BAB 20

3.8K 184 2
                                    

"ABANG..." panggil Fatimah meleret. Luqman yang tengah makan aiskrim dia pandang. Macam sedap pula.

Kerusi di sisi Luqman dia tarik lalu dia labuhkan punggung di situ.

"Sedap ke?" Tangan Fatimah tongkat di meja. Terkelip-kelip mata bulatnya tengok Luqman makan aiskrim mint. Liur dia telan.

Luqman tayang muka bosan. Bekas aiskrim dia tolak ke arah Fatimah.

"Nah. Tak payah nak buat muka macam tu. Kalau nak bagitahu nak."

Fatimah senyum kambing. Bekas aiskrim dia ambil lalu dia cedok aiskrim dengan sudu.

Werk!

"Tak sedaplah abang. Rasa macam ubat gigi," kutuk Fatimah selamba.

Luqman tarik semula bekas aiskrim. Inilah dia tak suka bagi Fatimah makan aiskrim mint dia. Sedap kot! Boleh dia kata rasa macam ubat gigi.

"Siapa suruh makan. Padan muka. Dah tahu tak suka sibuk nak rasa jugak aiskrim orang. Dahlah kata aiskrim orang macam ubat gigi," bebel Luqman.

Fatimah menjeling sebal.

"Orang nak rasa aje pun. Itu pun kedekut. Dasar grumpy!" Sempat Fatimah tarik rambut Luqman sebelum dia mencicit lari.

"Arghhh... sakitlah!" Kepala Luqman tertarik ke belakang

"FATIMAHHHHHH!"

Bergegar satu rumah dengan jeritan Luqman.

Luqman usap kepala yang masih terasa sakit. "Kurang asam punya adik. Siap Fatimah. Nanti abang buang barbie Fatimah."

"Ishhh... apa menjerit macam orang kena dera ni, Luqman?"  muncul satu suara dari belakang.

"Eh, papa dah balik?"

Aiskrim yang berbaki sedikit lagi disuap dalam mulut.

"Dah. Papa balik awal hari ni sebab, papa nak bawa anak-anak papa pergi makan. Dah lama kita tak keluar makan sama-sama kan?" kepala Luqman diusap perlahan.

"Lepas asar nanti kita keluar. Suruh Fatimah bersiap sekarang. Lambat kena tinggal. Papa nak mandi dulu," pesan Noel bersahaja sebelum berlalu ke tingkat atas.

Luqman ketawa halus dengar kata-kata papanya. Teringatkan Fatimah dia ketawa sendiri. Fatimah memang definisi seorang perempuan. Bersiap dua jam itu perkara wajib. Padahal dia bukan make up pun. Baju selalu up to date. Gedik. Tak nak pakai sandal atau sneakers. Nak pakai heels je. Mandi lama nak mampus. Entah apa dia buat. Beg barbie pink dia wajib bawa. Kalau tertinggal, nanti merajuk setahun. Dasar budak gedik. Dia tak sedar ke yang dia tu budak lagi?

Kerusi Luqman tolak ke depan lalu dia menapak ke arah sinki. Mangkuk aiskrim dia cuci.

"Fatimah, bersiap cepat. Lepas asar papa ajak keluar." Luqman melaung dari dapur.

"Pergi mana?" Fatimah turut sama melaung.

"Makan. Nanti lambat kena tinggal."

Sayup-sayup Luqman dengar Fatimah membebel. Malas nak layan, dia berlalu masuk ke dalam bilik untuk bersiap.









"PAPA! Tengok abang ni." Tangan disilang di dada. Protes.

Bukan masalah apa pun. Mereka berdua berebut tempat duduk. Dua-dua tak nak mengalah nak duduk tepi tingkap.

"Abang duduk dulu," tegas Luqman.

"Ladies first! Fatimah perempuan. Abang lelaki." Fatimah tak nak mengalah.

"Duduklah sebelah papa. Baru betul. Tu tempat perempuan." Suka hati dia je keluarkan undang-undang sendiri.

Noel tepuk dahi. Pening kadang-kadang dia nak melayan perangai dua beradik ni. Bila baik, baik sangat. Bila bergaduh, pandang muka pun tak nak.

"ABANG!"

"Tak nak!"

