BATU nisan yang terpacak di bumi Rash pandang. Tanah yang masih merah dia ramas kasar. Sudah dua minggu papanya meninggal dunia, dan dua minggu itu jugalah Rash berulang alik ke hospital menjaga Esha, dan menziarahi pusara papanya.
Seorang demi seorang orang yang dia sayang tinggalkannya. Papa meninggal kemalangan. Mama kritikal. Esha koma. Lepas ini siapa lagi Ya Tuhan ?
" Rash jom kita balik. " Bahu Rash disentuh lembut. "
" Pak long baliklah dulu. Rash nak teman papa. "
Rash pandang kubur arwah papanya. Pandanganya kosong. Tak berperasaan. Air matanya juga sudah kering.
" Oklah kalau macam tu. Nanti singgah rumah pak long. Kita makan dan bergambar sama - sama semua, " pesan pak long sebelum balik.
Syawal tahun ini tak bermakna bagi Rash. Papa sudah meninggal. Mama kritikal. Esha koma. Untuk apa lagi dia patut rasa gembira untuk sambut hari raya ? Satu - persatu ahli keluarganya tinggalkan dirinya. Rash raup muka. Kepala dongak ke langit. Tangan naik ke atas untuk halang sinar mentari yang terik. Silau.
Fikirannya menerawang kejadian 2 minggu yang lalu .....
Dua minggu lepas .....
" Hello Rash ! Kenapa baru angkat phone ? " suara pak long di hujung talian agak kuat sehingga Rash jauhkan sikit telefon dari telinga.
" Bateri habis. "
" Banyak kali pak long call. Mama papa Rash kemalangan. Cepat datang sini, " arah pak long.
" Allahuakhbar ! "
Rash jatuh terduduk. Telefon yang dipegang terhempas ke lantai. Kaki terasa lemah.
" Papa kemalangan ? " Masih terngiang - ngiang apa yang diberitahu pak long. Air mata mengalir tanpa henti. Dunia Rash terasa gelap. Kepalanya pening, tapi dia abaikan. Kunci kereta terus dikeluarkan dari poket seluar dan Rash terus memandu ke lokasi kemalangan.
Hatinya tidak henti - henti berdoa supaya papa dan mamanya selamat. Beberapa minit memandu, akhirnya Rash sampai. Cepat - cepat dia keluar sebaik sahaja enjin kereta dimatikan. Pandangan matanya menjamah sekujur jasad manusia yang terbaring kaku atas jalan. Penuh darah di sekelilingnya.
Rash lajukan langkah. " Pa .... papa. Tak mungkin ! "
" Papa kamu dah tak ada Rash. "
Rash kalih pandang ke tepi, menghadap pak long. " Tolong katakan ini semua mimpi kan, pak long ? " Rash tarik lengan baju pak long. " Ini semua mimpi kan, pak long ? " ulang Rash sekali lagi. Tangan pak long dia tarik.
Pak long pandang Rash dengan mata yang berair. Dia diam tidak menjawab soalan Rash.
" Mama dah dihantar dekat hospital. "
Rash mengongoi seperti anak kecil. Dia hanya mampu melihat pasukan polis dan ambulance bawa jasad papa ke dalam ambulance.
DERINGAN telefon mematikan segala peristiwa yang menerawang dalam kotak memori Rash. Panggilan dari doktor.
" Ye, doktor. "
" Esha dah sedar dari koma, " kata doktor.
" Ya Allah, alhamdulillah " Rash tekup mulut tidak percaya. Hatinya mula terasa sebak.
" Tapi ..... "
Ayat doktor yang tergantung buat senyuman Rash terus mati.
" Tapi apa doktor ? "
Debar di dada tiba- tiba terasa
" Tapi apa doktor ? Jangan buat saya tertanya - tanya macam ni ! "
Satu keluhan dilepaskan oleh doktor.
" Balik ke hospital sekarang Rash. Saya tak boleh bagitahu dekat sini. "
Tanpa banyak soal Rash terus bangun dan bergegas ke kereta dan meneruskan pemanduan ke hospital.
RASH menghampiri Esha yang baru sedar dari koma. Dia melabuhkan punggung atas katil, duduk di sebelah Esha.
" Alhamdulillah Esha dah sedar. "
" Esha ..... " panggil Rash meleret. Matanya tunak pandang wajah Esha yang sedikit cengkung.
Rash tarik nafas dalam - dalam. Dia sudah fikir masak - masak sebelum ini. Dia nekad untuk tunaikan janji pada Esha.
Belum sempat Rash mahu luahkan hasratnya, Esha yang bersuara dulu. Dan, pertanyaan Esha buat Rash terdiam.
" Rash .... kenapa gelap ? Rash tak buka lampu ke ? " tanya Esha polos.
" Rash dekat mana ? Kenapa tak buka lampu ? Esha tak nampak Rash ni. Cepatlah buka lampu. "
Dan air mata jantan Rash kembali jatuh. Sesak dada terasa. Rash sudah tak tahu berapa kali dia sudah menangis disebabkan gadis di hadapanya ini.
Esak tangis Rash menyapa pendengaran Esha.
" Kenapa Rash menangis ? Esha ada salah cakap ke ? "
Dari esak kecil, kini tangisan Rash mula berlagu.
" Esha buta ke Rash ? "
Zap !
Soalan Esha buat Rash rasa seperti ditikam dengan belati berkali - kali sebelum disiat.
" Betulkan Rash ?" tanya Esha sekali lagi.
" Rash ! Jawab Rash ! " desak Esha bila Rash masih diam.
" Kenapa hidup Esha macam ni, Rash ? " Esha pukul dada sendiri. " Esha tak layak ke untuk hidup dekat dunia ni ? " soal Esha dengan sedu sedan.
Rash tarik Esha ke dalam pelukannya. Erat. Esha mengongoi di situ. Mukanya disembam di dada Rash. Belakang badan Esha Rash tepuk lembut.
" Shhh.... Rash ada. Rash kan sentiasa ada dengan Esha. Rash takkan tinggalkan Esha walapun orang lain tinggalkan Esha," pujuk Rash lembut.
" Jom kita kahwin Esha. Rash nak kita berdua hidup bersama. " Rash berhenti sejenak sebelum dia menjarakkan tubuh Esha dari tubuhnya. Air mata di pipi Esha dia seka dengan jemarinya.
" Izinkan Rash bahagiakan Esha. " Rash hadiahkan satu senyuman buat Esha walaupun dia tahu Esha takkan nampak.
" Will you ? "
Esha angguk setuju bersama sisa air mata