BAB 18

3.5K 201 0
                                    

Kuala Lumpur International Airport...

ALHAMDULILLAH, setelah beberapa jam perjalanan yang sangat memenatkan dari Australia ke Malaysia, mereka akhirnya sampai ke KLIA. Penat. Noel mengeliat kecil.

       Sepuluh tahun bukan satu tempoh yang pendek. Noel tersenyum saat kakinya menjejak pintu keluar KLIA. Rindunya Malaysia.

        Noel sangat rindukan makanan Malaysia. Bukan setakat makanan Malaysia, tapi dia juga rindukan cinta hatinya. Mengingatkan si gadis, senyumannya kembali pudar. Apa khabar Lily agaknya sekarang?

       "Papa!" panggil Fatimah.

Panggilan Fatimah telah mematikan segala bayangan dalam kotak memori. Noel kalih pandangan ke arah Fatimah.

       "Yes, honey. Nak apa?"

       "Fatimah nak chocolate cake, boleh?" Fatimah kelipkan mata bulatnya. "Please... satu je papa." Tangan Noel dia peluk.

      Noel tayang muka bosan

"Apa yang papa boleh buat kalau Fatimah dah buat muka innocent macam tu?" Dahi Fatimah dia jentik perlahan.

"Satu slice saja." Duit Rm 50 dihulurkan kepada Fatimah.

"Luqman, tak nak beli apa-apa ke?" tanya Noel bila dia nampak Luqman masih mengelamun sejak dari tadi.

"Tak lapar," jawab Luqman sepatah.

"Hey." Bahu Luqman ditepuk Noel.

"Papa tahu Luqman lapar. Luqman masih merajuk dengan papa, kan?"

Luqman diam

Noel seluk tangan dalam poket. Dia keluarkan duit Rm 50.

"Nah, pergi beli makanan."

"Luqman tak lapar, papa." Luqman tetap degil. Padahal dia memang lapar.

Tangan Luqman Noel tarik. Duit Rm 50 tadi dia letak atas tangan Luqman.

"Ambil ni. Jangan degil. Nanti perut masuk angin papa juga yang susah." Noel tolak Luqman ke depan.

Luqman tayang muka tak puas hati.

"Sekarang!" Noel bercekak pinggang.

      Akhirnya Luqman mengalah. Dengan langkah yang malas, perlahan-lahan dia menuju masuk ke dalam Starbucks.

       "Papa."

Fatimah muncul bersama dua kotak kek.

Noel bercekak pinggang. Matanya mencerlung ke arah Fatimah.

"Apa yang papa bagitahu tadi? Two cakes, huh?"

"Janganlah marah papa. Fatimah tak tipu. Memang Fatimah beli satu je kek." Kotak kek Fatimah angkat tinggi sedikit.

"Habis tu, satu lagi tu apa?"

"Kek," jawab Fatimah selamba. Muka tak bersalah.

Noel tepuk dahi

"Two cakes, Fatimah. Two!"

Bergaduh pulak dua beranak ni. Luqman tayang muka bosan. Di tangannya ada dua cup air kopi.

"Kenapa papa bagi duit banyak sangat dekat Fatimah? Kan Fatimah dah beli dua," kata Fatimah selamba.

Caramel macchiato dia hulur kepada Noel. "Your Caramel macchiato, pa."

    Malas nak layan drama Fatimah dan papanya, Luqman melabuhkan punggung di sebelah Noel.

   Pandangannya menerawang di sekeliling airport. Sesekali dia menghela nafas berat. Malas mahu layan perasaan melebih-lebih, dia kembali menghirup air di tangan.

TAKDIR YANG TAK DIPINTA || COMPLETED✅Where stories live. Discover now