Masing-masing tak nak mengalah. Ok, macam biasa Noel kena jadi tukang pendamai.

"Luqman! Fatimah!"

"Tak malu ke bergaduh macam ni? Bergaduh berebut kerusi macam budak tiga tahun pula tu. Seriously?" soal Noel tak percaya.

Dua-dua diam bila kena marah. Sorang pandang kiri. Sorang tunduk merenung lantai. Tahu takut kena marah.

"Dah, Fatimah duduk sebelah papa. Nanti papa belikan beg barbie yang baru keluar tu dekat Fatimah," pujuk Noel.

Terus ceria wajah Fatimah. Bukan main lebar senyuman dia.

"Betul ni, papa?" Kerusi di sisi Noel dia tarik lalu duduk. Kepala dia lentok di bahu Noel. Tangan papanya dia peluk.

"Ni Fatimah sayang papa ni." Kaki Fatimah menggeletis.

"Amboi! dapat beg barbie je sayanglah, kan? Sebelum ni tak sayang papa?" Dahi Fatimah Noel jentik perlahan.

"Fatimah je?" tanya Luqman tak puas hati.

Dahi Luqman pula dijentik

"Mestilah Luqman pun dapat juga. Nak apa? Nak barbie juga?" seloroh Noel sambil ketawa.

"Tiba-tiba Fatimah terbayang abang main anak patung barbie." Mulut dia tekup dengan tangan. Cover sebab dia gelak tak ingat dunia bila terbayangkan Luqman main anak patung barbie.

Noel di sebelah Fatimah berdekah ketawa. Seronok dua beranak ni menyakat Luqman. Luqman sudah cemberut, menahan rasa di hati. Geram!

Mereka berdua berhenti ketawa bila makanan sampai.

"Ok, sorry Luqman. Papa rasa lawak pula. Dah, jom makan. Nanti sejuk."

Baru sesuap Luqman makan, tiba-tiba tangannya terhenti di separuh jalan. Dahinya berkerut. Tak mungkin. Mungkin dia salah tengok kot.

Dari jauh dia nampak seorang perempuan berbaju kurung moden bercorak bunga-bunga halus sedang tunduk mengambil sesuatu di atas lantai. Luqman mengosok mata berkali-kali untuk kepastian. Wanita itu masih ada di situ. Macam tahu-tahu sahaja dia diperhati, wanita itu berpaling ke arah Luqman. Satu senyuman dia hadiahkan sebelum dia berlalu.

Luqman tergamam. Sudu di tangan jatuh atas lantai.

"Ibu!" terletus suara dari bibir Luqman. Jantung berdegup kencang. Kenapa dia rasa berdebar semacam?

"Luqman! Kenapa ni?" tegur Noel.

Luqman masih lagi terkejut. Soalan Noel dia tak jawab.

"Abang ok, ke?" soal Fatimah takut-takut. Sedari tadi dia nampak Luqman asyik pandang ke luar tingkap. Jadi, dia turut sama pandang ke arah yang dipandang Luqman.

Fatimah juga nampak figura wanita itu. Figura seorang wanita yang wajah dia mirip wajah ibu. Dan... dia senyum. Fatimah telan liur. Sekeliling dia pandang. Rasa seram sejuk pula.

"Ibu..." tutur Luqman tiba-tiba. Pandangannya masih lagi melekat di tempat tadi.

"Hantu ibu." suara dari Fatimah.

"Huh?" Dahi Noel berkerut. Apa yang dua beradik ni merepek?

"Cuba bagitahu papa apa yang jadi? Luqman nampak apa?" tanya Noel. Pinggan steak dia tolak ke tepi.

"Fatimah?" Noel pandang ke arah Fatimah pula.

Fatimah telan liur.

"Hantu ibu. Abang nampak hantu ibu dekat sana," bagitahu Fatimah. Jari dia tunding ke arah tempat duduk di aras bawah.

Terus berubah wajah Noel. Takkanlah dia muncul sekarang. Memori tiga tahun lepas kembali ulang tayang di kotak memori Noel.

"Danielle!" Terletus suara dari bibir Noel.



Bab kali ni pendek sikit sebab tekde idea. Jeng.. jeng.. siapa Danielle?

TAKDIR YANG TAK DIPINTA || COMPLETED✅Where stories live. Discover now