BAB 12

3.4K 178 5
                                    

MALAM ini agak sejuk sedikit. Kantuk masih belum terasa sejak dari tadi. Bosan duduk terperuk dalam bilik, Esha turun ke bawah untuk buat kopi.

Balang kaca yang berisi serbuk kopi Nescafe 2 in 1 dicapai, lalu dia membuka penutup. Dia cedok serbuk kopi dengan sudu, dan dia masukkan ke dalam mug. Kemudian dia berjalan ke arah mesin air Coway. Butang air panas ditekan. Bau wap kopi semerbak. Dia menyisip perlahan air kopi yang masih panas.

Langkah kaki diatur ke luar rumah, lebih tepat lagi ke arah kolam renang. Pintu gelangsar ditolak perlahan. Seluar disinsing hingga ke lutut lalu Esha masukkan kaki ke dalam kolam. Sejuk, tapi dia biarkan saja. Sweeter di badan ditarik rapat. Kepala didongak memandang langit.

Cantik! Ada berjuta-juta bintang berkelipan indah. Esha tersenyum sendiri. Indahnya ciptaan Tuhan. Esha rasa sangat tenang. Sesekali dia menyisip kopi sambil pejam mata. Tenang.

"Ibu....." muncul satu suara dari belakang.

Esha kalih pandangan ke belakang. Dia senyum apabila pandang Luqman. "Kenapa tak tidur lagi, sayang?"

Luqman menapak ke arah Esha

"Luqman tak boleh tidur. Luqman masuk bilik, cari ibu, tapi ibu tak ada,"jawab Luqman.

"Mehh... sini. Duduk dekat ibu." Luqman, Esha tarik duduk atas riba. Kepala Luqman dia usap dengan tangan kanan. Sebelah lagi dia peluk badan Luqman.

"Ibu buat apa?" soal Luqman.

"Ibu tak boleh tidur. Jadi, ibu turun bawah pergi tengok bintang. Cantik kan?" Esha tunding jari ke arah langit.

Luqman angguk

"Ibu suka bintang?" tanya Luqman.

"Luqman nak tahu tak?" tanya Esha. Dia peluk Luqman erat. Ubun-ubun Luqman dicium lama.

"Setiap kali ibu rindu atuk dengan nenek, ibu akan tengok bintang-bintang tu. Ibu.... rasa sangat tenang."

"Ibuu....." panggil Luqman meleret.

"Macam mana ibu kenal abah? Ibu beli dekat kedai oren yang ibu selalu beli tu ke? " tanya Luqman polos. Kepala dia dongak ke atas untuk pandang wajah ibunya.

Esha ketawa dengar soalan Luqman.

"Tak sayang. Ibu tak beli abah dekat shopee. Mana ada orang jual manusia dekat situ, sayang."

"Habis tu?"

"Ibu, Luqman ada ibu dengan abah saja ke?" Luqman kerdip mata perlahan "Luqman tak ada atuk, nenek lain?"

"Luqman kan ada ibu. Ada abah." Esha hadiahkan satu senyuman untuk Luqman, walaupun dia rasa sebak tiba-tiba dengan soalan Luqman.

"Abah yang selamatkan hidup ibu. Ibu hampir tamatkan nyawa sendiri."

Esha berhenti bercerita seketika. Tubir mata mula terasa hangat. Mata dikerdip beberapa kali, menahan air mata dari mengalir.

"Sebab ibu dah tak tahan lagi untuk teruskan hidup. Ibu dibenci, dihina, diherdik keluarga sendiri. Abah dengan ibu sepupu." Nafas diatur, ditarik, dan hembus. "Setiap kali ibu dihina, abahlah yang selalu bagi kata-kata semangat. Abah janji untuk lindungi ibu sampai bila-bila. Abah layan ibu macam permaisuri."

Luqman setia dengar cerita ibunya. Sesekali dia menguap.

"Kami kahwin lepas ibu habis spm. Selepas atuk dan nenek meninggal, itulah kali pertama ibu rasa sangat bahagia. Ibu rasa disayangi, dihargai, dah barulah ibu rasa ibu dilayan selayaknya sebagai seorang manusia. Bukan lagi sampah."

Empangan air mata Esha akhirnya pecah juga. Dari esakan kecil, kini mula berlagu. Luqman dia peluk erat. Luqman, sumber kekuatannya sekarang.

Luqman tukar posisi, dari duduk menghadap kolam, dia berpusing menghadap Esha. Tubuh Esha dia tarik masuk dalam pelukannya. "Shhh.... ibu jangan menangis. Luqman ada." Belakang badan Esha dia tepuk. "Luqman kan dah janji akan lindungi ibu. Ibu jangan menangis lagi, ok?"

Luqman cium dahi Esha

"Waktu ibu mengandungkan Luqman, abah langsung tak bagi ibu buat kerja. Ibu ingat lagi, dulu ibu potong buah oren, lepas tu tangan ibu berdarah. Abah marah ibu suruh rehat." Esha ketawa halus.

"Ibu buta tau dulu, Luqman. Tapi, lepas ibu lahirkan Luqman, alhamdulillah penglihatan ibu kembali pulih. Luqman, abah, adik.... anugerah terindah yang ibu ada." Tangan naik mengusap perut. Tak lama lagi, keluarlah anak dalam kandungannya.

"Abah sanggup kehilangan keluarga sendiri, sebab abah pilih untuk hidup bersama ibu. Luqman.... bila besar nanti, Luqman kena jadi macam abah tau. Luqman kena layan isteri Luqman macam permaisuri. Jaga hati dia. Jangan sakitkan hati dia. Insya Allah, Luqman akan bahagia." Kepala Luqman diusap.

Luqman menguap

"Dah mengantuk? Pergi naik tidur," arah Esha.

Luqman geleng kepala. "Tak nak. Nak teman ibu."

"Luqman...." panggil Esha meleret. Wajah Luqman dia pandang, lama.

"Ye, ibu," jawab Luqman perlahan.

"Nanti, kalau ibu dah tak ada. Luqman jaga adik, ok? Janji dengan ibu."

"Hmmm.... ibu nak pergi mana?"

Tubir mata Esha kembali bertakung

"Ibu...... " Bibir digigit, cuba untuk mengawal pelbagai rasa yang mula bertandang.

"Ibu tak pergi mana-mana Luqman. Ibu cuma nak Luqman janji dengan ibu. Jaga adik, macam Luqman jaga ibu. Janji dengan ibu, Luqman!"

"Ok"

Dengkuran halus mula kedengaran. Luqman sudah tidur atas riba Esha. Rambut Luqman dijambak ke belakang. Ubun-ubun Luqman Esha cium.

"Terima kasih sebab hadir dalam hidup ibu, Luqman. Terima kasih sebab jadi anak yang sangat baik. Terima kasih sebab selalu lindungi ibu. Ibu... sayang Luqman. Luqman Al-Hakim, penghuni rahim ibu yang pertama. Semoga syurga buat Luqman."

Esha kembali merenung langit

TAKDIR YANG TAK DIPINTA || COMPLETED✅Where stories live. Discover now