu Esha dipeluk dari belakang lalu dia menolak perlahan tubuh kecil isterinya ke arah pintu. Tangan kanannya dan tangan kiri Esha bertaut. Sempat dia hadiahkan satu kucupan pada pipi Esha.
“I love you, sayang.”Part Luqman menangis, Rash buang bumblebee dia rasanya tak ada dekat wattpad ni. Yang tu saya tulis dekat dalam full manuskrip.